Thursday, February 3, 2011

6 PERSIMPANGAN


Assalamu'alaikum w.b.t.. Asalnya tangan malas untuk menaip, memandangkan saya sedang menyelesaikan asignment hadharah (tamadun) yang belum selesai.. Tapi hati ni suruh jugak untuk post disini. Saya bawa satu kisah disini special untuk sorang adik tu dan untuk semua.. Entah adik baca atau tidak wallahu'alam.. Harap2nya adik ada masa untuk buka laman yang tak seberapa ni.. Moga2 adik faham apa yang akak maksudkan..


Abu Bakar r.a. berkata,

"Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah s.w.t. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud,

"....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah s.w.t., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis laknatullah adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah.. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya..

Jauh dari sudut hati akak, terus berdoa dan berharap.. Fikirlah..

~Wallahu'alam~

Friday, December 31, 2010

5 PERKARA ANEH

Assalamu'alaikum w.b.t buat readers yang tersayang lagi dirahmati Allah. Apa habaq ? Harapnya sihat iman dan tubuh badan. Ameen yer readers semua.. Saya mendoakan kalian. =)

Hari ni saya nak share sebuah story. Orang kata, sharing is caring. So, takda la saya dapat input ni sorang2 ja.. Kan?

HAA..ALKISAHNYA BEGINI..

ADA SEORANG HAMBA ALLAH NAMANYA..........


Abu Laits as-Samarqandi
adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat,

PERTAMA : apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
KEDUA : engkau sembunyikan
KETIGA : engkau terimalah
KEEMPAT : jangan engkau putuskan harapan
KELIMA : larilah engkau daripadanya

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.

(sekadar gambar hiasan)

Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas.


(Gambar hiasan.Ni aluminium bukan emas yer.)

Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil.


(Gambar hiasan)
Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya.
Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya,


maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua, semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima, bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah." Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar."

Inilah alkisah yang saya nak share..Moga2 ianya bermanfaat buat saya dan juga untuk kalian semua..

~Wallahu'alam..~

Tuesday, December 28, 2010

MEREKA ADIK BERADIK SAYA, SAHABAT SAYA, DAN BUKANNYA PENGIKUT SAYA..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakaatuh. =) Hari ini saya panjangkan ucapan SALAM buat readers semua.. Moga2 beroleh 30 penuh..


Pernah suatu hari, seorang lelaki melewati Rasulullah s.a.w dan memberikan salam kepadanya dengan ucapan "Assalamu'alaikum ya Rasulullah." Rasulullah pun menjawab, "Wa'alaikumussalam.." Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, "Baginya sepuluh."

Datang lagi seorang lelaki melewati Rasulullah s.a.w dan memberikan salam kepada baginda dengan ucapan, "Assalamualaikum warahmatullah ya Rasulullah." Rasulullah menjawab, "Wa'alaikumussalam warahmatullah.." Kemudian baginda bersabda, "Baginya dua puluh."

Datang lagi seorang lelaki melewati Rasulullah dan memberikan salam kepada baginda dengan ucapan salam, "Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh ya Rasulullah." Maka rasulullah menjawab salam itu dengan "Wa'alaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh..." Kemudian baginda bersabda, "Baginya tiga puluh penuh.."

Itulah pahala hanya dengan memberi SALAM sahaja...


*******************************************************

Ini cerita lain pula yaa...=)

Kadang2 saya suka duduk bersendirian, berfikir, termenung, dan melayan perasaan.. Sedang leka dan khusyuk membaca buku karya Hilal Asyraf, langit ilahi tiga, saya tenggelam dalam dunia sendiri.. Saya terfikir tentang tanggungjawab atau amanah yang sedang saya pikul. Pernah tak kalian memegang jawatan yang tinggi? Atau sederhana tinggi? Atau jawatan yang ada ahli dibawahnya? Pastinya kita semua mempunyai pengalaman yang tersendiri kan..

Betul kata penulis muda yang masyhur.. HILAL ASYRAF.. Apabila kita berada diatas, maka kita adalah ketua yang harus memimpin mereka. Pastinya, kita perlu memimpin mereka ke arah yang terbaik, ke arah yang Allah redha..

Mohon maaf bagi sesiapa yang bekerjasama bersama saya.. Andai ada saya melakukan kesilapan secara sedar atau tidak.. Mohon tegur2 silap saya. Supaya sentiasa beringat.. Supaya tidak tersasar.. Saya manusia biasa dan memerlukan kepada manusia sekeliling.. Saya juga memerlukan guideline sahabat2.. Saya memerlukan doa sahabat2..

Ada lagi yang saya nak share kat sini.. Koreksi diri saya dan kita semua..
Kita sebagai manusia takkan mampu begerak secara sendirian.. Kita memerlukan insan2 lain.. Sebuah organisasi juga takkan mampu bergerak oleh seorang individu saja.. Kita memerlukan kepada konsep JAMAIE.. Iaitu kebersamaan.. Tak kisah lah sekecil mana pun organisasi tu, mesti memerlukan konsep JAMAIE ni.. Hakikatnya..kita tidak tinggi dari mereka dan mereka juga tak tinggi dari kita.. Kita semua adalah batu bata yang saling sokong menyokong antara satu sama lain dalam membina sebuah bangunan kejayaan..

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Perumpamaan orang2 muslim itu ibarat satu jasad,apabila salah satu bahagian disakiti,maka seluruhnya akan berasa sakit.."

Memang hidup ni perlu saling melengkapi dan bantu membantu..

"Jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam urusan (pembelaan) agama, maka kamu wajib memberi pertolongan..."
(Al-Anfal 8:72)

Sekian saja untuk hari ini.. Moga2 dapat mengambil sesuatu manfaat walaupun sedikit..

Wallahu'alam..

Sunday, October 31, 2010

NAK TAU TAK ???

Salamullahi 'alaikum buat kalian semua. Apa khabar? Harap sentiasa di bawah rahmat Allah s.w.t yer. Insha Allah..

Nak tau tak??

Imam al Qurtubi menerusi satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat menyatakan:

Ketika Nabi Ibrahim a.s didatangi Izrail untuk mencabut nyawanya, berkata Ibrahim kepadanya : "Wahai Izrail, pernakah kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri?"

Lalu Izrail memberitakan pernyataan Ibrahim ini kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t memerintahkan Izrael menyampaikan jawapanNya kepada Ibrahim sebagaimana firmanNya yang bermaksud : "Wahai Ibrahim,apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?"

Apabila Nabi Ibrahim mendengar jawapan Allah menerusi Izrail ini, berkata Ibrahim : "Wahai Izrail,cabutlah nyawaku saat ini juga!"

Hebat kan? Inilah kesempurnaan mahabbah hamba terhadap Rabnya. Ia pasti terhasil apabila sifat kehambaan itu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan yang singkat ini.

~Wallahu'alam~

Tuesday, October 19, 2010

BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama, dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca BISMILLAH setiap kali hendak bercakap, dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan BISMILLAH. Suaminya tidak suka dengan sikap itu dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suatu hari,suaminya berkata sambil mengejek. "Asyik bismillah, bismillah. Sekejap kejap bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa,sebaliknya ia berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suaminya berkata
: "Suatu hari nanti, akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu".

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan kepada isterinya wang yang banyak sambil berkata : "Simpan duit ini". Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya di tempat yang selamat, disamping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata: "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan".

Kemudian isterinya pergi ke tempat ia simpan duit itu dan diikuti oleh suaminya,dengan berhati-hati ia menghampiri tempat ia menyimpan duit itu dan dia membuka dengan membaca "BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM". Ketika itu Allah s.w.t menghantar malaikat Jibril a.s untuk mengembalikan beg duit bersama isinya ke tempat asal itu. Lalu perempuan itu mengambil beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya,ia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga si suami bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Jadi,konklusi yang kita boleh buat disini,apabila kita hemdak memulakan sesuatu pekerjaan,mulakanlah dengan bismillah.Memang begitulah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada kita.Mudah-mudahan segala amal yang kita buat mendapat berkat dari Allah .s.w.t.Tak rugi kita memulakan sesuatu pekerjaan dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang. Allah akan menyayangi kita apabila kita sentiasa mengingatinya. Segala usaha kita insha Allah akan mendapat keberkatanNya..

Wallahua'alam...

Tuesday, September 28, 2010

HATIKU UMPAMA ROLLER COASTER


Inilah ROLLER COASTER yang diumpamakan dengan hatiku pada minggu ini, saat ini dan tika ini. Kenapa? Entah saya sendiri tidak tahu jawapannya.

Ya allah,kembalikanlah semangatku yang kian rapuh,kembalikanlah roh perjuanganku yang kian haus. Kembalikanlah sahabatku yang kian jauh. Sesungguhnya aku tak mampu berdiri andai tiada sentuhan dariMu. Bantulah aku untuk meneruskan perjuangan ini. Andai ini adalah khilafku, maka Kau ampunkanlah. Hanya kepadaMu tempat aku memohon pertolongan. Tetapkanlah aku diatas jalan ini..


Minggu lepas,24hb 9 2010 bersamaan dengan hari jumaat sorang adik asrama saya ALLAHYARHAMAH FATIMAH AZZAHRA BT JA'AFAR (18) telah kembali kerahmatullah kerana kemalangan digilis lori ketika pulang dari sekolah. Satu peristiwa yang tak pernah saya sangkakan. Betullah kata ustaz saya,jika diikut logik akal, sewajarnya kita yang harus pergi dulu. Namun hukum alam tak siapa tahu.. Hari ini hari dia, esok lusa mungkin kita. Moga dimatikan dalam iman dan diampunkan segala dosa..


Alfatihah buat adik tersayang, ALLAHYARHAMAH FATIMAH AZZAHRA.

(bertudung hitam)

Moga rohmu tenang disana..

Wallahua'lam.. Sekadar coretan biasa..

Wednesday, September 22, 2010

RAYA + EXAM !

Salam aidilfitri buat kalian dan salam imtihan buat kawan2 yang sedang berentap dalam minggu exam nie... Bersua kembali, datang mengisi teratak yang tak seberapa nie setelah beberapa minggu x di update.

Alhamdulillah, pejam celik dah hampir 2minggu umat islam meraikan aidilfitri. Syukur hamdan lillah, Allah mengurniakan nikmat hari raya. Kebiasaannya, bila sebut saja hari raya, selalu kita kaitkan dengan ziarah. Dan sambutan hari raya juga pastinya menjadi agenda utama umat islam berebut-rebut pulang ke kampung. Begitu juga saya.Raya baru2 ni saya beraya di kedah.


Baru keluar tol alor setar..



Perjalanan yang menyeronokkan kerana lama sudah tak ke kampung. Dalam keadaan macam nilah dapat jumpa saudara mara yang dah lama tak bertentang mata,kata orang.. Jelas bagi saya,dengan nikmat aidilfitri yang Allah kurniakan ini, semangat ziarah dapat disuburkan walaupun setahun sekali. Tapi, andai ziarah kita dipenuhi dengan acara yang melalaikan, maka punahlah keberkatan ziarah itu.. Nastaghfirullah..

Dalam suasana beraya, hati masih tak senang sebab akan berdepan dengan final exam. 18hb,pukul 10 malam bertolak balik ke nilai dengan bas yang society sediakan. Tapi nak jadi cerita, bas pulak buat hal, terpaksa bertolak pukul 3pagi.. Tak ngapalah, apa2 pun dah selamat samapi ke nilai..(^^,)

Tapi alhamdulillah, paper BI dan HAHU SOROF dah lepas.. Baru je tadi jawab soalan nahu sorof. Yang berbaki exam AQIDAH jumaat nie. Lepas tu sambung pulak minggu depan exam Basic Methods Writing (BMW) dan Dirasat Alquran..



Study sorof...



Sama2 study dengan madihah n zunairah kat masjid nilai... Cari mood study.=)

Nak share satu kata2 dari sahabat saya..

"Bagi jiwa2 yang berjuang demi redhaNya..Tenanglah,damailah...
Kerana sepanjang perjalanan kalian pasti dituntunNya.." (Ankabut:69)
Kembalikan usaha dan harapan pada yang menentukan.. Moga doa2 kita dikabulkan.. Doakan kejayaan kita bersama ya! Wasalam...

~Wallahu'alam bissawab~
 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome