Wednesday, April 28, 2010

Kuatkan aku..

Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah,Kau permudahkanlah urusanku.. Aku lagi sedih ya Allah.. Dua tiga hari ni macam2 yang berlaku.. Kuatkanlah aku untuk hadapi semua ni.. =(

Monday, April 26, 2010

Bersediakah aku pada hari itu?

Bismillahirrahmanirrahim.. Sejak akhir2 ni..asyik dengar pasal mati je.Kadang2 berasa takut jugak.Amalan x banyak lagi.. Tapi mati itu satu kepastian. Nak tak nak,kena jugak.Kalaulah jangka hayat kita boleh di tunda,dah pasti ramai yang buat.Dah hampir 19tahun saya hidup di bumi Allah ini.Berapa banyakkah amalan yang saya lakukan? Berapa banyakkah kefardhuan yang saya tinggalkan? Macam mana pula hubungan saya sesama keluarga dan insan lain? Ya Allah.. Ampunilah hamba.. Serasa gerun juga untuk bertanya soalan2 sebegini.. Tapi mesti juga disoal untuk peringatan pada diri. Macam2 lagi persoalan yang membuatkan saya sendiri takut untuk menjawabnya..

Pastikanlah wahai diri kau sudah bersedia
Kau tetap akan dipanggil mengadap tuhan pencipta
Beramallah diri umpama kan mati esok hari
Dan bekerjalah bagaikan hidup selamanya
Bila tibanya kiamat kecil itu
Tiada lagi siapa yang dapat membantu
Tidak kira di mana diri kita berada
Tidak kira waktu ketika
Ku berdoa padaMu ya Allah agar aku dimatikan
Dalam iman jua islam dan juga dibawah kerahmatanNya
Hanya amalan soleh yang bisa memberikan
Ketenangan dan kesabaran kesabaran padaku bila tibanya
Saat itu..

Ya Allah..terlalu banyak yang ku pinta padaMu.Namun yang paling ku harapkan adalah redhaMu ya tuhan..

Siapa yang sedang kau maksiati?

Bismillahirrahmanirrahim. Salam tautan.. Berapa hari la dh saya tinggal blog ni.Jangan usang sudah la. Jom kita terus ke post seterusnya! Sebenarnya,dalam melayari sebuah kehidupan bernama insan dan juga hamba ini, kita sering melihat perkara mungkar dan amal ma'aruf. Maka disini akan kita lihat dengan jelas wujudnya dua golongan manusia.

Pertama golongan yang cintakan kebaikan, gemar melakukan kebajikan dan suka dalam menjalani kema'arufan.

Manakala golongan kedua ialah golongan yang cintakan kemungkaran, gemar melakukan keburukan dan suka dalam menjalani perkara maksiat serta dosa.

Jelas golongan ini wujud disekeliling kita termasuk juga diri kita sendiri. Tambahan lagi, maksiat kini semakin berleluasa. Tetapi kita perlu ingat, Allah telah memberi peringatan kepada kita bahawa musibah atau kemaksiatan yang dilakukan, tidak hanya akan menimpa para pelakunya sahaja tetapi akan menyeluruh kepada masyarakat sekitarnya.

Allah berfirman: "Dan takutlah kalian terhadap fitnah ( musibah, petaka, bencana, siksa ) yang benar-benar tidak hanya menimpa orang-orang zalim di antara kalian secara khusus. Dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha dahsyat siksa-Nya." (Surah Al-Anfal:25)

Subhanallah, sesungguhnya sebuah peringatan yang Allah berikan bukanlah sebuah peringatan yang dahsyat. Janji Allah benar-benar pasti. Maka musibah akan menimpa, bala bencana pasti akan menimpa negeri kita, bila kemurkaan dilakukan, bila maksiat dibiarkan, bila dosa atau pahala diacuhkan, bila pelakunya di agungkan, bila perbuatannya didokong dan dikendalikan, sungguh musibah pasti akan menghampiri kita.

Daripada ayat Allah tadi, jelas menunjukkan kepada kita, musibah tidak hanya akan menimpa pelakunya sahaja bahkan keseluruhan masyarakat disekelilingnya. Lalu bagaimana diri kita, yang mengaku cintakan kebenaran, para pendokong kema'arufan, para penggemar kebajikan, para pelaku kebaikan. Adakah kita terlepas dari kemungkaran? Apakah amal baik kita sudah terbebas daripada dosa?

Ayat Allah ini diperkukuhkan lagi dengan sebuah kisah, di mana Allah memerintah malaikat untuk menurunkan bala di sebuah negeri. Lalu malaikat pun turun ke bumi untuk menurunkan bala, tetapi malaikat ternampak seorang yang kuat ibadahnya kepada Allah di dalam negeri itu. Lalu malaikat naik semula bertemu dengan Allah dan menceritakan tentang perkara tadi. Maka Allah memerintahkan malaikat untuk menurun bala terlebih dahulu kepada orang alim tadi.

Sungguh naif, bila kita mengaku diri kita sebagai seorang da'ie bila mana diri kita terjerumus dengan dosa dan maksiat, sungguh malu bila kita mengaku kita cintakan kemakrufan bila mana diri kita masih terlena dengan realiti dunia, sungguh zalim bila kita mengaku gemar melakukan kebajikan dalam diam kita melakukan keburukan. Atau bahkan kitalah yang sebenarnya menjadi kunci asbab turunnya musibah, dek kerana kita tahu, tapi kita melanggar dan melakukan maksiat.

Memang manusia tidak terlepas dari sifat pelupa dan salah, bukan mudah untuk bebas dari kemungkaran dan keburukan dek hawa nafsu yang menjadi musuh utama, kecuali mereka yang Allah lindungi dan kasihi, dipayungi rahmat kerana sentiasa hatinya menyebut dan mengingati Allah.

Sungguh beruntung mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap amal perbuatannya.

Nasihat seorang ulama ada mengatakan: Jangan engkau melihat akan kecilnya suatu kesalahan. Akan tetapi lihatlah kepada siapa engkau bermaksiat. Wallahua'lam...

Thursday, April 22, 2010

Wahai wanita


Wahai wanita,

Dirimu ditangisi oleh Nabi setiap mlam,

Sehingga basah baju Akhiril Anbiya’,

Wahai pemimpin seluruh alam,

Kenapa begitu ditangisi akan wanita?

Ditanya Aisyah kasih dan cinta,

Jawabnya kerna,

Mereka penuh mengisi ruang seksaan,

Api neraka yang mengazabkan.



Kamu itu fitnah dunia,

Apa yang terjadi dipandang seluruhnya,

Diseksa dan direndahkan darjatmu,

Oleh golongan Adam kafir Quraisy.



Datanglah nabi penyuluh kegelapan,

Membela si hawa yang terseksa,

Dengan Islam yang mulia.



Wahai golongan yang mudah tertipu

Akan syaitan musuhmu yang nyata,

Sejak diciptanya Adam yang mulia,

Akan segala isi dunia sementara.



Bersihkan hatimu, bersihkan jiwamu,

Tutuplah auratmu, rendahkan suaramu,

Jagalah pergaulanmu, jagalah lidahmu,

Kerna sekiranya kamu lalai,

Maka murkalah Khaliq dan gelap mata Adam.



Tutuplah seluruh badanmu termasuk kakimu,

Kecuali wajahmu dan telapak tanganmu,

Kerna ini kebanyakan darimu lupa akannya,

Akhirnya terseksa walau sebesar zarah.



Ayuh,

Wanita yang dikasihi manusia agung,

Kembalilah memburu redha Allah,

Jadilah seperti Rabiyatul Adawiyah,

Kerna alimmu lebih 1000 orang lelaki jahil.



Ingatlah,

Nanti dirimu memenuhi ruang neraka,

Dengan kasihan Khaliq Yang Maha Kasih,

Maka jadilah wanita yang berjaya,

Yang sedar akan ancaman ini.



Wahai wanita,

Sedarlah dan jagalah dirimu,

Supaya jauh dari api yang bernyala,

Agar dapat dirimu menjadi,

PERMAISURI KEPADA SEGALA BIDADARI..

Tuesday, April 20, 2010

Laksa utara

Assalamualaikum w.b.t.. Bismillahirrahmanirrahim.. Saya nak berkongi resepi favourite keluaraga saya.. Tengok,baca dan try ye!

sedapnya..

Bahan-Bahan :

Laksa (dicelur)

Ikan kembung

Bunga kantan

Asam gelugur

Cili padi

Daun kesum

Serai (diketuk)

Air

Timun (dihiris)

Daun salad (dihiris)

Bawang besar (dihiris)

Cili kisar

Telur rebus

Garam secukup rasa

Cara:

1)Rebus ikan kembung hingga lembut.

2)Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga halus.

3)Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur & air ke dalam periuk.

4)Biarkan mendidih selama 20 minit.

5)Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit.

6)Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun & telur rebus.

Haa..bagi sape2 yang gemor dengan laksa ni,try la buat ye.. Pior pnya sedap.. (^^,)

Salam Rindu Untuk Sahabat2 Yang Berjuang Di Negara Orang..

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang dirantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu
Ingatan ayah ibu
Janganlah meghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu
Diwaktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan
Terus memburu
menuntut janji
Pastilah islam gemilang lagi
Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang
Pejuang dimana pun ada ketenangan
Dimanapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaanNya
Bagi insan yang menyerahkan jiwa dan raga
Ibu bapa kepada Allah..

Monday, April 19, 2010

Izinkan aku..


Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah,jadikanlah aku pejuang dakwahMu.Dimanapun Kau campakkan aku di muka bumiMu ini,berilah aku kekuatan, masukkanlah dalam hatiku semangat jihad yang tinggi,agar setiap sisa hidup yang berlalu dapat digunakan untuk berbakti pada agamaMu.Kurniakanlah aku kecerdasan akal dan kebijaksanaan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dibumiMu..Masukkanlah ke dalam hatiku CINTA, RINDU dan TAKUT kepadaMu,melebihi segala nikmat di dunia yang sementara ini.Izinkanlah ya Allah untuk aku menjadi pejuang mujahidah pemegang panji2 Islam.. Ameen..

SEMUSIM BERSAMA SEABAD TERASA

Duhai teman,dalam pertemuan semusim lalu,kita simpulkan benang2 ukhwah.Kita semaikan benih persahabtan menjadi pohon rendang.Lalu brsama kita pelihara ia agar rimbunan dedaun memayungi ketika panas sebagai peteduhan rintik gerimis tak membasahi kita.Duhai teman,antara kita terkadang terlepas bicara,pasti ada jiwa yang tersentuh.Setangkai hati mungkin terguris.Namun ego sering menguasai diri..Kerana itu tiada kemaafan ku pinta.Membiar lara merawan naluri.Tetapi teman,akankah engkau mengerti andai setitis air matamu tumpah kerana egoku,pasti seribu penyesalan menghimpitku.Dalam diam ku tangisi segala keterlanjuran..Seperi juga dirimu,dalam senyum dan tawa bukan makna aku bahagia..namun,ada sendu yang cuba ku sembunyikan..Bukan tidak ingin ku kongsi tetapi aku suka ketika riamu memberi ceria dititian hariku.Menguntum harapan dan sinar baru untuk ku sematkan kekuatan dan ketabahan diri dalam meneruskan perjuangan kita..

Sekalipun jarak memisahkan kita,mungkin di suatu ketika saja..tapi ingatlah teman,sebutir biji benih yang baik,di manapun gugurnya pasti tumbuh menjadi pohon yang rendang.Menguntum bunga kembang berseri.Harumnya wangi mendamaikan,menghasilkan buah yang manis isinya..Memberi nikmat bukan hanya pada rasa.Tetapi terkandung khasiat bermanfaat di dalamnya..Tiada kata secantik bahasa.Tiada madah seindah puisi untukku nukilkan rasa hati betapa kehadiranmu membahagiakn mengisi ruang2 kosong dihatiku..Menyingkir lorong nan sepi.Walau tidakku lafazkan kasihku siapa sebenarnya dirimu,telah ku zahirkan engkaulah teman,emgkaulah sahabat.

Pada ilahi kita pohon,moga pohonan itu terus berbunga menebarkan haruman pada kita, mendamaikan segenap ruang hati.Daku mengiringi perjalanan semoga engkau gagah berdiri menempuh ujian dan cabaran mendatang..


Lawatan bersama sempena perpisahan f5 08..


Bintang hatiku!!!

Ya Allah..ku sangat2 merindui semua sahabat2ku.. Walau pertemuan ini terasa singkat,namun segalanya terasa indah,kerana ia dibina atas dasar cinta kepadaMu.Kurniakanlah kemanisan iman kepada kami dalam melayari hidup yang penuh mehnah ujian..Ameen..

Sunday, April 18, 2010

Jom!


Cepatnya masa berlalu..Ku mohon Engkau ampunkan dosa2 hambaMu ini ya tuhan..Dosa2 yang telah ku lakukan tadi,semalam dan sebelumnya..Juga hari2 yang datang.. Berkatilah setiap langkahku..Apabila hilangnya mega merah di ufuk barat (waktu isyak),bermulalah pesta qiamullail bagi orang2 yang ingin menghampirkan diri kepada Allah.Apabila terbit fajar sadik di ufuk timur,menangislah ia sementara menunggu malam yang berikutnya.. Jom sama2 kita dating bersama si Dia.. Allahurabbuna..

Saturday, April 17, 2010

Terima kasih mak n abah!

Pertama2 kalinya saya mohon maaf sebab saya guna bahasa pasar untuk bercerita.Sebabnya hari ni saya x terkeluar idea.Penat sikit. :) Tadi saya dan keluarga tercinta pergi melawat ke bintulu,sarawak.Perjalanan kami hampir 2 jam setengah untuk sampai ke pekan bintulu.Awal2 pagi lagi mak dah masuk dapur untuk masak bekalan makanan kami.Bukannnya apa,di sarawak ni,susah sikit nak cari kedai2 makan yang terjamin halalnya tu.Jadi,terpaksa la kami bawak makanan dari rumah..Semestinya terjamin dari segi halal dan bersihnya.Lauk x bawak banyak mana pun,hanya 3 jenis lauk yang simple.Sebab kejar masa..

Keluar saja dari bandar miri nak ke bintulu,saya nampak semuanya kelapa sawit.Diselang seli juga dengan rumah2 panjang yang nampaknya macam dah lama.Baru 1st time saya tengok rumah panjang real2.Sebelum ni balik miri selalunya berjalan di area dekat2 saja.Tapi kali ni abah n mak bawak jalan jauh sikit.Tengok2 tempat orang..Sampai2 ja di bintulu kami singgah kat satu pantai ni untuk makan tengah hari.Pantai apa saya terlupa pulak namanya.Lepas tu kami pergi ke taman tumbina.Unikkan nama taman ni? Sebenarnya,nama taman ni hasil gabungan daripada TUMBUHAN & BINATANG.Taman ni luas dia masha allah..tuhan sajalah yang tau betapa luasnya dia.Sampai tak larat saya dan adik2 nak jalan tengok2 binatang.Sempat tengok dalam 5,6 jenis binatang saja.Mana tak nya,jarak dari satu tempat ke satu tempat binatang lain,jauh..Dengan berbukit2.Luasnya bumi Allah kan.Sampai x terjalan kami. :)
Cadangnya nak bermalam di bintulu,tapi tak jadi sebab ada musyaqqah sikit.Waktu on the way nak balik ke rumah,sempat lagi singgah di bungal,bekenu.Saja ambil angin petang2 sambil tengok cantiknya matahari terbenam.Sehari perjalanan hari ni agak memenatkan tapi best sebab macam2 pengalaman dan ilmu saya dapat.Walaupun nampak macam biasa saja.Just jalan2.Tapi di sebalik tu saya belajar erti sabar,dan macam mana susahnya hidup setengah rakyat di bintulu.Terima kasih mak dan abah sebab luangkan cuti hujung minggu kali ni dengan kami anak2 mu..

Kak bie berpurdah???? hehe..

Pantai di bungal..Lagi cantik bila matahari dah terbenam..








Thursday, April 15, 2010

Kerapu 3 rasa dengan epal

kerabu

Bahan-bahan :

1 ekor ikan kerapu berat anggaran 500 gm

**dikisar halus
2 ulas bawang merah
1/4 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1/2 biji tomato
1 biji cili merah
2 tangkai cili padi

2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan namphla
sedikit sayuran seperti karot, bunga kobis dan jagung muda
1/2 biji epal fuji didadu kecil
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara - cara:

1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng ikan hingga separa garing. Letakkan dalam pinggan besar. ketepikan dahulu.

2. Ambil 3 sudu besar minyak gorengan tadi dan panaskan di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. (3-5 minit)

3. Masukkan sos cili, 1/2 cawan air, sos ikan, dan sayuran termasuk epal yang didadu.

4. Biarkan mendidih dan sayur lembut.

5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan tutup api.

6. Tuang kuah ke atas ikan dan sedia dinikmati panas-panas.

7.Dah siap semuanya,makan!

Jangan lupa baca bismillah ya..selamat mencuba!

Wednesday, April 14, 2010

SHEIKH ABDUL KADIR MENGHALAU SYAITAN

Satu hari saya ada terbaca satu kisah tentang Syeikh Abdul Kadir.Ceritanya memang menarik! Dan saya rasa patut saya kongsikan cerita trsebut di blog saya ini..Syeikh Abdul Kadir al-Jilani sebenarnya sangat2 la terkenal sebagai ulama' sufi dan wali Allah yang sangat hebat imannya dan tauhidnya kepada Allah s.w.t.Antara bukti kehebatan itu ialah Syeikh Abdul Kadir berdepan dengan tipu daya iblis,namun ilmu dan tauhidnya menjadi benteng kebal yang menyelamatkan imannya.Dengarlah sendiri cerita beliau..............

Suatu ketika,aku nampak satu cahaya terang benderang memenuhi seluruh langit.Kemudian,satu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata:"Wahai Abdul Kadir,akulah Allah tuhanmu.Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu".Aku terus menjawab:"Berambuslah wahai syaitan!" Sebaik saja mnugcapkan kata2 tadi,cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia tadi berdesir menjadi angin.Aku mendengar lagi suara berseru:"Wahai Abdul Kadir,aku telah menyesatkan 70orang ahli sufi dengan cara ini.Tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu". Rupanya syaitan masih mencuba menipu aku,lalu aku pun menjawab,"Tidak,ini adalah rahmat daripada Allah s.w.t".

Syeikh Abdul Kadir ditanya oleh seseorang tatkala beliau menceritakan kisah luar biasa ini kepada murid2nya."Bagaimana tuan tahu itu adalah syaitan?" Jawab Syeikh Abdul Kadir:"Apabila dia berkata dia telah menghalalkan perkara yang haram bagiku".

Jadi,sama2lah kita top up iman agar bisa melawan bisikan2 syaitan yang senantiasa mengajak manusia ke arah kemungkaran..Ya Allah sinarilah hati kami dengan petunjukMu sebagaimana Engkau telah menyinari bumi ini dengan cahaya matahariMu selama2nya,dengan rahmatMu wahai Allah yang maha penyayang.Ameen..

bLog baRu selEpas didElete

Alhamdulillah! Hari ini dengan rasminya saya merasmi blog baru saya.. Bismillahirrahmanirrahim.. Moga ianya menjadi manfaat buat saya dan kalian semua.. Ok,kite jumpa di post yang seterusnya untuk cerita saya.. Wasalam.. :)
 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome