Tuesday, May 25, 2010

Kenangan bersama adik2 pasti al-munawwarah

puteri2 bermain game yang mencabar minda

Lepas belajar cara membuat bunga untuk hari bapa nanti.Kat tangan si kecil tulah hasilnya..


Biah dalam pustaka miri

Cik siti montel dengan adik fasihah..


Jazlan dan Imam,2 hero nakal pasti al munawwarah. =)

Hasil karya anak2 miri.

Khusyuk mendengar taklimat.


Bersedia untuk menerima arahan seterusnya..

??????

Masam je adik yang bertudung koko tu.Kenape ni??? =)

Monday, May 24, 2010

Bertuahnya saya

Salam tautan..

Untungnya saya dilahirkan sebagai seorang perempuan.Begitu juga muslimah2 yang lain.Terlalu banyak nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita semua.Hamdan lillah. Jom! Sama2 kita ucapkan syukur.Kepada Dia yang menganugerahkan sesuatu.Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah. =)

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Subhanallah..Sntiasalah kita mengucapkan syukur..

Friday, May 21, 2010

1 message recieved!

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Bertemu lagi buat kawan2 yang sudi ke blog saya ini..:)

Ada kisah yang saya ingin kongsikan disini.Silakan membacanya,faham dan fikir.

Cerita bermula...


1 message received...

enti...
bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,
tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..


bukan ana tidak mahu melirik senyuman pd enti,
tp ana selalu tersenyum didalam hati,
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari,

bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pd enti,
tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,
ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa merasai..
di hari2 yang pasti...

bukan ana tidak mahu bercakap dgn enti,
tapi ana ingin menghabiskan bicara2 ana,
tika mana ana dan enti 'bukan' lg 'ana' dan 'enti'..
di hari2 yg pasti...

bukan ana tidak mahu chatting dgn enti,
tapi ana takut jari2 ini tidak diizinkan lg untuk membelai rambut enti,
dihari2 yang pasti..

bukan ana tidak mahu mesej dgn enti,
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti,
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini,

bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,
tp,ana bimbang wajah ini tidak akan lg memberikan senyuman di setiap pagi,
di hari2 yg pasti...

bukan ana tidak ingin memandang senyuman enti,
tp ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,
di hari2 yang pasti..

bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk harijadi enti,
tp bimbang ana hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enti..
tidak lagi ,
dihari2 yang pasti..

...............................

enti yakinlah,
percayalah...

bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti,
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada ilahi..
kerana ia bukan hari2 yang pasti...

bukan ana tidak ingin mengatakan mencintai enti,
tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada ilahi,
kerana ia bukan hari2 yang pasti..

kerana ia bukan dihari2 yang pasti,
ana tidak mahu agar hati ana dan enti mati..
lalu mematikan hubungan ana atau enti dengan ILAHI..

enti,intailah sebentar hari2 yang pasti..tika itu,andai ana jatuh enti menghulurkan tgn untuk memberi ana harapan,tika ana kesedihan enti bersedia untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,tika ana berseorangan entilah teman,tika ana kelalaian entilah yang mengingatkan..tika itu,ana dan enti..
bukan lah 'ana dan enti 'lagi...
kerana..

ia adalah hari2 yang pasti..
berdoalah untuk hari2 yang pasti,

hari2 yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..
dan itulah jalan yang telah islam berikan...

-selamat malam enti-

moga kita dipermukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti..

.....................................................................


Pasti! Yakinlah..Allah sangt2 baik! Moga kita semua dibukakan pintu hati..
untuk anta2 dan enti2 skalian..
*sangat- sangat menghargainya. Jazakallahukhairan kathira*
"Ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku kerana Dakwah! Ameen"~ *Hanya Allah yang tahu*


"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

Wallahu'alam..

Thursday, May 20, 2010

Dengarlah,makbullah..


"Bagaimana jadinya andai Allah s.w.t mencabut nyawa saya,saat tercabutnya iman dari jiwa saya?"

YA ALLAH,
rasakanlah pada diriku rasa penyesalan yang keluar dari hati yang tulus,bukan setakat hanya mengatakan 'aku menyesal'..

YA ALLAH,
bagaimana mugkin aku dapat menjaga diriku agar tidak berdosa sama sekali.Tetapi dengan rahmatMu,ia bukanlah perkara yang mustahil..

YA ALLAH,
bagaimana jika dosaku masih terjadi dengan sengaja atau tidak disengajakan,mugkin kerana terlupa atau tersilap.Maka,kurniakanlah aku taufiq agar diriku bersih dari sifat lupa dan salah..

YA ALLAH,
limpahkanlah nikmat dan kurniaanMu bagi menyempurnakan niat hambaMu ini sehingga diriku tetap dalam keadaan taubat dan tidak kembali melakukan dosa..



Allahumma ameen..

Tuesday, May 18, 2010

Cabaran 12/5/2010


Assalamualaikum w.b.t..
Bersua kembali.

Ada benda nak saya taip disini.Ada benda nak saya kongsi disini.Kisah ini terjadi pada minggu lepas.12hb 5 2010. Seawal jam 5 pagi,saya bangun daripada tidur dengan perasaan berdebar2 dan sedikit tidak senang.Tapi saya cuba untuk meng'control'kan diri (cewah) supaya mak & abah tidak perasan yang saya sedang berperang dengan perasaan.Kemudian saya teruskan dengan mengemas rumah seperti biasa.Adik2 sudah pun ke sekolah untuk menjalankan kewajipan mereka sebagai seorang pelajar.Dalam masa pukul8 pagi,mak sudah ke sekolah dan abah pula ke tempat kerjanya seperti selalu.Tinggallah saya sendirian.Otak ligat berfikir.Apakah saya mampu lakukan nanti?

Pesan abah,"pukul11 lebih nanti abah balik,terus pergi".Saya hanya menjawab "ok!".Dalam sibuk2 mengemas,sidai baju,memasak,terasa cepatnya masa berputar.Oh! jam hampir 11 lebih,saya perlu mempercepatkan kerja saya.Abah sudah pun sampai di rumah seperti yang dijanjikan.Saya bersiap2 dan terus pergi ke 'tempat itu'.Huhu.Saya pergi dengan kurang keyakinan.Memang saya ada dengar kawan2 cakap, "yang bahagian tu susah sikit". Ada yang kata,"kalau jatuh,habis la."Tapi mereka juga bagi saya semangat pada sayaDengan spirit words daripada kawan2 sedikit sebanyak memberanikan saya untuk lakukan itu.Ya,saya pasti boleh! (cuba berfikir positif). Insha Allah,Allah akan mempermudahkan saya.Saya bermonolog dalam hati.

Setelah saya sampai di 'tempat itu',masuklah saya ke dalam sebuah bangunan yang sederhana kecil untuk memastikan yang masuk itu adalah diri saya sebenar.Agak kurang selesa kerana hampir kesemuanya lelaki.Hanya 2orang sahaja perempuan,termasuk saya.Malu pun ada.Tapi saya terpaksa lakukan juga kerana inilah keputusan yang telah saya putuskan.Nak atau tidak,saya mesti.Ini adalah cabarab buat saya.

Kemudian saya dan kesemuanya di arahkan pergi ke sebuah pondok.Setelah melihat yang lain sudah selesai,maka giliran saya semakin hampir.Kecuakan semakin menjadi2.Seorang lelaki yang usianya mungkin lewat 30 an mengarahkan saya supaya bersiap sedia.Saya pun pergi dengan pura2 cool (dalam hati,tuhan sajalah yang tahu.Hehe.).Kemudian saya berada dalam posisi yang selesa.Sedikit mengelamun.Antara yakin atau tidak.

Tiba2,"no 10! Wan fadhlin sakina bt idris!" Kata seorang lelaki yang berpakaian uniform.Katanya lagi,"ok mula!" Saya pun memulakan perjalanan di sebuah titi yang besarnya hanya sebesar kertas a4.Kemudian bermotoran mengelilingi kon.Fuh! Alhamdulillah,sedikit lega kerana berjaya mengharungi.Saya pasti,kalian pastinya dapat mengagak kan? Apa yang sedang saya lakukan. Tapi tak mengapa,saya nak teruskan lagi story saya.Untuk siapa yang mahu membaca.Amaran keras! Bagi sesiapa yang boring,silakan tinggal laman ini.Hehe.Kemudian meneruskan lagi cabaran untuk membuat brek kecemasan.Alhamdulillah,kali ini juga mampu saya lakukan.Dan terus ke bahagian 8 serta selekoh tajam.Tibalah saat yang paling saya takut.Detik untuk saya melakukan double stand.Aduh!Mampukah saya kali ini? Berkali2 latihan tak pernah saya lepas.Hehe.(kate muslimah power).Saya dengan spontannya meminta excuse kepada tester jpj.Berkali2 buat tapi masih tak mampu.Dengan muka yang agak bengis,"Tak makan ka??! Mana boleh excuse2! Cikgu awak tak ajar ka??!" Ya Allah,satu jerkahan untuk saya.Terasa nak menangis,tapi ku tahan jua (bukan minta simpati ya).Adatlah dalam situasi macam ni kan.Perasaan saya masih boleh di'control'.

Tiba di bahagian terakhir,satu lagi cabaran buat saya untuk melakukan double stand tadi.Aduh, dah la motor berat.Saya memujuk hati.Tak apa,cuba dulu.Tak lepas juga untuk kali ini.Kemudian ada suara,"Itulah tudung tu labuh sangat,sebab tu tak boleh.Lain kali pakai tudung pendek".Berdesing telinga.Salahkah saya bertudung labuh? Adakah peraturan untuk membuat lesen wajib bertudung pendek? Kenapa perlu mempertikaikan hukum tuhan? Terasa hendak bersuara,tapi saya hanya melemparkan senyuman memandangkan situasi kurang sesuai. Tak mengapalah,moga suatu hari Allah membuka pintu hati mereka. Ujian saya tamat.Saya masih bermain dengan perasaan,luluskah aku? Kalau tak lulus? Macam2 perasaan yang datang.Tak apa.Allah tahu apa yang terbaik.Terus memujuk hati.Pada masa yang sama,masih terkilan dengan kata2 yang pendek tadi,amat memberi kesan pada saya.Terus saya berdoa dalam hati moga Allah meng'istiqamah'kan saya.

"Ok masuk ke dalam ya".Tersedar saya bila ditegur dan diarahkan menunggu keputusan saya.Saya masuk seperti tiada apa2 yang dirasa.Satu2 persatu nama manusia yang lulus dipanggil.Mana ni? Nama saya tak dipanggil2 lagi.Kertas berwarna biru makin menipis kerana telah diambil mereka yang berjaya dengan jayanya.=) Dan saya nampak hanya satu lagi kertas biru yang belum diambil.Milik sayakah? Jari2 mula sejuk.Maklumlah,saya ni mudah gelabah sikit."Mohamad Nor Azam".Sebut cikgu tadi.Nampaknya,saya mesti lakukan test buat kali kedua.Kertas tadi bukan milik saya.Terasa hilang mood.Saya sudah mula untuk bangun daripada kerusi."Awak kena fotostat borang ini ya untuk retest".Kata cikgu tadi untuk.....





.............................................................................................
.........................................................
....................











...........................................................................
...............................................................
..........................













............................................................................
....................................................................
..................



















untuk insan yang bernama Mohamad Nor azam.Saya duduk kembali.Nampaknya masih ada harapan (cuba perasan).Hehe.Lepas tu,cikgu yang mengajar saya motor beritahu kepada saya. "Naaa..lulus pun kitak..Nasib baik dia bagi excuse.Tapi sik pa..kitak sudah cuba yang terbaik kan.Tahniah bha".Dia berbahasa sarawak dengan saya.Saya hanya berbalas tq dan senyuman kepada cikgu kerana tidak tahu untuk bercakap dalam bahasa bumi kenyalang ini.Jiwa dan hati menjadi satu.Seronok tak terkata.Puas kena marah2 dengan jpj.Ketika tangan menghulur untuk mengambil keputusan,baru saya perasan yang jari tengah saya luka.Ini semua sebab double stand tadilah ni.Ngomel hati kecil.Sadis di situ.Hehe.Syukur pada Allah yang memudahkan urusan saya.Balik,terus saya lakukan sujud syukur.Sesungguhnya padaMu jua aku mengadu.Terlalu banyak nikmat dan bantuanMu padaku.Walaupun sebelumnya di uji dengan bermacam2 jenis perasaan.Terima kasih tuhan! Allahu rabbi.=)



~Sabar itu perit,tetapi menjanjikan suatu yang manis~
Wasalam..=)

Sunday, May 16, 2010

Hari apa? Hari guru.. Hari apa?

Assalamualaikum wbt..
Sudah hampir seminggu saya tidak bersiaran di laman saya ini.
Untuk kali ni saya nak post kan apa ek? Memandangkan hari ini 16mei,hari apa??? Sudah semestinya semua orang tahukan dengan tarikh ini.Kalian dah wish ke kepada guru2 kalian? Saya sudah..=)


Menurut kamus dewan (1970), guru bererti pendidik,pengajar dan pengasuh.Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi,pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih.Pengajar ialah sesorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain.Manakala pengasuh bermakna orang yang memelihara,menjaga dan mendidik."Keguruan" ialah sesuatu yang mempunyai kaitan dalam bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti di sekolah,tempat belajar,pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang berkaitan dengan guru.

Haa..itulah yang dimaksudkan dalam kamus dewan.Saya x reka.Ini adalah apa yang termaktub.Hehe.Tak percaya?Silalah buka kamus ya.=)

Sebenarnya ingin saya ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru2 yang pernah mengajar saya.Dari bermulanya di tadika perpaduan,kemudian di sekolah kebangsaan lubok kawah, madrasah hidayatul quran dan seterusnya di bumi maktab mahmud bandar baharu,kedah.Nama femesnya "MMBB". Ops! tak lupa juga buat lecturer2 saya di cfs iium.. Sedar tidak sedar,banyak sudah yang saya pelajari dalam hidup,walaupun hakikatnya ada lagi ilmu yang saya terlepas pandang.Jasa guru2 tak pernah saya lupa.Terasa rindu pada nostalgia di "MMBB".Seronok sangat bila dapat sambut hari guru.Macam2 program yang akan dibuat.Ada perfomance nasyid,game,salam2 dengan cikgu2,bagi2 hadiah,macam2lah.Tapi biah macam tu tidak dapat saya rasa pada hari ini sebab saya pun dah habis di alam persekolahan.Dah besar pun saya.Masa terus berlalu.Tapi jasa guru2 tetap saya kenang.

Teringat pula pada arwah ustaz yusuf.Ustaz yang selalu menghiburkan kelas kami.Arwah mengajar kami madah bahasa arab..Excited sangat bila ada subjek arab.Gelagatnya yang mencuit hati kami semua menyebabkan kelas tak pernah sunyi.Ustaz,walaupun dah hampir 3tahun ustaz meninggalkan kami,doa saya sentiasa untuk ustaz.Moga ustaz ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman.Ameen..Alfatihah buat ustaz saya ya!

Nak dipendekkan entri ini,saya mohon maaf kepada guru2 yang pernah terguris hati dengan kata2 saya,ataupun dengan tingkah laku saya..Harap dihalalkan segala ilmu yang diberi..Redha guru2 yang saya harapkan.Berkat usaha guru2lah saya berada di tempat sekarang.Terima kasih cikgu,ustazah,ustaz,techear,sir! Saya sayang cikgu2 saya..(^^,)


Yang bersongkok tu pengetua MMBB (2007-2009).Pernah mengajar syariah dan tasawwur islam kelas saya.Selalu buat kuiz.Lawan putra putri.Tapi yang peliknya,asyik budak putra je yang menang.Sebab apa?? Sebab ustaz bagi soalan senang kat depa.. Hehe..



Yang berseluar hitam tu pulak ustaz muzaffar.Guru kelas saya masa form5.Ustaz la yang membuatkan kami semua dapat terbaik dalam bahasa arab.Dari mulanya asyik dapat cukup2 makan je arab,lepas ustaz ngajar waktu form3,prestasi kami semua naik mandadak.. Duduk di ranking ke2 diantara maktab mahmud.Mengajar dengan teknik yang menarik.Ada selit2 cerita yang menarik.Penah jugak mengajar syariah.Tapi sekejap aje.Pernah jugak buat amali sembelih ayam dengan ustaz.Sangat menarik! Sampai ada kepala ayam yang tercabut terus.Lucu2.



Gambar sape ni?? Ni gambar ahli2 badan dakwah dengan ustaz illiyin.Yang mana 1 ustaz iliyyin? Yang berbaju ungukah? Oh tidak! Tidak sama2 sekali. Lain bebenor.Sebenarnya yang baju hijau itulah ustaz iliyyin..Ustaz yang mengaktifkan badan dakwah di "MMBB".Sangat2 bersemangat dalam membentuk peribadi muslim untuk anak2 didiknya.Juga sentiasa berusaha untuk mewujudkan biah solehah di bumi ma'had kami.Moga ustaz sentiasa diberkati Allah!



Haa..yang ni pulak cikgu hanis dan ustaz hamadi..Cikgu hanis yang berjaket tu.Mengajar kami subjek sains masa form5.Ustaz hamadi pulak mengajar syariah.Selalu kena buat presentation dalam kelas.Mengupas tajuk2 syariah dalam buku teks.

Maaf gambar cikgu2 perempuan dan ustazah2 saya tak letak dalam entri ini sebab ada dalam cd saya di kampung..
Akhirul kalam,wallahu'alam..

Monday, May 10, 2010

Selamat hari ibu MAK!!!!

Inilah mak saya..(^^,)

Salam ukhwah..

Abah kata,hari ibu itu hari2.Jadi x salah kalau saya post tentang hari ibu tidak kena pada tarikhnya disini.

Khas untuk mak tersayang!=)

seorang wanita bermahkota ibu
menggenggam jari2 kecil
ikatan ini tidakkan terurai
kerana tautan ini
tautan darah dan akidah
dan rahmat dari Allah

kini ibu
peganglah tanganku ini
biar ku bawa ibu menjelajah
hasil titk peluhmu
biar ku bawa
ke alam ku
hasil ukiranmu
selama ini

dodoianmu ibu
membina benteng pemisah
antara yang haq dan yang batil
membakar semangat perjuangan
mengait kasih pada
junjungan tercinta
tersujud lemah mengabdi diri
kepada yang esa

jika belum pernah
kau dengar ucapan terima kasihku
ketahuilah doaku ini
moga tuhan menyayangimu
sepertimana kau mengasihiku
dari dulu hingga kini
untuk selama2nya..

Thursday, May 6, 2010

Allah berkata2??

Assalamualaikum wbt..

Salam ukhwah n tautan buat readers sekalian.. =)

Sedang saya asyik melayan internet,membaca beberapa karya dakwah islam,tiba2 saya ditegur oleh sorang roomate saya di uia melalui ym.Shazreen nama dia. =)

Reen:Kinah,nak tanye ni.macam mane yang dikatekan Allah itu bersifat berkata2?

Huh,mulanya cuak jugak saya nak jawab soalan macam ni.Yelah,benda macam ni bukan boleh jawab ikut rasa aje.Salah jawapan saya,lain pulak jadinya nanti.Saya pun fikir dan fikir.Tak terus bagi jawapan pada reen.Almaklumlah,jahil lagi saya ni.Banyak lagi ilmu yang terlepas pandang.Lama jugak saya mencari jawapan untuk reen.Akhirnya,saya jumpa satu jawapan. Alhamdulillah. Dialog kami lebih kurang macam ni.

Saya:Reen,macam ayat "Yadullahu 'arsyis tawa". Tau apa maksud dia?

Reen: Tak tahu.Apa maksud dia kinah?

Saya:Maksudnya,"Tangan Allah di atas tangan2 mereka". Tangan Allah itu dibahaskan dengan bijak.Selain manusia,siapa tau apalagi yang ada tangan? Dah tentu jin,binatang dan sebagainya.

Saya teruskan lagi memberi keterangan pada reen.

Saya:Tangan binatang dan jin sama tak dengan tangan manusia? Tak sama kan? Haaaa..jadi,tangan jin,maka bentuknya seperti tanga jin lah.Tangan binatang bentuknya tangan binatanglah.Tak semestinya nama sama bentuk pun sama kan?

Reen menunggu jawapan saya yang seterusnya.Penyabar reen ni orangnya. =)

Saya:Begitu juga Allah berkata2.Walaupun perkataannya sama,tapi tak semestinya sama cara berkata2 Allah dengan cara berkata2 manusia.Antara cara berkata2 Allah adalah melalui wahyu.So,untuk tahu apa yang Allah kata,kena rujuklah apa yang tuhan wahyukan,iaitu Alquran..

Itulah apa yang saya bagi tahu pada reen.Teringat pulak apa yang ustaz nasoha ajar waktu di ma'had dulu.Berguna sampai bila2 ilmu tu.Terima kasih ustaz dan sapa yang membantu saya dalam perjuangan menuntut ilmu.Juga kepada siapa2 yang memberi ilmu pada saya.. =)

Ilmu itu cahaya......... (^^,)

~wallahu'alam~

Tuesday, May 4, 2010

Mimpi Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam ukhwah.. =)

Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya hanyalah mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:

1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya.

3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.

4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.

5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.

6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.

7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.

8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:
"Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya," lalu mereka pun berbicaralah dengannya.

9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.

11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.

12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.

13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.

15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.

16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.

17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.

19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab:
"Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari."

20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: "Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu."


Duhai hati


wahai hatiku,
cintailah yang lebih mencintaimu,
cintailah Dia yang tidak akan pernah melukai hatimu,

wahai hatiku,
sedarkah dikau,
siapa yang menciptakanmu?
yang mula2 mencanbahkan cinta di dalam mu?
dialah pemilik dan pencipta segala cinta.
maka mengapa kau masih mahu mencintai yang lain
lebih dari kau mencintaiNya?

wahai hatiku,
bermujahadahlah
kembalilah kepada fitrahmu yang suci
agar hidupku kan lebih bererti
dan semoga kelak kita akan di seru
"wahai jiwa yang tenang!
kembalilah kepada tuhanmu
dengan hati yang redha dan diredhaiNya.
Maka masuklah ke dalam kalangan hamba2Ku
dan masuklah ke dalam syurgaKu"

(suarah al fajr 27-30)
 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome