Tuesday, March 29, 2011

JEJAK CITA KITA


Lama sudah tidak saya mendengar nasihat, usikan, tawa, sentuhan sahabat yang pernah mengisi ruang hati ini tatkala sama2 menuntu ilmu di bumi ma'had dulu.. Untuk Intan Nabihah yang sedang menagih ilmu di bumi anbia' (Universiti Al Azhar Mesir) dan juga Rifhan yang berjuang di Terengganu (UNISZA). Walaupun jarak dan masa yang memisahkan kita, namun ku harap ukhwah ini kekal hingga ke syurga.. Saya titipkan bait-bait kalimah ini buat kalian...

Diriwayatkan daripada Anas r.a:
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,
Tidak ada seorang pun diantara kalian di pandang beriman,
sebelum ia menyayangi saudaranya sesama muslim,
seperti mana ia menyayangi dirinya sendiri...

(al-bukhari)

dan juga....

Pepatah daripada Dr Aidh Abdullah al-Qarni...
"Jadilah seperti orang yang kakinya berpijak di tanah,
tetapi cita-citanya setinggi bintang di langit..."

Begitulah yang sama2 kita impikan dahulu... Namun kini, masing-masing punya haluan sendiri.. Bersama mendaki puncak cita tertinggi.. Alhamdulillah. Moga tidak lupa asal usul diri kita..

Berdiri aku disini
Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
dan saat itu masih ku nanti

Kita sama punya cita
Yang menunggu dihadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa

Tika ujian datang menduga
Tiada berputus asa dan kecewa
Andainya rebah bangkit semula
Berserah mengharap RahmatNya

Sama melangkah seiringan
Mengejar sebuah impian
Dengan semangat keyakinan
Menuju ke arah kejayaan
Bertekad penuh keazaman
Gemilangkan pasti digenggaman

Jangan lupa memohon padanya
Tawakal berdoa sentiasa
Dialah penentu segala
Apa dikurnia ada hikmahnya

Disana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabarkan terus melangkah
Berbekal keimanan didada
dan usaha pasti akan berjaya...


~saya sayang kome~

Friday, March 18, 2011

KITA SELALU SEBUT, KHAIBAR YA YAHUD! APA BENDA TU??

Dulu, seawal 1st year di matrik Uia Nilai, saya pernah menyertai satu program ilmiah. Di akhir program tersebut, kami beramai-ramai melaungkan doa wahdah. Masha Allah, terasa satu kekuatan yang luar biasa.. Ada satu part, kami sebut beramai-ramai,

khaibar-khaibar! khaibar ya yahud!

Hati tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan khaibar? Rupa-rupanya ada story di sebalik laungan ini..

Pernah dengar perang khaibar? Ya, inilah kisahnya...

Khaibar ialah satu kawasan terletak 60/80 batu dari utara Madinah. Ghazwah khaibar berlaku pada akhir Muharram, tahun 7 hijrah

KEKUATAN TENTERA:



Tentera Islam seramai 1,600 orang yang mana dipimpin Rasulullah sendiri termasuk 200 tentera berkuda. Khalifah pengganti baginda di Madinah ialah Siba' (سباع) bin 'Arfatah al-Ghifari. Pembawa bendera adalah Saidina Ali. Tentera musuh terdiri dari yahudi khaibar seramai 1,400 orang yang dipimpin oleh Sallam bin Misykam.

TUJUAN PEPERANGAN:

Menghancurkan kubu kuat yahudi yang menjadi pusat kegiatan mereka menentang Islam dan juga membalas tindakan yahudi khaibar yang memebri perangsang kepada yahudi bani quraidzah supaya mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah semasa perang ahzab.

SINOPSIS PERANG KHAIBAR:

Untuk memastikan saff tentera Islam bebas dari golongan munafik, Rasulullah hanya memilih orang Islam yang rela berjihad dan mereka berbai'ah dengannya dibawah pokok di Hudaibiyyah (BAIATUR-RIDHWAN) untuk menyertai perang. Golongan munafik melalui ketua mereka Abdullah bin Ubayy telah bertindak melapor kepada yahudi khaibar akan hasrat Nabi untuk meyerang mereka. Yahudi khaibar meminta bantuan dari kabilah Ghaftan dan berjanji memberi separuh hasil tamar khaibar kepada mereka jika menang melawan orang Islam.


Semasa bertolak, Rasulullah tidak terus ke Ghaftan tetapi terlebih dahulu melalui ke kawasan berhampiran penempatan Ghaftan untuk meggertak mereka. (Haa,,tau takut~) Strategi Rasulullah berjaya sehingga puak Ghaftan membatalkan hasrat mereka untuk membantu yahudi khaibat kerana takut tentera Islam juga menyerang mereka. Setelah itu barulah Rasulullah bergerak ke khaibar. Tentera Islam sampai di khaibar pada waktu malam dan Rasulullah mengarahkan supaya gerakan ke sasaran musuh dibuat pada waktu pagi.

Oarang-orang yahudi tidak meneydari kedatangan orang Islam sehinggalah pada waktu pagi mereka keluar untuk bekerja mereka bertempiaran lari masuk ke kota kerana terkejut dengan kedatangan orang Islam. Pada malam sebelum serangan dibuat, Rasulullah mengumumkan bahawa baginda akan berikan bendera kepada lelaki yang kasihkan Allah dan Allah kasihkan dia. Pada esoknya, bendera diberikan kepada saidina Ali. Khaibar mempunyai pertahanan yang kukuh terdiri dari beberapa kota. Tentera Islam mula menyerang Kota Na'im iaitu kota paling kuat dan paling penting. Apabila ramai tentera kafir itu terkorban, yahudi2 itu lari berlinding ke Kota al-So'bu. Kemudian mereka lari ke kubu al zubair. Demikianlah seterusnya mereka lari dari satu kota ke satu kota. Setiap kali mereka berlindung di satu kota atau kubu, tentera Islam akan mengepung dan menyerang mereka. Bagi kota yang sangat kuat bernama An-Nizzar, tentera Islam terpaksa menggunakan Manjaniq.

Akhir sekali, oleh kerana tidak tahan menghadapi kepungan dan serangan bertubi-tubi dari tentera Islam, mereka menyerah kalah dan bersetuju untuk berunding dengan Rasulullah. Hasil perundingan, orang-orang yahudi bersetuju keluar dari khaibar bersama keluarga mereka dengan pakaian di badan mereka sahaja. Segala harta, tanah, hamba, barang perhiasan dan senjata-senjata hendaklah ditinggalkan. Namun, atas permintaan mereka Rasulullah membenarkan mereka tinggal di khaibar untuk mengusahakan tanah khaibar dengan hasinya dibahagi dua antara mereka dan Rasulullah s.a.w. Dalam peperangan ini, 93 yahudi terkorban dan 15 tentera Islam telah syahid

Di antara tawanan ialah Safiah anak perempuan seorang pemimpin Yahudi Bani Nadhir iaitu Huyayy bin Akhtab. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan di ambil oleh Rasulullah menjadi isteri Baginda dengan menjadikan pembebasannya sebagai mahar..

Inilah kisah disebalik perkataan khaibar yang kita pernah laungkan itu.. Moga ianya menjadi pengajaran buat kita semua..

~Wallahu'alam~

Thursday, March 17, 2011

ZUQNYA BILA DENGAR LAGU NI.


Siapakah diantara kalian disini yang acapkali mendengar nasyid untuk menghiburkan jiwanya tatkala terasa sedikit bosan atau sebagainya? Haa.. Angkat tangan segera! ^_^ Saya? Saya sudah semestinya.. tapi tengok juga muzik yang macam mana. Saya kalau mendengar lagu ni, lebih suka hayati liriknya dulu,, andai liriknya bagus, saya layan~ Kalau tak, saya letak tepi.. Ikut selera masing-masing la kan..

Salahkah kita berhibur sahabat2?

Takk... Kerana..??

Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah, hanya apabila kita salah memilihnya, maka ia akan membuatkan kita berada di tahap yang salah..

Ok, ni lah nasyid yang saya rasa tertarik untuk mendengarnya berulang kali.. Mendalam kan maksudnya.. Tajuknya 'PUTERIKU SAYANG'

Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi
Lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung
Tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati
Yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Aduhai puteriku sayang
Malumu mahkota yang tidak
Perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa
Menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan
Boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang
Pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama
Benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua
Dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

~Wallahu'alam~

Tuesday, March 15, 2011

SAKIT HATI, ADA PENAWARNYA..


Ubat selalunya pahit. Rawatannya juga selalunya perit. Tetapi oleh sebab inginkan badan yang sihat, kita rela menelan kepahitan, kita rela menanggung keperitan berpantang

Maka begitulah jalan untuk 'mengubat' hati. Terpaksa menempuh jalan mujahadah. Untuk mengubat hati perlukan penawar yang juga pahit. Ubat hati jarang yang manis. Namun semua itu perlu di tempuh jua. Apakah ubat Hati??

Menghadiri majlis ilmu. Ilmu adalah cahaya hati. Majlis ilmu adalah 'taman syurga' di dunia ini. Jika kita sering berada di taman syurga di dunia, insyaallah akan memberi harapan yang cerah untuk berada di taman syurga yang hakiki di akhirat kelak.

Ramai ulama berpendapat bahawa sesiapa yang tidak menghadiri mana-mana majlis ilmu sehingga 40hari ( sesetengahnya mengatakan 7hari ) maka hatinya akan keras. Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Imam asy-Syafi'e secara sinis pernah menganjurkan agar orang yang malas, enggan dan punya pelbagai alasan untuk tidak menghadiri majlis ilmu, supaya di takbirkan untuknya empat kali ( Ya,takbir empat kali itu untuk solat jenazah.) Dengan kata lain, orang itu seolah-olah sudah mati. Mati jiwa dan hatinya.

Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengetahui sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna dan nama-Nya yang baik dan mulia. Ingat, ilmu wahyu akan menerangi hati, manakala ilmu dunia akan menerangi kehidupan. Hakikatnya ubat hati ialah ilmu-ilmu yang diambil dari Al-Quran.

Dari sana, susuli langkah seterusnya. Ilmu adalah iman dan amal adalah makmumnya. Mulalah amalkan latihan-latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati ialah zikrullah, ingat Allah. Dan cara mengingati Allah yang paling utama mendirikan solat kerana solat yang lima ini adalah SILAH (penghubung) antara hamba dengan Tuhan. Fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan rasa-rasa daripada segala gerakan dengan bacaan itu ke dalam hati.

Walau susah sungguh , tetapi paksalah diri dengan bersungguh-sungguh. Sedangkan bisa boleh jadi biasa bila di lazimi, apatah lagi "penawar" yang datang daripada Allah, tuhan yang mencipta kita. Al-Quran dan solat tentulah akan lebih mudah kita biasakan apabila di lazimkan. Solat itu adalah penawar walaupun sukar kita merasa kemanisannya di peringkat awal, tetapi kemanisannya pasti akan datang juga jika kita berterusan mengamalkannya.

Seperti sakit fizikal yang ada pantang larangnya, begitu juga 'sakit hati' juga ada pantang larangnya. Makan ubat tidak boleh diiringi dengan makan 'racun'. Maksudnya, apalah ertinya kalau kita rajin makan ubat darah tinggi, jika kita terus makan daging, garam dan lemak secara berlebihan? Penyakit tidak akan sembuh jika melanggar pantang. Bahkan, pengamal perubatan sering menegaskan bahawa berpantang lebih baik daripada berubat.

Usaha penyembuhan 'sakit hati' ada pantang larangnya. Perlu 'berpantang' daripada perkara yang boleh menyuburkan nafsu. Misalnya melihat,mendengar atau terlibat secara langsung dengan perkara yang diharamkan seperti pergaulan bebas, program hiburan yang merangsang nafsu dan lain-lain suasana yang boleh menyuburkan hawa nafsu. Carilah kawan yang seia sekata, bentuk kumpulan kecil yang mempunyai satu fikiran, satu tujuan dan satu rasa, yakni sama-sama ingin mencari Redha Allah..


~Wallahu'alam~

PENAIK RUH JIHADKU. RUHUL JADID!


بسم الله الرحمن الرحيم


لا إله إلاّ الله

إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

ونحن له مخلصون


لا إله إلاّ الله

و لا نعبد إلاّ إيّاه

مخلصين له الدين

و لو كره المشركون

ولو كره المنافقون

لا إله إلاّ الله

ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين

لا إله إلاّ الله

وحده وحده وحده

أنجز وعده

ونصر عبده

وأعزّ جنده

وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد

يحيي و يميت

و يميت و يحيي

و هو حيٌّ لا يموت

بيده الخير

و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan generasi kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi Allah segala kerajaan, bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
Allah Maha Besar

Bangkit bangkit! bangkit islam!
Tumbang tumbang! Tumbang Amerika.
Hancur hancur! hancur kuffar!
Khaibar khaibar! Khaibar ya yahuud.
Jaisyu Muhammad, saufa ya'uud.
Jaga-jaga wahai yahudi.
Tentera Muhammad telah datang.
Daulah daulah! Islamiyyah.
La syarqiyyah, la gharbiyyah.

Monday, March 14, 2011

THANKS CIK DILA! THANKS CIK HUDA!

Tak ada apa yang menarik untuk di postkan dalam teratak saya buat kali ini. Just nak ucap syukran katsir buat 2 sahabat saya..

Pada 9 hb baru2 ini, pukul 4.00 petang saya bertolak dari Jalan Duta untuk pulang ke kampung halaman, rumah atuk and nenek tersayang di Bagan Serai, Perak. Dan bercadang esoknya untuk terus ke program Mukhayyam Tarbawi Darul Mulkan di Kuala Terong.. Tapi, lain yang dirancang, lain pula jadinya.. Betullah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.. Tak gitu? Selama hampir 4jam lebih, barulah saya tiba di Parit Buntar, Perak. Nak balik ke kampung terus, bas tak ada..

Untuk Cik Adila,,

Alhamdulillah sahabat saya adila sudi tumpangkan saya untuk bermalam di rumahnya.. Masa dirumah Dila, kami sempat bercerita dan share something new yang tak dapat saya tuliskan disini. Dila, moga cepat sembuh. Kinah doakan moga Dila terus kuat. Jangan banyak bersendiri, moga2 dengan jadi guru buat sementara waktu ini dapat mengurangkan masalah Dila.. Terima kasih sekali lagi.. Atas layanan yang baik..Tak terbalas budi baikmu ini. ^_^



***********************************


Ini ketika bersama Cik faizatul Huda pulak,,,

Terima kasih cik huda, bawa saya pergi jalan-jalan tempat cik huda.. Cik huda bawa saya pusing-pusing tasik taiping..


Tasik Taiping, Perak.


Cik huda bawa saya pergi makan Nasi Claypot di Tesco.



Inilah Nasi Claypot tu..




~Wallahu'alam~

Monday, March 7, 2011

SEMUT PUNYA KERAJAAN. JOM LAYAN~


Seharian dirumah, tak tahu nak kata, sama ada cepat ataupun lambatnya masa berlalu.. Saya lebih banyak mengadap muka laptop. Berdiskusi dengan sahabat2 UIA di laman facebook. Tidak pun baca dan follow mana-mana blog yang berkenan dihati.. Mana yang baik, cuba ambil pedoman.. Atau baca risalah yang dah lama bersarang dalam laptopku ini..

Apa sebenarnya niat kali ini ya? Nak story tentang apa pulak? Hehe~ Sebenarnya nak cerita tentang makhluk halus ni.. Yakni, SEMUT...


Al-storynya begini..


Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…



Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu bapa kamu ada mengajar kepada kamu tentang ilmu agama? Soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.

Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).

Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.
(bentak Malaikat Pendakwa).

Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?
(tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)


Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai ilmu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.

Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan.
(terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).


Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu?
(tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).


Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan.
(lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).


Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.


Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.

Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.

Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut.

So, renung2kan... ^_^

~Wallahu'alam~

Sunday, March 6, 2011

SAJA2. SUKA2. JEMPUT BACA.

Saya bukanlah seorang yang pandai menzahirkan perasaan dengan kata-kata. Saya juga tidak pandai merungkai rasa hati dengan sajak, syair mahupun lagu. Saya hanya seorang manusia biasa yang tahu mencoret secara ikut suka. Pendek kata, saya ni seorang manusia yang hanya menzahirkan perasaan dengan perbuatan atau tingkah perilaku. Nak berpuitis ni, kurang sikit.

Ntah kenapa, 2, 3 hari dirumah, terasa kosongnya hati.. Bermacam rasa. Sedih, rindu, bosan dan bagai lagi. Tiada lagi kelambakan mesej seperti dulu. Kalau dulu, celik saja di awal pagi, berbelas mesej yang di terima..

"hari ini ada meeting di ........."

"pada pukul sekian akan ada liqa'...."

"pukul 11.40 mlm kita akan adakan......."

Bezanya kehidupan kini. Diri tidak sesibuk dulu. Mampukah diri bertahan dengan nikmat masa lapang selama hampir 7 bulan? Saya sendiri tidak pasti..

Tiba-tiba, teringat wajah syahdu adik-adik usrah. Anis Syamimi, Asiah, Asma Mokhtar, Farah Ain, Farah, Rahanum, Hidayatus Solehah, Ismanadjwa, Yasmin, Hanani, Saidah, Zafirah & Mariam. Lamanya kita x berdiskusi bersama. Rindu pada adik2..

Kawan-kawan sebilikku, yang banyak celotehnya, Ummu, Wani, Fatin, Seha, Siti, Hani, Syazana & Azah. Rindu bangat sama lawak2 kalian. Tambah2 waktu malam dorm kita. Semuanya cantik2 yang luar biasa. Hehe. Bila lagi kita boleh macam tu kan? Lagi best, hati2 kita lagi di ikat waktu kita sama2 ke dataran Nilai.. Kadang2 lucu bila imbas lagak kalian. Suka benor bergambor sampai saya pun turut obses untuk berpossing.

Terbayang suasana kelas, rindunya kelas ayahanda Muhammad Ali Bin Tuah, kelas yang banyak diisi dengan hot isu seperti hal2 politik. Tapi sayangnya, tak ramai yang bagi respon bila hal2 begini dibangkitkan. Kenapa yer? It confusing me.. Ingat lagi, ustaz pesan,, nanti undi parti islam. Bukannya parti korup. Yang best, ustaz selalu sebut nama saya.. Hehe. Mana tidaknya, seorang guru ingat nama kita, mestilah suka.. Kan? Tapi, xda la sampai tahap riak..

Ustaz Mamad Yaidi, lecturer hadis saya.. Sangat suka buat lawak. Ini persepsi saya.. Tapi lawaknya santai. Tak pernah rasa mengantuk dalam kelas ni. Ustaz banyak bagi kepada kami kalimah2 arab yang baru. Ustaz pesan, hafal la hadis banyak2.. Zaman dulu hafal hadis beribu2.. Kalau kita ni, takat hafal hadis 40, sikit jer.. Tu pun malas nak hafal. Tasmi' pulak last minute.. Opppss, sayakah yang lewat itu?? Hehe.. tidak.. Saya orang yang tengah2, Tidak terlalu awal, dan tidak pula terakhir. Cee~.

Ustaz Razak. Lecturer yang paling sempoi dan 'hingaq' sikit dalam bahasa kedahnya. Belajar dengan cara yang simple. Tapi markah examnya syadid! Sebab apa? Sebab ustaz ni,, ikut suka je dia nak bagi markah berapa pun. Semua terletak pada tangan dia.. Nak bagi lulus, gagal, atau apa2, ustaz punya suka.. So, hati2.. hehe. Agak susah nak meramal tingkah ustaz yang satu ini kan. Tapi yang pasti, ustaz seorang yang saaangat baik hati. Suka belanja students. Lepas tu, kalau nak keluar kelas awal pun ok. Maka kami geng2 sekelas pun suka 'jek' ustaz untuk keluar sejam awal.. Ish2.. Tak patutkah? Tapi, ustaz tak kisah,, sebab ustaz pun ada hal luar.


Ini Xifu Naseer.

Xifu Naseer. Lecturer yang selalu buat kepala kami pusing.. Almaklumlah, lecturer subjek 'creative n critical thinking.. Pening sokmo. Kadang2 mau berzikir (tersengguk-sengguk) jugak saya dalam kelas tu. Tertido. Hehe. Isu yang selalu dibangkitkan, POLIGAMI. Aduh, berat kepala nak berbahas dengan xifu.. Ntah kenapa minat betul xifu dengan POLIGAMI ni. Mungkin kerana xifu sendri mempraktikkannya. Hehe. Saya? No komen.. Tapi, apa2 pun TQ xifu, xifu telah membuka minda kami semua supaya sentiasa berfikir diluar kotak..

Sir Rizal. Lecturer BI saya. Masha Allah.. Setiap hari isnin dan rabu, sudah semestinya jantung berdegup kencang. Dup Dap Dup Dap! Mengapakah? Kerana sayalah diantara orang yang tidak pernah miss untuk dipanggil kehadapan kelas, buat ayat BI.. Orang pertama pulak tu. Sepanjang satu sem, begitulah. Entah minat betul sir panggil saya ke depan. Tapi tak mengapa sir, saya tahu, sir nak yang terbaik buat kami semua.. Lagi sorang terkena tempiasnya, best pren saya, faizatul huda.. Ayat yang selalu sir sebut kepada kami, "MARI2...", nadanya ala2 DJ di pusat beli belah hari-hari. Hehe.

Miss Aimi. Ehm, entah kenapa, diawal2 kelas miss dulu, sangat best.. Tapi lama kelamaan, saya rasakan satu gaps dengan miss. Miss nampak lebih garang. Hinggakan saya dan sorang lagi kawan, macam biasa,, Huda.. Rasa takut untuk menghadirkan diri dalam kelas. Mengapakah? Saya sendiri tidak pasti. Mohon maaf andai ada yang mengguris perasaan miss..


Bertudung kelabu. Duduk diantara dua jejaka. Itulah madam hidayah..

Madam Hidayah. Lecturer perempuan yang paling simple dan amat disenangi. Very understanding! Teringat saat2 last class dengan madam. Sedihnya.. Madam pun menangis. Begitulah eratnya ukhwah kami dengan madam. Madam Hidayah, tak pernah timbulkan jurang antara dia dan kami. Berbicara seperti anak dan juga mama.. Manalah nak cari lecturer yang best macam madam..

Ab2 saya, rindu pada kalian.. Ntah kenapa, rindu liqa' bersama. Rindu makan bersama. Rindu meeting bersama. Rindu memasak bubur bersama. Rindu rehlah bersama.. Andai masa bisa diundur, sayalah orang pertama yang melakukannya.. Tak dapat saya rungkaikan disini.. Biarlah hati tempat tersingkapnya rahsia..

Terima kasih kepada semua,, kerana sudi mengisi ruang hati saya.. Anugerah Allah yang tidak ternilai.. Dan tak pernah terlintas difikiranku untuk menghapus kalian dari kamus hidup diriku..

Sedar tidak sedar, rupanya panjang juga saya menaip yer. Ouh, cukuplah sekadar disini.. Ada masa, kita story mory lagi..

~Wallahu'alam~
 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome