Sunday, October 31, 2010

NAK TAU TAK ???

Salamullahi 'alaikum buat kalian semua. Apa khabar? Harap sentiasa di bawah rahmat Allah s.w.t yer. Insha Allah..

Nak tau tak??

Imam al Qurtubi menerusi satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat menyatakan:

Ketika Nabi Ibrahim a.s didatangi Izrail untuk mencabut nyawanya, berkata Ibrahim kepadanya : "Wahai Izrail, pernakah kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri?"

Lalu Izrail memberitakan pernyataan Ibrahim ini kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t memerintahkan Izrael menyampaikan jawapanNya kepada Ibrahim sebagaimana firmanNya yang bermaksud : "Wahai Ibrahim,apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?"

Apabila Nabi Ibrahim mendengar jawapan Allah menerusi Izrail ini, berkata Ibrahim : "Wahai Izrail,cabutlah nyawaku saat ini juga!"

Hebat kan? Inilah kesempurnaan mahabbah hamba terhadap Rabnya. Ia pasti terhasil apabila sifat kehambaan itu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan yang singkat ini.

~Wallahu'alam~

Tuesday, October 19, 2010

BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama, dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca BISMILLAH setiap kali hendak bercakap, dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan BISMILLAH. Suaminya tidak suka dengan sikap itu dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suatu hari,suaminya berkata sambil mengejek. "Asyik bismillah, bismillah. Sekejap kejap bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa,sebaliknya ia berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suaminya berkata
: "Suatu hari nanti, akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu".

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan kepada isterinya wang yang banyak sambil berkata : "Simpan duit ini". Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya di tempat yang selamat, disamping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata: "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan".

Kemudian isterinya pergi ke tempat ia simpan duit itu dan diikuti oleh suaminya,dengan berhati-hati ia menghampiri tempat ia menyimpan duit itu dan dia membuka dengan membaca "BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM". Ketika itu Allah s.w.t menghantar malaikat Jibril a.s untuk mengembalikan beg duit bersama isinya ke tempat asal itu. Lalu perempuan itu mengambil beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya,ia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga si suami bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Jadi,konklusi yang kita boleh buat disini,apabila kita hemdak memulakan sesuatu pekerjaan,mulakanlah dengan bismillah.Memang begitulah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada kita.Mudah-mudahan segala amal yang kita buat mendapat berkat dari Allah .s.w.t.Tak rugi kita memulakan sesuatu pekerjaan dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang. Allah akan menyayangi kita apabila kita sentiasa mengingatinya. Segala usaha kita insha Allah akan mendapat keberkatanNya..

Wallahua'alam...

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome