Saturday, April 23, 2011

NAK JADI KELAPA ATAU MUTIARA?

~Untukmu wahai diriku dan juga wanita yang lainnya..~

Apabila kamu berkawan dengan seorang lelaki, ingatlah kita punya dua pilihan yang terbentang buat kita. (",)

PERTAMA...


Kamu menjadi seperti KELAPA.. Mudah diperoleh.. Diparut.. Diperah.. Dan diambil santannya.. Selepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...


Kamu menjadi sebutir MUTIARA.. Yang indah berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit.. Juga bukan mudah untuk lihat.. Apatah lagi untuk mendapatkannya.. Hanya insan yang bertuah berusaha menyelami dasar lautan itu dan mampu memperolehnya.. Harganya mahal sekali dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi,marilah sama2 kita memilih sama ada kita hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

Di sebalik SANTAN menjadi penyedap makanan.. Diperah segala kenikmatan.. Dengan mudah jatuh menjadi titisan.. Akhirnya habis kari dimakan.. Pulut panggang sisi habis ditelan. Dan SANTAN hilang tak jadi ingatan.. Yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang.. Manusia tidak mengenang jasa SANTAN..

MUTIARA.. Tertanam di dasar paling dalam,sukar andai mengharap jadi perhatian.. Kerana apa? Kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh.. Namun kiranya ditemui insan,akan menjadi PERMATA HIASAN.. Terletak tinggi di jari cincin idaman.. Atau di leher nan jinjang.. Atau di lengan menawan.. Makin lama MUTIARA tertanam.. Makin tinggi nilainya..

Jadi,pilihan di tangan kita sendiri.. Mahu mennjadi SANTAN kah? Yang mudah menjadi perhatian, namun hanya sebentar jadi santapan.. Kemudian hilang segala nikmat dan pujian.. Atau mahu menjadi MUTIARA kah? Sukar ditemukan.. Namun bila dihias indah gadis rupawan.. Hilang ia,tangisan mengiringi zaman..

Friday, April 22, 2011

UBAT HATI

Salam ribath buat kalian semua.. Moga2 readers semua sentiasa berada dibawah rahmat Allah hendaknya. Aminn. Pernah saya masukkan entry di teratak "seikhlastinta" ini mengenai jenis hati. Kemudian saya kongsikan disini berkenaan racun hati. Dan kali ini, entry apakah pula ya? Ya! Kalian tepat! (",) Saya mahu kongsikan entry berkaitan 'ubat hati' pula.

Ya Allah, bukalah pintu hati kami untuk mengenaliMu ya Allah.. Bukalah pintu rahmat dan keampunanMu, ya fattah, ya 'alim..

Apakah ubat hati sahabat-sahabat? Ya, siapa yang pernah dengar lagu Ubat Hati nyayian Opick, pastinya sahabat2 dapat meneka, apakah jawapan bagi soalan di atas tadi..

Ubat hati bagi yang

PERTAMA,


Bacalah Al-Quran bersama maknanya...

KEDUA,


Dirikanlah solat malam...

KETIGA,


Bergaullah bersama insan-insan soleh...

KEEMPAT,


Perbanyakkan berpuasa...

KELIMA,


Perbanyakkan zikir...


Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kekuatan jasad, kemurahan rezeki dan disayangi oleh makhluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.."

Nauzubillah...

Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal..(",) Pesanan untuk diriku jua~

~Wallahu'alam~

Wednesday, April 20, 2011

AWAS! JANGAN BIARKAN RACUN INI.

Salam sayang, salam mahabbah buat readers terhormat.. (",)

Jika entry yang lepas saya memuatkan tentang jenis hati kita.. Kali ini saya ingin berkongsi bersama kalian tentang "racun hati" yang boleh merosakkan hati kita yang satu itu..(",)

Allah s.w.t berfirman:
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,
semuanya akan dipertanggungjawabkan..
(Al-Isra' : 36)

Sahabat2 yang dirahmati Allah..

Hati kita boleh hidup dan juga boleh mati. Matinya hati kerana apa? Kerana 4 racun. Apakah 4 racun hati itu?


1) Banyak berbicara.

Allah kurinakan kita 2 telinga, 1 mulut.. Untuk apa? Supaya kita lebih banyak mendengar dari berbicara perkara yang tidak bermanfaat..



2) Tidak menjaga pandangan.

Cik A : "Ish! hensemnya jejaka tu..."

Cik B : "Mana? Mana..?"

"Erm..comel juga budak ni", Encik C bermonolog...

Jangan begitu.. Jagalah pandangan mata..


3) Banyak makan.

Cik A : "Eh, lapar lagi ke kamu?"

Cik B : "Takdalah... Saja nak makan.. Tak tenang tak mengunyah.."

Ingatlah pesan ini.. Seringkali kita dengar bukan?

"Makanlah selepas (ketika) lapar, berhenti sebelum kenyang.."


4) Bersama teman yang jahat.

Tahukah kita akan arab pepatah ini?

"Bersahabatlah dengan penjual minyak wangi.. Kita akan menerima percikan wangiannya.. Manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarik baju kita.."

Jadi, apakah jenis sahabat atau teman disekeliling kita? Saya menulis, peringatan buat diri saya juga.. Sama2lah kita menjauhi 4 racun hati ini.. Agar hati kita sentiasa sihat. Tidak sakit, dan tidak pula mati..

~Wallahu'alam..~

Tuesday, April 19, 2011

HATI OH HATI...

Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging,
jika baik daging itu, maka baiklah manusia,
andai ia rosak, maka rosaklah manusia,
ketauhilah,itulah QOLBU yakni hati..

(Riwayat Bukhari & Muslim dari Nukman Bin Basyir)

HATI..bukan hanya seketul daging. Yang statik anatominya.. Tetapi sebenarnya ada 3 jenis hati manusia. Yang perlu kita ketauhinya sahabat2..


1) Hati yang sihat

Hati ini bersih, jika ia bercinta, ia bercinta kerana Allah. Jika ia benci, ia membenci kerana Allah. Hati ini tidak tenang apabila melakukan kemungkaran. Dan akan resah gelisah jika ia leka daripada mengingati Allah..


2) Hati yang sakit

Hati ini sering menipu, membazir, memungkiri janji, mencuri, melawan kata ayah ibu, menghampiri zina, dan segalanya.. Tetapi setelah membuat kesalahan mereka akan kembali bertaubat..


3) Hati yang mati

Hati ini, mereka tahu ada tuhan tetapi tidak melaksanakan perintahNya. Mereka mengakui syaitan adalah musuh tetapi mereka bersahabat dengan syaitan. Mereka juga tahu yang mati itu pasti. Tetapi mereka tidak berusaha menyediakan bekalan untuknya. Golongan hati ketiga ini, jika kita dampingi mereka, akan membawa penyakit. Jika hidup bersama mereka, bagai memakan racun. Jika bersahabat dengan mereka, membawa kehancuran.

Nau'zubillah wahai sahabat2. Berdoalah moga kita semua mempunya hati yang satu itu.. Yakni hati yang sihat.. Aminn..

~Wallahu'alam~

Monday, April 18, 2011

CE TENGOK, KITA ADA TAK YANG 10 INI?

RUKUN DAKWAH ada 4.

1) Tajuk dakwah. (maudhu' adda'wah)
2) Pendakwah. (adda'ie)
3) Orang yang di dakwah. (almad'u)
4) Cara berdakwah. (uslubudda'wah)

In sya Allah, saya akan jadikan teratak ini sebagai salah satu uslub untuk saya berdakwah.. Bukan ingin mengangkat diri, kononnya seorang da'ie.. Tapi ingin mengaplikasikan apa yang disebut di dalam hadis.. "Sampaikanlah dariku walau satu ayat.."

Ingin saya kongsikan buat tatapan semua, untuk peringatan kita bersama.. Moga-moga bermanfaat untuk saya dan kalian.. In sya Allah.. (",)

Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib, dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai 10 celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim kita sebagai manusia lakukan.. Try teka? Apakah yang 10 itu???


1. Gelojoh ketika makan.

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap.

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.


3. Suka marah-marah.

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.


4. Hasad dengki.

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).


5. Kedekut & bakhil.

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah.

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.


7. Cintakan dunia.

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).


8. Ego atau sombong.

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.


9. Ujub dan suka bangga diri.

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.


10. Gemarkan pujian atau riak.

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Wana'uzubillah ya sahabat2.. Moga2 dijauhkan dari semua sifat ini..

~Wallahu'alam~

BISAKAH SAYA? DOAKAN SAYA!


Duduk berteleku di hadapan laptop~

Monolog sendiri dan taip secara ikut suka mengikut apa yang dirasa..

Entah apa yang bermain di fikiranku yang satu ini di tengah2 malam buta ini.. Menghitung amalan. Sudah selesaikah taklifat harian diri ini dan bagai lagi... Tambah pula ditemani dengan halwa telinga.. Membuatkan diri ini bertambah tenggelam dek khayalan sendiri.. Rindunya pada Rasulullah datang tiba2.. Ingin sekali saya hidup sezaman bersama baginda.. Ya, pasti, ingin sekali diri ini membasuh pakaian nabi Muhammad s.a.w.. Menyediakan makanan buat junjungan itu.. Membalut dan membersihkan luka-luka perjuangannya.. Ekoran saya dilahirkan di zaman ini.. Sudah pasti saya tidak dapat melakukan itu.. Moga akan hadir pewarisnya buat diri ini..

Wahai Siti Khadijah...

Bisakah aku menjadi seperti kamu wahai ummul mukminin.. Tatkala si suami mula menerima wahyu dari Allah.. Kau menenangkannya.. Tidak sedikitpun kau memperlekehkan martabat seorang suami.. Malah kau menyelimuti tubuh mulia itu tatkala nabi mula menggigil.. Bertuahnya aku, andai aku juga bisa buat begitu..

Wahai Siti Fatimah...

Bisakah juga aku menjadi seperti kamu? Saat ayahmu dihina, dilempar dengan najis unta.. Kau bangkit membela dan mempertahankan ayahmu.. Lantas diusap dan dibersihkan najis unta itu dengan tanganmu yang lembut itu.. Tersentuh hati seorang ayah. Bisakah tanganku ini juga melakukan perkara yang sama?

Wahai Ummu Sulaim...

Mampukah juga aku menjadi seperti kamu? Berjaya mentarbiah seorang suami dan anak-anakmu sehingga mereka bisa menjadi penyambut anak panah yang hadir dihadapan nabi.. Masih adakah lagi wanita seperti itu di zaman ini? Allah, beruntungnya aku andai aku juga bisa menjadi seperti Ummu Sulaim..


Wahai Nusaibah... Wahai Zainab Al-Ghazali... Wahai Khaulah Al-Azwar... Wahai Nailah Al-Farafishah... Wahai Rabiatul Adawiyah... Wahai serikandi-serikandi islam... Saya ingin menjadi seperti kamu...!!

Sunday, April 17, 2011

PEMERINTAHAN DUNIA!


“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yg Dia kehendaki.”

Kemudian berlakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.

Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/ beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman (Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.


Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”

Kemudian Rasulullah SAW pun diam….

~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.~

Friday, April 15, 2011

SIAPA BARSHIHA??

Ya, kita ikuti kisah ini...

Barshisha telah beribadat kepada Allah swt sehingga Malaikat berasa takjub dengan ibadatnya. Menurut cerita, dia mempunyai 60 orang murid yang boleh berjalan diudara dengan berkatnya. Allah swt telah berfirman kepada Malaikat "Kenapa kamu berasa takjub dengan ibadatnya, sedangkan Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya. Pada ilmuKu ia menjadi kafir dan akan masuk neraka selama-lamanya."
Pada ketika itu Iblis mendengar dan tahu bahawa Barshisha telah binasa di tangannya. Iblis telah datang ke tempat Barshisha beribadat dengan menyamar sebagai seorang Abid ( ahli ibadah ) dan memanggillnya.

Barshisa : “Siapa engkau? Dan apa tujuanmu datang kesini?”

Iblis berkata : "Aku seorang Abid yang datang untuk menolongmu beribadat kepada Allah swt. Aku berbuat ibadat selama 3 hari berturut-turut tanpa tidur, tanpa makan dan minum.”

Barshisha berasa pelik dan berkata : "Aku beribadat selama dua ratus dua puluh tahun tanpa berdaya untuk meninggalkan tidur, makan dan minum. Apakah caranya supaya aku dapat bebuat seperti engkau?”

Lalu iblis menjawab: "Lakukanlah maksiat kepada Allah swt kemudian engkau bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun sehinggalah engkau menikmati kemanisan melakukan ketaatan .”

Barshisha bertanya : "Apakah maksiat yang engkau cadangkan supaya aku lakukan ?"

Iblis menjawab : "Berzina atau membunuh orang.”

Barshisha berkata : "Aku tidak sanggup melakukannya.”

Iblis berkata : "Engkau minum arak supaya lebih mudah untuk melakukannya."

Pada ketika itu Barshisha ternampak seorang wanita cantik sedang menjual arak lantas terus membelinya. Dia terus meminum arak tadi sehingga mabuk dan melakukan zina dengan wanita itu dan kemudian membunuhnya. Suami wanita itu datang untuk membunuhnya, tetapi Iblis menjelma dalam bentuk manusia dan membawa Barshisha meghadap sultan yang kemudiannya menjatuhkan hukuman sebat 80 kali kerana meminum arak, 100 kalli sebat kerana berzina dan dihukum sula di atas kayu kerana membunuh. Datanglah Iblis kepada Barshisha menanyakan tentang nasib malangnya.

Barshisha menjawab : "Inilah akibat yang menimpa mengikut teman yang jahat."

Iblis telah berkata kepada Barshisha : "Aku telah membelamu selama 220 tahun hingga engkau akhirnya disula, dan sekiranya aku mahu aku boleh membebaskan engkau.”

Barshisha menjawab : "Ya, aku mahu dibebaskan dan aku akan beri apa yang engkau mahukan."

Iblis berkata : "Engkau sujud kepadaku."

Barshisha menjawab : "Bagaimana aku hendak sujud sedangkan aku disula di palang kayu ?"

Iblis berkata : "Sujud dengan memberi isyarat."

Maka Barshisha pun sujud dengan isyarat kepalanya. Dengan itu Barshisha pun telah menjadi kafir. Wal’iyadzubillah... Setelah menjadi kafir, iblis berkata kepadanya :

"Sekarang aku berlepas tangan darimu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah swt Rabbul ‘Alamin."

Inilah kisah Barshiha.. Na'uzubillah ya sahabat2.. Walau sekuat mana pun kita beribadah, ujian Allah itu pasti ada untuk menguji hamba2Nya.. Moga kita semua sentiasa di bawah pemeliharaan Allah swt. Ya Allah, janganlah Kau matikan kami melainkan di dalam iman..

Wednesday, April 13, 2011

SEMANGAT SEMANGAT!

Kembali!!! (^_^)

PELIHARALAH HATI FADHLIN SAKINA YA ALLAH!

Apabila mata melihat akan perjuangan insan lain, kerana semangat juangnya yang tinggi, tadhiyahnya yang hebat, akhlaknya yang membuktikan keizzahan diri, terasa kerdilnya jiwa ini ya Allah.. Entah kenapa.. Cuti kali ini terdapat ujian yang maha hebat. Kadang-kala membuatkan aku rasa tersungkur.. Bagaimana mungkin ya Allah untuk aku terus istiqamah dijalan ini tanpa bimbinganMu ya Rahman.. Tanpa jiwa-jiwa itu sebagai wasilah buat diriku.. Demi Allah, aku takut ya Allah. Dalam persekitaran yang sebegini.. Mampukah aku? Peliharalah hati ini dari segala noda hitam. Sucikanlah jiwa ini ya Rabbi.. Jauhilah hambaMu ini dari segala masalah hati. Kurniakanlah nikmat manisnya ibadah.. Terimalah atas apa sahaja kebaikan yang sudah aku lakukan.. Ampunkanlah diatas segala keterlanjuran.. Ada ketika aku tidak kuat untuk di uji.. Wahai diri.. Sabarlah dalam bersabar.. Biarpun terasa pahit, janganlah hendaknya tercalar tauhid..

Tuesday, April 12, 2011

MEMOIR DI PUNCAK JANING.

Pengalaman tidak akan tercipta tanpa kita melaluinya. Tak gitu? Setibanya saya di Maktab Mahmud Padang Terap (MMPT) , terasa ingin kembali ke alam persekolahan. Lama sudah tidak solat jemaah beramai2 di dalam sebuah musolla yang sederhana besar.. Begitu juga makan semeja bersama sahabat2 di ma'had. Andai masa bisa di undur, pastinya saya orang pertama yang akan melakukannya! Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik, hampir 3 tahun saya meninggalkan zaman itu.. (^_^)

Tujuan saya ke sana bukanlah sekadar melawat, tapi ada objektif yang lebih besar perlu dilaksanakan. Cewah ayat. Kami geng2 utara ramai jugalah yang turun sumbangkan khidmat untuk Kem Kepimpinan buat adik-adik ma'had disana. Venue kami punya pogram di Puncak Janing, Kuala Nerang. Tahu?


Ini dia sign puncak janing. Welcome2 ya. (^_^)

Ouh lupa, sebelum kami bermalam di puncak janing, kami semua fasi2 bermalam terlebih dahulu di MMPT. Cikgu Nasri, guru yang paling banyak membantu sebelum, semasa dan selepas program memaklumkan kepada kami bahawa puncak janing ni bukan seperti tempat biasa. Katanya disana penuh dengan kejadian yang sadis. Tiap-tiap tahun pasti ada yang mati. Dup dap dup dap juga mulanya jantung saya ini. Almaklumlah, macam2 sangat cerita negatifnya. Namun, saya gagahkan jua hati untuk berserah kepada Allah. Hidup mati di tanganNya. Kita hanya melakukan perkara yang baik, pastinya perlindungan Allah untuk kami semua.. Yakin itu penting! (^_^)

Meeting unit modul sehingga lewat pagi. Subhanallah! Layu juga mata ini, fokus hanya tinggal 50-50. Kerana apa? Kerana seharian dalam perjalanan.. Alah, macam tak biasa pulak ya? Demi adik-adik, kami gagahkan diri habiskan kami punya perbincangan. Tiba-tiba, TUP! GELAP. Allah, black out... Ingatkan ruang kelas meeting kami sahaja yang gelita, rupa2nya satu sekolah. Memang gelap kerana disana kawasan kampung yang penuh dengan hutan. Jenuh satu hal kena suluh lampu hp untuk balik ke tempat penginapan. Mujur ada yang bersimpati, dan sudi hantar kami ke mahallah puteri. Terima kasih kalian. (^_^)

Stop, itu kisah di MMPT..................................

Ini kisah di puncak janing,

Kali ini, biar gambar pula yang banyak berbicara ya. Picture di bawah ini, semasa di awal program..


Sesi tajdid niat, if im not mistaken.. Oleh puan CC, Cik Adibah & Cik Ain.


Ini pulak adik2 muslimin, sesi bersama tuan CC. Ustaz suhaimi & Ustaz hadi.


Masa slot debat. (^_^)


Hujah daripada adik puteri.


Hebat2 belaka.. Di slot inilah terbongkarnya rahsia mereka.. (^_^)


Sesi riadhah adik puteri.


Sesi riadhah adik putera.

Semasa explorace, aktiviti yang paling saya suka. (^_^) Hendak saya zahirkan disini, tidak dapat saya ungkapkan kesemuanya. Mengapakah? Kerana tak semua yang kita lalui dapat dizahirkan dengan kata-kata kan. (^_^) Pendek kata, saya suka mendaki bukit disana. Tempatnya agak mencabar juga. Penuh dengan pacat yang gemuk2! Tahu pacat?


Ya, ini dia pacat. Tapi bukan pacat di puncak janing yek! Ini pacat from google. Hehe. (^_^)

Gambar di bawah ini, semasa pengembaraan adik2.


Mereka ini bakal menggoncang dunia.


Ukhwah dirasai..


Mengharungi rintangan bersama..


Senyum bahagia adik2 semua ni. (^_^)

Inilah entry semusim bersama warga MMPT, komiti, fasi dan sahabat2 seperjuangan. Terima kasih ya Allah, atas anugerah pengalaman ini..

~Wallahu'alam~
 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome