Friday, December 31, 2010

5 PERKARA ANEH

Assalamu'alaikum w.b.t buat readers yang tersayang lagi dirahmati Allah. Apa habaq ? Harapnya sihat iman dan tubuh badan. Ameen yer readers semua.. Saya mendoakan kalian. =)

Hari ni saya nak share sebuah story. Orang kata, sharing is caring. So, takda la saya dapat input ni sorang2 ja.. Kan?

HAA..ALKISAHNYA BEGINI..

ADA SEORANG HAMBA ALLAH NAMANYA..........


Abu Laits as-Samarqandi
adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat,

PERTAMA : apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
KEDUA : engkau sembunyikan
KETIGA : engkau terimalah
KEEMPAT : jangan engkau putuskan harapan
KELIMA : larilah engkau daripadanya

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.

(sekadar gambar hiasan)

Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas.


(Gambar hiasan.Ni aluminium bukan emas yer.)

Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil.


(Gambar hiasan)
Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya.
Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya,


maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua, semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima, bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah." Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar."

Inilah alkisah yang saya nak share..Moga2 ianya bermanfaat buat saya dan juga untuk kalian semua..

~Wallahu'alam..~

Tuesday, December 28, 2010

MEREKA ADIK BERADIK SAYA, SAHABAT SAYA, DAN BUKANNYA PENGIKUT SAYA..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakaatuh. =) Hari ini saya panjangkan ucapan SALAM buat readers semua.. Moga2 beroleh 30 penuh..


Pernah suatu hari, seorang lelaki melewati Rasulullah s.a.w dan memberikan salam kepadanya dengan ucapan "Assalamu'alaikum ya Rasulullah." Rasulullah pun menjawab, "Wa'alaikumussalam.." Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, "Baginya sepuluh."

Datang lagi seorang lelaki melewati Rasulullah s.a.w dan memberikan salam kepada baginda dengan ucapan, "Assalamualaikum warahmatullah ya Rasulullah." Rasulullah menjawab, "Wa'alaikumussalam warahmatullah.." Kemudian baginda bersabda, "Baginya dua puluh."

Datang lagi seorang lelaki melewati Rasulullah dan memberikan salam kepada baginda dengan ucapan salam, "Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh ya Rasulullah." Maka rasulullah menjawab salam itu dengan "Wa'alaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh..." Kemudian baginda bersabda, "Baginya tiga puluh penuh.."

Itulah pahala hanya dengan memberi SALAM sahaja...


*******************************************************

Ini cerita lain pula yaa...=)

Kadang2 saya suka duduk bersendirian, berfikir, termenung, dan melayan perasaan.. Sedang leka dan khusyuk membaca buku karya Hilal Asyraf, langit ilahi tiga, saya tenggelam dalam dunia sendiri.. Saya terfikir tentang tanggungjawab atau amanah yang sedang saya pikul. Pernah tak kalian memegang jawatan yang tinggi? Atau sederhana tinggi? Atau jawatan yang ada ahli dibawahnya? Pastinya kita semua mempunyai pengalaman yang tersendiri kan..

Betul kata penulis muda yang masyhur.. HILAL ASYRAF.. Apabila kita berada diatas, maka kita adalah ketua yang harus memimpin mereka. Pastinya, kita perlu memimpin mereka ke arah yang terbaik, ke arah yang Allah redha..

Mohon maaf bagi sesiapa yang bekerjasama bersama saya.. Andai ada saya melakukan kesilapan secara sedar atau tidak.. Mohon tegur2 silap saya. Supaya sentiasa beringat.. Supaya tidak tersasar.. Saya manusia biasa dan memerlukan kepada manusia sekeliling.. Saya juga memerlukan guideline sahabat2.. Saya memerlukan doa sahabat2..

Ada lagi yang saya nak share kat sini.. Koreksi diri saya dan kita semua..
Kita sebagai manusia takkan mampu begerak secara sendirian.. Kita memerlukan insan2 lain.. Sebuah organisasi juga takkan mampu bergerak oleh seorang individu saja.. Kita memerlukan kepada konsep JAMAIE.. Iaitu kebersamaan.. Tak kisah lah sekecil mana pun organisasi tu, mesti memerlukan konsep JAMAIE ni.. Hakikatnya..kita tidak tinggi dari mereka dan mereka juga tak tinggi dari kita.. Kita semua adalah batu bata yang saling sokong menyokong antara satu sama lain dalam membina sebuah bangunan kejayaan..

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Perumpamaan orang2 muslim itu ibarat satu jasad,apabila salah satu bahagian disakiti,maka seluruhnya akan berasa sakit.."

Memang hidup ni perlu saling melengkapi dan bantu membantu..

"Jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam urusan (pembelaan) agama, maka kamu wajib memberi pertolongan..."
(Al-Anfal 8:72)

Sekian saja untuk hari ini.. Moga2 dapat mengambil sesuatu manfaat walaupun sedikit..

Wallahu'alam..

Sunday, October 31, 2010

NAK TAU TAK ???

Salamullahi 'alaikum buat kalian semua. Apa khabar? Harap sentiasa di bawah rahmat Allah s.w.t yer. Insha Allah..

Nak tau tak??

Imam al Qurtubi menerusi satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat menyatakan:

Ketika Nabi Ibrahim a.s didatangi Izrail untuk mencabut nyawanya, berkata Ibrahim kepadanya : "Wahai Izrail, pernakah kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri?"

Lalu Izrail memberitakan pernyataan Ibrahim ini kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t memerintahkan Izrael menyampaikan jawapanNya kepada Ibrahim sebagaimana firmanNya yang bermaksud : "Wahai Ibrahim,apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?"

Apabila Nabi Ibrahim mendengar jawapan Allah menerusi Izrail ini, berkata Ibrahim : "Wahai Izrail,cabutlah nyawaku saat ini juga!"

Hebat kan? Inilah kesempurnaan mahabbah hamba terhadap Rabnya. Ia pasti terhasil apabila sifat kehambaan itu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan yang singkat ini.

~Wallahu'alam~

Tuesday, October 19, 2010

BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama, dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca BISMILLAH setiap kali hendak bercakap, dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan BISMILLAH. Suaminya tidak suka dengan sikap itu dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suatu hari,suaminya berkata sambil mengejek. "Asyik bismillah, bismillah. Sekejap kejap bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa,sebaliknya ia berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suaminya berkata
: "Suatu hari nanti, akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu".

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan kepada isterinya wang yang banyak sambil berkata : "Simpan duit ini". Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya di tempat yang selamat, disamping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata: "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan".

Kemudian isterinya pergi ke tempat ia simpan duit itu dan diikuti oleh suaminya,dengan berhati-hati ia menghampiri tempat ia menyimpan duit itu dan dia membuka dengan membaca "BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM". Ketika itu Allah s.w.t menghantar malaikat Jibril a.s untuk mengembalikan beg duit bersama isinya ke tempat asal itu. Lalu perempuan itu mengambil beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya,ia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga si suami bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Jadi,konklusi yang kita boleh buat disini,apabila kita hemdak memulakan sesuatu pekerjaan,mulakanlah dengan bismillah.Memang begitulah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada kita.Mudah-mudahan segala amal yang kita buat mendapat berkat dari Allah .s.w.t.Tak rugi kita memulakan sesuatu pekerjaan dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang. Allah akan menyayangi kita apabila kita sentiasa mengingatinya. Segala usaha kita insha Allah akan mendapat keberkatanNya..

Wallahua'alam...

Tuesday, September 28, 2010

HATIKU UMPAMA ROLLER COASTER


Inilah ROLLER COASTER yang diumpamakan dengan hatiku pada minggu ini, saat ini dan tika ini. Kenapa? Entah saya sendiri tidak tahu jawapannya.

Ya allah,kembalikanlah semangatku yang kian rapuh,kembalikanlah roh perjuanganku yang kian haus. Kembalikanlah sahabatku yang kian jauh. Sesungguhnya aku tak mampu berdiri andai tiada sentuhan dariMu. Bantulah aku untuk meneruskan perjuangan ini. Andai ini adalah khilafku, maka Kau ampunkanlah. Hanya kepadaMu tempat aku memohon pertolongan. Tetapkanlah aku diatas jalan ini..


Minggu lepas,24hb 9 2010 bersamaan dengan hari jumaat sorang adik asrama saya ALLAHYARHAMAH FATIMAH AZZAHRA BT JA'AFAR (18) telah kembali kerahmatullah kerana kemalangan digilis lori ketika pulang dari sekolah. Satu peristiwa yang tak pernah saya sangkakan. Betullah kata ustaz saya,jika diikut logik akal, sewajarnya kita yang harus pergi dulu. Namun hukum alam tak siapa tahu.. Hari ini hari dia, esok lusa mungkin kita. Moga dimatikan dalam iman dan diampunkan segala dosa..


Alfatihah buat adik tersayang, ALLAHYARHAMAH FATIMAH AZZAHRA.

(bertudung hitam)

Moga rohmu tenang disana..

Wallahua'lam.. Sekadar coretan biasa..

Wednesday, September 22, 2010

RAYA + EXAM !

Salam aidilfitri buat kalian dan salam imtihan buat kawan2 yang sedang berentap dalam minggu exam nie... Bersua kembali, datang mengisi teratak yang tak seberapa nie setelah beberapa minggu x di update.

Alhamdulillah, pejam celik dah hampir 2minggu umat islam meraikan aidilfitri. Syukur hamdan lillah, Allah mengurniakan nikmat hari raya. Kebiasaannya, bila sebut saja hari raya, selalu kita kaitkan dengan ziarah. Dan sambutan hari raya juga pastinya menjadi agenda utama umat islam berebut-rebut pulang ke kampung. Begitu juga saya.Raya baru2 ni saya beraya di kedah.


Baru keluar tol alor setar..



Perjalanan yang menyeronokkan kerana lama sudah tak ke kampung. Dalam keadaan macam nilah dapat jumpa saudara mara yang dah lama tak bertentang mata,kata orang.. Jelas bagi saya,dengan nikmat aidilfitri yang Allah kurniakan ini, semangat ziarah dapat disuburkan walaupun setahun sekali. Tapi, andai ziarah kita dipenuhi dengan acara yang melalaikan, maka punahlah keberkatan ziarah itu.. Nastaghfirullah..

Dalam suasana beraya, hati masih tak senang sebab akan berdepan dengan final exam. 18hb,pukul 10 malam bertolak balik ke nilai dengan bas yang society sediakan. Tapi nak jadi cerita, bas pulak buat hal, terpaksa bertolak pukul 3pagi.. Tak ngapalah, apa2 pun dah selamat samapi ke nilai..(^^,)

Tapi alhamdulillah, paper BI dan HAHU SOROF dah lepas.. Baru je tadi jawab soalan nahu sorof. Yang berbaki exam AQIDAH jumaat nie. Lepas tu sambung pulak minggu depan exam Basic Methods Writing (BMW) dan Dirasat Alquran..



Study sorof...



Sama2 study dengan madihah n zunairah kat masjid nilai... Cari mood study.=)

Nak share satu kata2 dari sahabat saya..

"Bagi jiwa2 yang berjuang demi redhaNya..Tenanglah,damailah...
Kerana sepanjang perjalanan kalian pasti dituntunNya.." (Ankabut:69)
Kembalikan usaha dan harapan pada yang menentukan.. Moga doa2 kita dikabulkan.. Doakan kejayaan kita bersama ya! Wasalam...

~Wallahu'alam bissawab~

Monday, August 30, 2010

SEBENARNYA HATI INI......


Sebenarnya,
hati ini cinta kepadaMu,
Sebenarnya,
diri ini rindu kepadaMu
tapi aku tidak mengerti
mengapa cinta masih tak hadir
mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya,
walau ku kutip
semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya,
walau ku siram dengan air hujan
dari tujuh langitMu
namun cinta
takkan hadir
namun rindu tak akan berbunga
ku cuba menghulurkan
sebuah hadiah kepadaMu
tapi mungkin kerana isinya
tidak sempurna tiada seri
ku cuba menyiramnya
agar tumbuh dan berbunga
tapi mungkin kerana airnya
tidak sesegar telaga kausar
Namun cinta takkan hadir
namun rindu tak akan berbunga
jika tidak mengharap rahmatMu
jika tidak menagih simpati
padaMu ya allah
Tuhan hadiahkanlah
kasihMu kepadaku
tuhan kurniakanlah
rinduku kepadaMu
moga kutahu syukurku
adalah milikMu

*****************
Jika pemilik cinta diketepikan, peminjam cinta dijulang-julang, bagaimana kita dapat merasa bahagia? Hati kita milik Allah. Ambillah cinta dan bahagia dari sumbernya yang asal.

Wasalam..

Wednesday, August 25, 2010

RAMADHAN OH RAMADHAN

Salam ramadhan al mubarak buat yang sudi ke teratak ini.. Lama sudah blog ini bersawang tanpa di isi sesuatau. Pejam celik dah sampai fasa kedua kita berpuasa. Moga segala amalan yang di lakukan diterima disisi Allah s.w.t.


Sebut kata ramadhan,apa pendapat mike semua? Bulan pesta makanan? Bulan untuk mentarbiyah diri? Atau macam mana? Macam2 persepsi manusia tentang ramadhan kan. Jom nak cerita sikit kat sini tentang hikmah2 ramadhan.

1) Ramadhan : Panas terik.

2) Bulan dimana Al-quran diturunkan.

3) Berlakunya perang badar kubra dan umat Islam mendapat kemenangan.

4) Bulan Nabi Muhammad s.a.w mengambil semula kota Mekah dari tangan
Musyrikin.

5) Dipilih untuk ibadat puasa.

6) Di dalamnya terdapat malam al-qadar yakni lebih baik dari 1000 bulan.

7) Dipilih juga untuk ibadat2 lain,contohnya tadarus,qiam dan sebagainya.

8) Bulan penuh keberkatan.

9) Amalan sunat sama dengan solat fardhu.

10) Amalan fardhu mendapat 70x ganda.

11) Bulan menambah rezeki.

12) Bulan keampunan.

* Doa yang paling makbul adalah doa sebelum berbuka.
* Doa sepertiga malam.

13) Bulan untuk menahan sabar.


14) 10 hari pertamanya adalah rahmat, 10 hari pertengahannya adalah maghfirah
(keampunan) dan 10 hari terakhirnya adalah terlepas dari azab neraka.

Itu sahaja daripada saya.. Moga beroleh sesuatu yer untuk entri kali ini. Wallahu'alam.

Sunday, August 1, 2010

TUKAR SELERA

Assalamualaikum warahmatullah! =)

Sebenarnya x ada benda pun nak di story disini.. Cuma semalam saya baru saje meng'upgrade' saya punya meja study..(^^,) Kalau dulu banyak berwarna putih,tapi kali ini,saya tukar warna hijau pulak. Sebab apa? Saja mau tukar angin..=)






Reminder saya untuk khamis ni.=)


Sekian saja.. ~wallahua'lam~


Friday, July 30, 2010

SAYA NAK SHARE TIP NIE,BACA YER?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..


Selama 19tahun diberi nikmat untuk bernafas,macam2 yang saya perolehi. Antaranya dalam berukhwah.Amat berbeza biah di uia nilai dengan zaman sekolah dulu.Betullah kata orang,lain tempat lain keadaannya.Mustahil andai saya katakan hubungan saya sesama sahabat sentiasa baik sepanjang bersahabat.Adakalanya nilai ukhwah diuji juga.Tapi,pandai2lah cara kita mengatasinya..Bagi kalian yang ingin mencari sahabat,saya ada tipsnya.

PANDUAN MEMILIH SAHABAT

1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya.Dia adalah hiasan diri kita.Dan jika kita kekurangan nafkah,dia suka mencukupi keperluan.

2) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu dan jikalau dia melihat kebaikan yang ada pada dirimu,dia suka menyebutnya.

3)
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna.Dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

4) Pilihlah sahabat yang mana jika engkau meminta sesuatu daripadanya,pasti ia memberi,jikalau engkau diam,dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja.Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat,dia suka mengusahakannya.Dan jika engkau berselisihan faham dengannya,dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Perlu ke memilih sahabat? Mestilah perlu.. perlu memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama2 sahabat yang mulia.. Tak gitu?

Jadi,adakah anda? Saya? Dia? Atau sesiapa sahaja? Pokoknya,jadilah sahabat yang mengenang jasa sahabat anda! =)


Nak wish sikit kat sini,kepada sahabat baik saya INTAN NABIHAH BT SUHAIMI,SITI NUR HAMIZA BT OTHMAN & SITI NUR HAFIZA BT OTHMAN,selamat berjuang dibumi anbia'..Moga gelombang dakwah dibumi ma'had bandar baharu tetap mengalir dalam diri kita walaupun kondisisi kita berbeza sekarang. Sayang & rindu seluruh sahabat2 saya! =)

~wasalam~

SAMBUNG MINGGU LEPAS PUNYA..

Janji tetap janji,dan wajib untuk dilaksanakannya bukan? Jadi post kali ni,saya nak continue bagi info yang lepas.

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power”, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, MEMBUKA TELAPAK KAKI DAN TUMIT

Syaitan Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki.” Ini baru agak longgar. “Oh.... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, al…. orang tetap menamakannya dengan jilbab.”

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, MEMBUKA SEPEREMPAT HINGGA SEPARUH BETIS

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran?Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja.” Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis.”

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, TERBUKA SELURUH BETIS

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”

Tetapi? Apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki,” bersungut. “Fitnah? Ah.… itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

SERBA MINI

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” Syaitan tak ingin ambil risiko.

Akhirul kalam,

Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a’lam bisshawab.

Friday, July 23, 2010

STRATEGI SI DIA

Salam kembali.. Alhamdulillah,tadi baru aje sampai rumah wa. Sepanjang perjalanan yang singkat tadi,macam2 berlaku masa dalam ktm. Ada seorang wanita cina tegur seorang laki melayu yang datang masuk ke ladies coach.Keadaan agak tegang tetapi saya hanya mengambil tindakan untuk mendiamkan diri,mendengar. Sampai saje rumah wa,hidung terhidu satu bau yang memang dah lama x bau benda tu.=) Wah2..masak lemak tempoyak rupanya. Dah lama betul tak makan masak lemak tempoyak. Rindu sudah terubat. Lepas basuh pinggan yang tersedia di sinki,kemas2 sikit di dapur,sembang2 dengan wa.Saya pun makan nasi putih,dengan masak lemak tadi. Urm! Subhanallah.. Sedap. Tapi bagi siapa2 yang tak berminat dengan tempoyak ni,mesti tak makan. Macam jugak dengan "budu". Orang2 tertentu saja yang dapat menelannya. Betul ke? Ntah. Itu pandangan saya.. =)

Sedap..

Tamat..........................................

Cukup sebagai intro.=)

Bila tengok dunia hari ini,hati terdetik rasa bimbang.Kerana apa? Kerana sikap manusia yang bermacam2.. Kes2 yang tersiar dalam media massa contohnya bunuh,buang bayi,rape,agaknya berpunca dari siapa? Ibu bapakah? Kerajaankah yang tidak mengu
atkuasakan undang2? Atau kita sendiri? Itulah bila islam tidak di aulakan. Aqidah tidak dikuatkan. Peringatan untuk diri saya juga. Moga sentiasa di bawah perintahan Allah s.w.t.. Ameen..

Macam2 strategi syaitan nak menggoyahkan iman anak2 adam.Antara yang selalu digunakannya dengan memanfaatkan hawa nafsu.Kebanyakannya nafsu kita lebih cenderung kepada keburukan bukan? So kat sini nak bagi satu info dan contoh macam mana syaitan cuba melepaskan hijab atau pakaian seorang muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. MENGHILANGKAN DEFINASI BERHIJAB Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya (fesyen). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, MEMBUKA BAHAGIAN TANGAN
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang?.... Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, MEMBUKA LEHER DAN DADA Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah!.... Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, BERPAKAIAN TAPI TELANJANG Syaitan berbisik lagi, “Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak “cool” cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru. Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, AGAK TERBUKA SEDIKIT
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya “cool” dan “vogue”, yakni dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Yah…. tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy,” katanya. Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya.

Nampak,begitu halus caranya.Moga sama2 muhasabah.Peringatan kita bersama..Berhenti takat ini dulu yaa..Tunggu sambungan dari cerita ni tau.
Wasalam..

Friday, July 16, 2010

BILA PADERI TERPAKSA BUKA RAHSIA

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakaatuh! Kelmarin sudah selesai exam basic methods writing,dan semalam baru je habis paper aqidah.. Masih berbaki lagi dua paper.. Dirasat alquran dan nahu.Moga semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan sabar.

Masih mencari kesempatan untuk post sesuatu di sini walaupun kejap lagi ada misi yang perlu diselesaikan..Cewah.Nak meng'cool'kan hati yang tengah resah.=)

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Pada mulanya dia keberatan, namun kerana desakan rakannya itu akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).' (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan
tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.' (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus as.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.' (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci syurga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Wallahu'alam..Sekian saja..=)

Thursday, July 8, 2010

SYUKUR KEJADIAN BINATANG

Salam ukhwah,mahabbah buat semua.. Post kali nie nak cerita tentang haiwan. Boleh? Sudi untuk baca? Kalau sudi,bacalah. Kalau tak sudi,tak mengapa..saya hanya menulis kepada mereka yang mahu membaca.. =) Boleh mula??

Ok,scroll down!






..............................................................................











........................................................











.................................









....................









........



...









Cerita bermula...

Pada suatu hari, Allah swt memerintahkan malaikat Jibrail menemui seekor kerbau dan memintanya bertanyakan satu soalan kepada haiwan berkenaan. Jibrail segera mematuhi perintah itu.
Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai, malaikat Jibrail mendekatinya, lalu bertanya: "Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan Allah swt sebagai seekor kerbau?"



Kerbau menjawab: "MasyaAllah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah swt yang menjadikan aku seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri."

Mendengar jawapan itu, Jibrail segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam gua. Kemudian Jibrail bertanya: " Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah swt sebagi seekor kelawar?"


"MasyaAllah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah swt yang menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada menjadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan berjalan dengan menggunakan perutnya" jawab kelawar.


Mendengar jawapan itu, Malaikat jibrail segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Lalu Jibrail bertanya kepada si cacing: "Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah swt sebagai seekor cacing?"



Si cacing menjawab: "MasyaAllah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada menjadikanku sebagai seorang manusia." "Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya."


(petikan Harian Metro : Pedoman - Ahad 23 Mei, 2010)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengajaran : Makhluk Allah swt seperti binatang dan tumbuhan memenuhi setiap fitrah semulajadi kejadian mereka dan patuh akan hukum Allah swt yang ditetap ke atas mereka. Manusia diberi akal dan pilihan oleh Allah swt untuk melakukan samada kebaikan atau kejahatan. Setiap perbuatan yang dilakukan akan dibalas oleh Allah swt. Kebaikan yang dilakukan maka ganjaran syurga yang akan diperolehi, tetapi sebaliknya bila kejahatan yang dilakukan maka balasannya adalah neraka Allah swt. Maka gunakan akal dan iman untuk membuat pilihan yang terbaik buat diri kita..semoga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah swt.

Wallahua'lam..

Tuesday, July 6, 2010

TODAY IS MY BIRTHDAY


Hamdan lillah,wa syukran lillah.Allah masih memberi saya nikmat untuk bernafas di bumi ini. TODAY IS MY BIRTHDAY! Hari ini bertambah lagi usia saya. Hari ini akan bertambah jua tanggungjawab saya.Hari ini akan menjadikan saya lebih matang, dek ujian yang akan mendatang.Hari ini akan menjadi saksi ketabahan diriku mengharung onak dan duri.Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarak saya denganNya.Semakin berkurang tempoh beramal,semakin kubur mempersiap tempat untuk saya.Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput.Semakin dekat masa amalan diperhitung..Dan semakin hampir haruman firdausi atau azabnya jahannam..

Astaghfirullahal'azim..Ampunkanlah dosa2 saya ya Allah..Sudah 19 tahun saya hidup di bumi Allah ini.Apakah yang telah saya infakkan? Bagaimana pula dengan amalan2 fardhu yang lain? Bagaimana juga hubungan saya dengan Allah serta insan2 yang lain? Tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, anak, kakak, pelajar,pemimpin,sahabat? Serasa gerun untuk menjawab..Masih banyak yang belum selesai..

Tadi petang selepas kelas alquran bersama ustaz mamad yaidi,dapat mesej dari seorang sahabat,saliha.."Kinah,kite jumpa dekat blue court ye pukul 6.30.." Rupa2nya sahabat2 nak sambut besday saya dengan mimi..Terharu sangat2.. Terima kasih semua..

Paling semangat adik beradik yang paling hampir dengan saya di bumi barakah nilai ini.Huda,Saliha,Azimah,Asma,Ayong,Nik & Hazimah.Depe beli kek coklat. Makanan ringan.Hadiah..Masha Allah..Speechless saya.Rasa sebak pun ada.



Kek coklat.. Sedap.. Terima kasih sahabat2..



Dapat hadiah juga.. (^^,)



Special card..



Isi kad tadi..

Ameen.. =)


Sahabat2 tersayang..


Mini kad dari azimah..TQ zimah!

Buat semua,syukran katsira 'ala kulli hal.. (^^,)

~wasalam~

DOSA DATANG 4 PERINGKAT

Assalamu'alaikum w.b.t.. Mengisi masa yang ada dengan berblogging,sebelum kelas nahu bersama ustaz ali bin tuah.=) Saya ada terbaca 1 artikel ilmiah tentang 'DOSA". Tahukah kalian dosa ada peringkatnya? Yang mana dah tahu tu,kita ingat2 kembali,yang belum tahu,silakan untuk membacanya..

Dosa Peringkat Pertama

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."


"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan."
(al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).


~wallaua'lam~

Monday, July 5, 2010

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

Salam intifadhah..

Hati terpanggil untuk mengisi sesuatu di laman yang tak seberapa ini.. Untuk berkongsi apa yang patut dikongsi.Sama2 kita saling memperingati.Insha Allah..

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :


1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila 5. Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN


Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.



KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."




KUASA TAQWA PEREMPUAN


Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.




Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.


Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti
dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.



Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Wallahua'lam.

Sunday, June 13, 2010

Kedamaian

Salam mahabbah buat siapa yang sudi berkunjung di blog saya ini..Sudah lama tidak di isi sesuatu.Keadaan kurang selesa sebab sekarang dalam perjalanan nak balik ke nilai.Dalam bas. Agak2 pukul berapalah saya sampai nilai.Harapnya tak lebih dari pukul 10 malam.Saja saya mahu postkan sesuatu disini sementara kesempatan masih ada.Dan untuk mengelakkan daripada tidur..=) Nak post apa erk? Idea,idea,idea! Ya. 1 lirik lagu. Baru je dengar tadi.



dunia semakin tua
manusia sering bersengketa
kebesaran Allah dilupa
keegoaan jadi pegangan
kemusnahan didepan mata
tangisan menagih simpati
bala menimpa untuk diinsafi
kerana iman sering diuji
apa erti kedamaian
kalau jiwa penuh kehitaman
apa guna kedamaian
jika perasaan benci berpanjangan
apa perlu kedamaian
jika sukar lemparkan senyuman
apa dipohon kedamaian
perintah Allah kita abaikan

sekian saja..wallahua'lam..

Tuesday, May 25, 2010

Kenangan bersama adik2 pasti al-munawwarah

puteri2 bermain game yang mencabar minda

Lepas belajar cara membuat bunga untuk hari bapa nanti.Kat tangan si kecil tulah hasilnya..


Biah dalam pustaka miri

Cik siti montel dengan adik fasihah..


Jazlan dan Imam,2 hero nakal pasti al munawwarah. =)

Hasil karya anak2 miri.

Khusyuk mendengar taklimat.


Bersedia untuk menerima arahan seterusnya..

??????

Masam je adik yang bertudung koko tu.Kenape ni??? =)

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome