Saturday, July 30, 2011

PELANGI UKHWAH BERSAMA NISA' MIRI

Assalamu'alaikum w.b.t.. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus menaip dilaman sesawang yang dah semakin nak bersawang ini. Terima kasih buat yang sudi berkunjung disini..=)

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, minggu sudah saya sehari bersama akak-akak, ibu-ibu, makcik-makcik jemaah Pas Miri. Atau dari kata lain, Nisa' Miri. Terasa seperti sebuah keluarga apabila diri saya bersama mereka. Inilah perbezaannya apabila kita hidup dibawah satu aqidah dan fikrah. Manisnya ukhwah, hanya yang mengetahui dapat merasai.

Alhamdulillah, ada seperkara yang saya belajar bersama mereka disana. Dan saya ingin kongsikan bersama sahabat-sahabat semua.

KEROPOK LEKOR.

Ya, saya belajar cara-cara membuat keropok lekor. Buat sahabat-sahabat saya yang berasal daripada kelantan dan terengganu tu, kalau ada yang terkurang, bagitahu ye.^^ Saya pun baru belajar ni, dan mahu ingatkan kembali cara-cara membuatnya.^^

Antara bahan-bahan yang diperlukan :


1) Ikan.

2) Tepung gandum.

3) Tepung ubi.

4) Bicarbonate of soda.

5) Garam halus.

6) Gula.

7) Ais batu.

8) Minyak.

9) Mesin pengisar ikan. (Untuk keropok lekor punya)

10) Ajinomoto.



Ok, jom kita sama-sama tengok, cara seterusnya.^^,







1) Kita kisar ikan sehingga hancur. (seperti gambar di atas)


2) Letakkan ikan yang telah dikisar bersama tepung ubi. (seperti gambar di atas)

3) Letakkan sedikit bicarbonate of soda.

4) Campurkan ajinomoto. (tapi kalau keropok untuk saya, saya tak masukkan kot)


5) Masukkan ais ketul tadi sambil meneruskan adunan. (seperti di atas)






6) Gaulkan adunan sehingga lembut. (seperti gambar di atas)


7) Kemudian, ambil setengah kepal tepung yang telah diadun tadi, ulikan tepung bersama tepung gandum. (seperti gambar di atas)







8) Jadikannya berbentuk panjang. (seperti gambar di atas)



9) Rebuskan keropok yang sudah siap dibentuk tadi.



10) Selesai rebus, campurkan keropok tadi dengan sedikit minyak.



12) Dan yang terakhir, potong mengikut bentuk yang disukai, kemudian, goreng dan makan..

Sekadar perkongsian bersama..=)

~wallahu'alam~ ^^

Saturday, July 23, 2011

OH MUSLIMAH...

Kali ini bukan karya berbentuk coretan yang ingin saya kongsikan. Hati teruja saat diri menjengah ke laman maya sahabat saya, AZAHRA. Ada satu dendangan merdu buat telinga ini saat mata tertumpu disana. Timbul rasa hati ingin berkongsi buat kalian semua, sebuah lagu buat MUSLIMAH.. Sebelum tu, anda kena stopkan dulu halwa telinga di blog saya ini.. Nampak dimana tempat untuk stopkan alunan di blog saya? Ya, yang atas sekali sebelah kanan tu. Baiklah, dengarkan yer. :)



Oh muslimah..
Allah cinta kepadamu..
Rasulullah kasih kepadamu..

Oh muslimah..
Berbahagialah..
Kau telah dilahirkannya dengan mulia..

Subhanallah..
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu..
Rendah hati..

Oh muslimah..
Busanamu menutup rapi..
Auratmu kau lindungi dengan indahnya..

Oh muslimah..
Kau rajin mengaji..
Islam kau jadikan ikutan sejati..

Subhanallah..
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu..
Rendah hati..

Oh muslimah..
Memandangmu menyejuk hati..
Menundukkan nafsu hati yang goyah..
Keayuan wanita solehah..
Indah peribadi tulus hatinya..

Oh muslimah..
Kecantikan yang sebenar..
Pada tutur kata penuh berhikmah..
Mempertahan kehormatan dirimu..
Dengan pakaian mentaati Allah..

Oh muslimah..
Kau masuk ke syurga..
Solat lima waktu dan berpuasa..
Menundukkan pandangan matamu..
Mentaati suami yang tercinta..

Oh muslimah..
Kau rajin mengaji..
Islam kau jadikan..
Ikutan sejati..

Selamat mendengar dan menghayati.. :)

SUKANEKA PASTI HILTOP & PUJUT, MIRI.






(Skuad PASTI) ^^,






























Thursday, July 21, 2011

NIAN HATI SALSABILA

Assalamu'alaikum w.b.t buat sidang readers yang sentiasa berada di bawah rahmat Allah s.w.t. Kaifa haalukum jami'an?? Harapnya kalian semua sentiasa sihat jasmani dan rohani. Insya Allah, ameen..

Tiada tujuan lain sebenarnya untuk post kali ini, tak lain dan tak bukan saya nak promote sebuah buku yang sangat menarik jalan ceritanya.

NIAN HATI SALSABILA....

(kulit hadapan)

(kulit di belakang)

Sebuah novel islamik yang tidak kurang juga luar biasa hebatnya bagi saya. Hasil karya seorang syabab yang berpengaruh, Ustaz Zahirudin Zabidi. Jom kita tengok sikit sinopsis novel ini.. :)

Dari puncak yang sejuk nian, dia mula mengenal dan belajar mengenai kepentingan berkongsi. Dia terkesan dengan ungkapan murabbinya ini. "Dakwah itu bermaksud mengajak. Dalam al-quran ada menyebut supaya kita berdakwah atau mengajak manusia kembali pada ajaran Allah yang sebenar dengan cara berhikmah dan melarang mereka dengan penuh kebaikan. Jika berlaku pertembungan, uruskanlah dengan penuh toleransi."

Dari saat itulah gadis manis yang bernama Naurah Salsabila mula melebarkan sayapnya. Dia terus terjun ke dunia yang penuh suka duka, cabaran dan ujian hanya kerana rasa tanggungjawab untuk berkongsi dengan ummah. Lantas diteguhkan niatnya lillahi ta'ala, diteladaninya akan sunnah Rasulullah.

Bacalah sahabat2, sesuai untuk kita para syabab dan fatayat hari ini. Banyak isi-isi bermanfaat yang Ustaz Zahirudin kongsikan buat kita dalam buku sederhana kecil ini. Antaranya berkaitan ukhwah islamiyah bersama sahabat-sahabat sefikrah, semangat cintakan ilmu, tadhiyah (pengorbanan) dan bagai lagi. Nak tahu lebih lanjut, beli lah yer. Hanya RM17.00 di Semenanjung Malaysia dan RM19.00 di Sabah & Sarawak.

~Wallahu'alam~ :)

Saturday, July 9, 2011

6 JULAI, ABYADH, DAN PENGALAMAN.

Alhamdulillah,masih diberi nikmat iman dan islam serta nikmat kesihatan yang mampu membuatkan jari ini menaip disini lagi..Hamdan lillah.:)

6/7/2011

Merupakan hari tua saya.Hari hampirnya saya ke pintu ajal.Alhamdulillah, genap sudah 20 tahun menjalani kehidupan di bumi Allah ini. Entah seiring ataupun tidak amalan saya dengan umur kini. Moga2 segala amalan yang telah dan bakal dilakukan diterima oleh Allah s.w.t..Dan juga moga diampunkan segala dosa2 yang lalu..


Alhamdulillah,pada hari yang bermakna ini,abah dan mak menghadiahkan sebuah pertemuan yang tidak ternilai harganya. Pertemuan bersama siapakah? Ya,lihat di bawah ini.


(Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang)

Kami sekeluarga bersama-sama mengimarahkan sebuah majlis MAKAN MALAM bersama beberapa pimpinan PAS,PKR, dan DAP sempena pelancaran dana pilihanraya PAS Miri di ParkCity Everly Hotel,Miri.




Subhanallah, hebat sungguh tokoh ini. Serasa seperti dapat merasai sinergi yang ada pada tuan guru. Tangan yang sentiasa memainkan zikir membuatkan hati ini senantiasa rasa malu pada diri sendiri.

Buat abah & mak,terima kasih...(^^,)


7/7/2011

Lumrah kehidupan, kadang kala Allah kurniakan bahagia, kadang kala Allah berikan kesedihan. Seawal pagi saya tiba di Sekolah Rendah Kebangsaan Temenggong Dato' Muip. Saya menerima sms daripada mak.Katanya,"Salam kakak, abyadh dah mati.Kena gigit anjing. Sedih pula."

Arnab peliharaan kami sekeluarga dah tak ada. Sedihnya. Hati rasa cepat2 nak balik rumah. Bila terkenangkan mukanya yang gebu dan comel, aksi-aksinya yang mencuit hati, sebak rasanya. Kebiasaannya bila tiba waktu petang kami akan melihat telatah abyadh yang melucukan dan sedikit nakal. Sunyi pula rumah. Disini saya belajar menerima kehilangan. Dan yang paling penting, sekalipun ia haiwan, namun boleh dijadikan pengajaran buat kita semua, bahawa kematian atau ajal itu datangnya secara tiba-tiba..Tanpa kita mengetahuinya..

(Abyadh)


Sedihnya.. :(


Pengalaman Belajar dan Mengajar

Hampir 3 minggu saya menimba pengalaman menjadi seorang guru di sebuah sekolah rendah Temenggong Dato' Muip,Miri.Sekolahnya besar dan luas. Pelajarnya yang ramai dan berbilang etnik membuatkan mata ini sentiasa melihat pebagai kerenah dan gelagat anak-anak hari ini.:)

Hamdan lillah, dengan pengalaman ini, saya juga ditarbiyah. Saya dapat belajar bagaimana untuk meningkatkan kecerdasan emosi saya, spiritual, sosial, linguistik, fizikal and so on.

1) Emosi

Saya percaya, pasti ramai yang berpengalaman bersama kanak2 seusia 7-12 tahun. Dan apa yang akan saya perkatakan ini hanyalah pendapat saya. Mungkin kita mempunyai persepsi yang bebeza.:) Untuk membentuk kanak-kanak ini bukanlah sesuatu yang mudah. Hatta mahu membentuk diri sendiripun memerlukan mujahadah, apatah lagi untuk membentuk insan lain. Pertama kali diri ini menjejakkan kaki di perkarangan sekolah itu, hati kecil ini dup dap dup dap juga. Diri bermonolog sendiri, "ish, boleh ke ni?? Budak-budak disini tak sama macam di semenanjung." Namun saya cuba mengelola hati ini secara positif. Saya cuba meyakinkan diri. Kerana saya percaya, orang yang berjaya adalah orang yang mampu menguasai emosinya dengan baik. Seperti mana kisah ulama' terkemuka bernama Ibnu Hajar al-Qaslani. Pada mulanya beliau mengalami kekecewaan kerana beliau merasakan dirinya kurang yakin berbanding dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Beliau keluar dari sekolah dan pulang ke kampung halamannya. Namun, dengan pengelolaan emosinya yang baik, beliau bangkit semula, dan kembali ke sekolah serta belajar bersungguh-sungguh. Dan hasilnya, beliau menjadi seorang ulama' yang pintar dan dikenali. Kisah inilah yang mampu membuatkan diri saya kembali bersemangat.


2) Spiritual

Degilnya kanak-kanak itu perkara biasa. Sememangnya sifat degil ini sinonim dengan diri mereka. Pernah satu hari saya perlu menggantikan seorang guru yang tidak hadir. Maka masuklah saya ke kelas 2 PUTIH. Allahu akbar. Betul2 menguji kesabaran. Suara saya yang digunakan sehabis mungkin, tahap high volume, tenggelam dek kebisingan anak-anak ini. Sebelum saya ke kelas mereka, pesan seorang ustazah senior di sekolah tu,"Kak Na, hati-hati masuk kelas 2 PUTIH." Sambil melemparkan senyuman buat saya. Namun, kekerasan tidak perlu dibalas dengan kekerasan. Kekerasan perlu dilunakkan dengan kelembutan.. Kuncinya adalah sabar. Disini spiritual saya terdidik.

"Wahai orang-orang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"

(Al-Baqarah :153)


3) Sosial

Saya sebenarnya seorang yang dup dap dup dap juga bila berhadapan dengan orang ramai. Tapi pengalaman ini, alhamdulillah sedikit sebanyak melatih saya. Melatih bagaimana untuk berhadapan dengan masyarakat yang ramai. Berhadapan dengan insan yang seusia 60 an dan ke bawah di tempat yang sedikit asing berbanding di semenanjung. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk belajar dan mengajar bersama-sama mereka. Disini, aliran ukhwah dan mahabbah tercipta. :) Tidak kira kamu melayu Islam, bidayuh, kenyah, melanau,iban dan bagai lagi.

"Menjaga cinta dan kasih sayang, berwajah ceria serta senyuman ramah adalah buktinya nyata adanya cinta dan kasih sayang dihati. Senyuman yang tulus itu ternyata dapat melembutkan hati juga"

(Imam Nawawi)


4) Linguistik

Saya mesti belajar bahasa sarawak. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau, mengaum. Selain tu, saya juga mesti belajar bagaimana untuk menghidupkan hati anak-anak murid saya dengan kata-kata saya. Adakalanya anak-anak murid ini, tiba anginnya tak baik, bergaduh mulut, bergusti versi kanak-kanak di dalam kelas dan bagai lagi. Macam-macam. Jika diikutkan emosi madzmumah, mahu juga menggunakan cara yang kasar. Tapi, saya perlu belajar menggunakan bahasa yang baik untuk memujuk mereka. Dan juga saya mesti tahu bahawa mereka lebih cenderung kepada visual, auditori atau kinestetik.


5) Fizikal

Perlu menjaga imej diri seperti terjemahan hadis ini.

Nabi Muhammad s.a.w berkata : "Tidak masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun sebesar atom." Seorang lelaki berkata : "Sesungguhnya orang itu suka berpakaian yang bagus dan kasut yang menarik pula." Nabi Muhammad berkata lagi, "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesama manusia."

Sekadar perkongsian bersama..(^_^)

~Wallahu'alam~

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome