Tuesday, April 12, 2011

MEMOIR DI PUNCAK JANING.

Pengalaman tidak akan tercipta tanpa kita melaluinya. Tak gitu? Setibanya saya di Maktab Mahmud Padang Terap (MMPT) , terasa ingin kembali ke alam persekolahan. Lama sudah tidak solat jemaah beramai2 di dalam sebuah musolla yang sederhana besar.. Begitu juga makan semeja bersama sahabat2 di ma'had. Andai masa bisa di undur, pastinya saya orang pertama yang akan melakukannya! Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik, hampir 3 tahun saya meninggalkan zaman itu.. (^_^)

Tujuan saya ke sana bukanlah sekadar melawat, tapi ada objektif yang lebih besar perlu dilaksanakan. Cewah ayat. Kami geng2 utara ramai jugalah yang turun sumbangkan khidmat untuk Kem Kepimpinan buat adik-adik ma'had disana. Venue kami punya pogram di Puncak Janing, Kuala Nerang. Tahu?


Ini dia sign puncak janing. Welcome2 ya. (^_^)

Ouh lupa, sebelum kami bermalam di puncak janing, kami semua fasi2 bermalam terlebih dahulu di MMPT. Cikgu Nasri, guru yang paling banyak membantu sebelum, semasa dan selepas program memaklumkan kepada kami bahawa puncak janing ni bukan seperti tempat biasa. Katanya disana penuh dengan kejadian yang sadis. Tiap-tiap tahun pasti ada yang mati. Dup dap dup dap juga mulanya jantung saya ini. Almaklumlah, macam2 sangat cerita negatifnya. Namun, saya gagahkan jua hati untuk berserah kepada Allah. Hidup mati di tanganNya. Kita hanya melakukan perkara yang baik, pastinya perlindungan Allah untuk kami semua.. Yakin itu penting! (^_^)

Meeting unit modul sehingga lewat pagi. Subhanallah! Layu juga mata ini, fokus hanya tinggal 50-50. Kerana apa? Kerana seharian dalam perjalanan.. Alah, macam tak biasa pulak ya? Demi adik-adik, kami gagahkan diri habiskan kami punya perbincangan. Tiba-tiba, TUP! GELAP. Allah, black out... Ingatkan ruang kelas meeting kami sahaja yang gelita, rupa2nya satu sekolah. Memang gelap kerana disana kawasan kampung yang penuh dengan hutan. Jenuh satu hal kena suluh lampu hp untuk balik ke tempat penginapan. Mujur ada yang bersimpati, dan sudi hantar kami ke mahallah puteri. Terima kasih kalian. (^_^)

Stop, itu kisah di MMPT..................................

Ini kisah di puncak janing,

Kali ini, biar gambar pula yang banyak berbicara ya. Picture di bawah ini, semasa di awal program..


Sesi tajdid niat, if im not mistaken.. Oleh puan CC, Cik Adibah & Cik Ain.


Ini pulak adik2 muslimin, sesi bersama tuan CC. Ustaz suhaimi & Ustaz hadi.


Masa slot debat. (^_^)


Hujah daripada adik puteri.


Hebat2 belaka.. Di slot inilah terbongkarnya rahsia mereka.. (^_^)


Sesi riadhah adik puteri.


Sesi riadhah adik putera.

Semasa explorace, aktiviti yang paling saya suka. (^_^) Hendak saya zahirkan disini, tidak dapat saya ungkapkan kesemuanya. Mengapakah? Kerana tak semua yang kita lalui dapat dizahirkan dengan kata-kata kan. (^_^) Pendek kata, saya suka mendaki bukit disana. Tempatnya agak mencabar juga. Penuh dengan pacat yang gemuk2! Tahu pacat?


Ya, ini dia pacat. Tapi bukan pacat di puncak janing yek! Ini pacat from google. Hehe. (^_^)

Gambar di bawah ini, semasa pengembaraan adik2.


Mereka ini bakal menggoncang dunia.


Ukhwah dirasai..


Mengharungi rintangan bersama..


Senyum bahagia adik2 semua ni. (^_^)

Inilah entry semusim bersama warga MMPT, komiti, fasi dan sahabat2 seperjuangan. Terima kasih ya Allah, atas anugerah pengalaman ini..

~Wallahu'alam~

Tuesday, March 29, 2011

JEJAK CITA KITA


Lama sudah tidak saya mendengar nasihat, usikan, tawa, sentuhan sahabat yang pernah mengisi ruang hati ini tatkala sama2 menuntu ilmu di bumi ma'had dulu.. Untuk Intan Nabihah yang sedang menagih ilmu di bumi anbia' (Universiti Al Azhar Mesir) dan juga Rifhan yang berjuang di Terengganu (UNISZA). Walaupun jarak dan masa yang memisahkan kita, namun ku harap ukhwah ini kekal hingga ke syurga.. Saya titipkan bait-bait kalimah ini buat kalian...

Diriwayatkan daripada Anas r.a:
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,
Tidak ada seorang pun diantara kalian di pandang beriman,
sebelum ia menyayangi saudaranya sesama muslim,
seperti mana ia menyayangi dirinya sendiri...

(al-bukhari)

dan juga....

Pepatah daripada Dr Aidh Abdullah al-Qarni...
"Jadilah seperti orang yang kakinya berpijak di tanah,
tetapi cita-citanya setinggi bintang di langit..."

Begitulah yang sama2 kita impikan dahulu... Namun kini, masing-masing punya haluan sendiri.. Bersama mendaki puncak cita tertinggi.. Alhamdulillah. Moga tidak lupa asal usul diri kita..

Berdiri aku disini
Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
dan saat itu masih ku nanti

Kita sama punya cita
Yang menunggu dihadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa

Tika ujian datang menduga
Tiada berputus asa dan kecewa
Andainya rebah bangkit semula
Berserah mengharap RahmatNya

Sama melangkah seiringan
Mengejar sebuah impian
Dengan semangat keyakinan
Menuju ke arah kejayaan
Bertekad penuh keazaman
Gemilangkan pasti digenggaman

Jangan lupa memohon padanya
Tawakal berdoa sentiasa
Dialah penentu segala
Apa dikurnia ada hikmahnya

Disana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabarkan terus melangkah
Berbekal keimanan didada
dan usaha pasti akan berjaya...


~saya sayang kome~

Friday, March 18, 2011

KITA SELALU SEBUT, KHAIBAR YA YAHUD! APA BENDA TU??

Dulu, seawal 1st year di matrik Uia Nilai, saya pernah menyertai satu program ilmiah. Di akhir program tersebut, kami beramai-ramai melaungkan doa wahdah. Masha Allah, terasa satu kekuatan yang luar biasa.. Ada satu part, kami sebut beramai-ramai,

khaibar-khaibar! khaibar ya yahud!

Hati tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan khaibar? Rupa-rupanya ada story di sebalik laungan ini..

Pernah dengar perang khaibar? Ya, inilah kisahnya...

Khaibar ialah satu kawasan terletak 60/80 batu dari utara Madinah. Ghazwah khaibar berlaku pada akhir Muharram, tahun 7 hijrah

KEKUATAN TENTERA:



Tentera Islam seramai 1,600 orang yang mana dipimpin Rasulullah sendiri termasuk 200 tentera berkuda. Khalifah pengganti baginda di Madinah ialah Siba' (سباع) bin 'Arfatah al-Ghifari. Pembawa bendera adalah Saidina Ali. Tentera musuh terdiri dari yahudi khaibar seramai 1,400 orang yang dipimpin oleh Sallam bin Misykam.

TUJUAN PEPERANGAN:

Menghancurkan kubu kuat yahudi yang menjadi pusat kegiatan mereka menentang Islam dan juga membalas tindakan yahudi khaibar yang memebri perangsang kepada yahudi bani quraidzah supaya mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah semasa perang ahzab.

SINOPSIS PERANG KHAIBAR:

Untuk memastikan saff tentera Islam bebas dari golongan munafik, Rasulullah hanya memilih orang Islam yang rela berjihad dan mereka berbai'ah dengannya dibawah pokok di Hudaibiyyah (BAIATUR-RIDHWAN) untuk menyertai perang. Golongan munafik melalui ketua mereka Abdullah bin Ubayy telah bertindak melapor kepada yahudi khaibar akan hasrat Nabi untuk meyerang mereka. Yahudi khaibar meminta bantuan dari kabilah Ghaftan dan berjanji memberi separuh hasil tamar khaibar kepada mereka jika menang melawan orang Islam.


Semasa bertolak, Rasulullah tidak terus ke Ghaftan tetapi terlebih dahulu melalui ke kawasan berhampiran penempatan Ghaftan untuk meggertak mereka. (Haa,,tau takut~) Strategi Rasulullah berjaya sehingga puak Ghaftan membatalkan hasrat mereka untuk membantu yahudi khaibat kerana takut tentera Islam juga menyerang mereka. Setelah itu barulah Rasulullah bergerak ke khaibar. Tentera Islam sampai di khaibar pada waktu malam dan Rasulullah mengarahkan supaya gerakan ke sasaran musuh dibuat pada waktu pagi.

Oarang-orang yahudi tidak meneydari kedatangan orang Islam sehinggalah pada waktu pagi mereka keluar untuk bekerja mereka bertempiaran lari masuk ke kota kerana terkejut dengan kedatangan orang Islam. Pada malam sebelum serangan dibuat, Rasulullah mengumumkan bahawa baginda akan berikan bendera kepada lelaki yang kasihkan Allah dan Allah kasihkan dia. Pada esoknya, bendera diberikan kepada saidina Ali. Khaibar mempunyai pertahanan yang kukuh terdiri dari beberapa kota. Tentera Islam mula menyerang Kota Na'im iaitu kota paling kuat dan paling penting. Apabila ramai tentera kafir itu terkorban, yahudi2 itu lari berlinding ke Kota al-So'bu. Kemudian mereka lari ke kubu al zubair. Demikianlah seterusnya mereka lari dari satu kota ke satu kota. Setiap kali mereka berlindung di satu kota atau kubu, tentera Islam akan mengepung dan menyerang mereka. Bagi kota yang sangat kuat bernama An-Nizzar, tentera Islam terpaksa menggunakan Manjaniq.

Akhir sekali, oleh kerana tidak tahan menghadapi kepungan dan serangan bertubi-tubi dari tentera Islam, mereka menyerah kalah dan bersetuju untuk berunding dengan Rasulullah. Hasil perundingan, orang-orang yahudi bersetuju keluar dari khaibar bersama keluarga mereka dengan pakaian di badan mereka sahaja. Segala harta, tanah, hamba, barang perhiasan dan senjata-senjata hendaklah ditinggalkan. Namun, atas permintaan mereka Rasulullah membenarkan mereka tinggal di khaibar untuk mengusahakan tanah khaibar dengan hasinya dibahagi dua antara mereka dan Rasulullah s.a.w. Dalam peperangan ini, 93 yahudi terkorban dan 15 tentera Islam telah syahid

Di antara tawanan ialah Safiah anak perempuan seorang pemimpin Yahudi Bani Nadhir iaitu Huyayy bin Akhtab. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan di ambil oleh Rasulullah menjadi isteri Baginda dengan menjadikan pembebasannya sebagai mahar..

Inilah kisah disebalik perkataan khaibar yang kita pernah laungkan itu.. Moga ianya menjadi pengajaran buat kita semua..

~Wallahu'alam~

Thursday, March 17, 2011

ZUQNYA BILA DENGAR LAGU NI.


Siapakah diantara kalian disini yang acapkali mendengar nasyid untuk menghiburkan jiwanya tatkala terasa sedikit bosan atau sebagainya? Haa.. Angkat tangan segera! ^_^ Saya? Saya sudah semestinya.. tapi tengok juga muzik yang macam mana. Saya kalau mendengar lagu ni, lebih suka hayati liriknya dulu,, andai liriknya bagus, saya layan~ Kalau tak, saya letak tepi.. Ikut selera masing-masing la kan..

Salahkah kita berhibur sahabat2?

Takk... Kerana..??

Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah, hanya apabila kita salah memilihnya, maka ia akan membuatkan kita berada di tahap yang salah..

Ok, ni lah nasyid yang saya rasa tertarik untuk mendengarnya berulang kali.. Mendalam kan maksudnya.. Tajuknya 'PUTERIKU SAYANG'

Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi
Lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung
Tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati
Yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Aduhai puteriku sayang
Malumu mahkota yang tidak
Perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa
Menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan
Boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang
Pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama
Benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua
Dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

~Wallahu'alam~

Tuesday, March 15, 2011

SAKIT HATI, ADA PENAWARNYA..


Ubat selalunya pahit. Rawatannya juga selalunya perit. Tetapi oleh sebab inginkan badan yang sihat, kita rela menelan kepahitan, kita rela menanggung keperitan berpantang

Maka begitulah jalan untuk 'mengubat' hati. Terpaksa menempuh jalan mujahadah. Untuk mengubat hati perlukan penawar yang juga pahit. Ubat hati jarang yang manis. Namun semua itu perlu di tempuh jua. Apakah ubat Hati??

Menghadiri majlis ilmu. Ilmu adalah cahaya hati. Majlis ilmu adalah 'taman syurga' di dunia ini. Jika kita sering berada di taman syurga di dunia, insyaallah akan memberi harapan yang cerah untuk berada di taman syurga yang hakiki di akhirat kelak.

Ramai ulama berpendapat bahawa sesiapa yang tidak menghadiri mana-mana majlis ilmu sehingga 40hari ( sesetengahnya mengatakan 7hari ) maka hatinya akan keras. Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Imam asy-Syafi'e secara sinis pernah menganjurkan agar orang yang malas, enggan dan punya pelbagai alasan untuk tidak menghadiri majlis ilmu, supaya di takbirkan untuknya empat kali ( Ya,takbir empat kali itu untuk solat jenazah.) Dengan kata lain, orang itu seolah-olah sudah mati. Mati jiwa dan hatinya.

Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengetahui sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna dan nama-Nya yang baik dan mulia. Ingat, ilmu wahyu akan menerangi hati, manakala ilmu dunia akan menerangi kehidupan. Hakikatnya ubat hati ialah ilmu-ilmu yang diambil dari Al-Quran.

Dari sana, susuli langkah seterusnya. Ilmu adalah iman dan amal adalah makmumnya. Mulalah amalkan latihan-latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati ialah zikrullah, ingat Allah. Dan cara mengingati Allah yang paling utama mendirikan solat kerana solat yang lima ini adalah SILAH (penghubung) antara hamba dengan Tuhan. Fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan rasa-rasa daripada segala gerakan dengan bacaan itu ke dalam hati.

Walau susah sungguh , tetapi paksalah diri dengan bersungguh-sungguh. Sedangkan bisa boleh jadi biasa bila di lazimi, apatah lagi "penawar" yang datang daripada Allah, tuhan yang mencipta kita. Al-Quran dan solat tentulah akan lebih mudah kita biasakan apabila di lazimkan. Solat itu adalah penawar walaupun sukar kita merasa kemanisannya di peringkat awal, tetapi kemanisannya pasti akan datang juga jika kita berterusan mengamalkannya.

Seperti sakit fizikal yang ada pantang larangnya, begitu juga 'sakit hati' juga ada pantang larangnya. Makan ubat tidak boleh diiringi dengan makan 'racun'. Maksudnya, apalah ertinya kalau kita rajin makan ubat darah tinggi, jika kita terus makan daging, garam dan lemak secara berlebihan? Penyakit tidak akan sembuh jika melanggar pantang. Bahkan, pengamal perubatan sering menegaskan bahawa berpantang lebih baik daripada berubat.

Usaha penyembuhan 'sakit hati' ada pantang larangnya. Perlu 'berpantang' daripada perkara yang boleh menyuburkan nafsu. Misalnya melihat,mendengar atau terlibat secara langsung dengan perkara yang diharamkan seperti pergaulan bebas, program hiburan yang merangsang nafsu dan lain-lain suasana yang boleh menyuburkan hawa nafsu. Carilah kawan yang seia sekata, bentuk kumpulan kecil yang mempunyai satu fikiran, satu tujuan dan satu rasa, yakni sama-sama ingin mencari Redha Allah..


~Wallahu'alam~

PENAIK RUH JIHADKU. RUHUL JADID!


بسم الله الرحمن الرحيم


لا إله إلاّ الله

إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

ونحن له مخلصون


لا إله إلاّ الله

و لا نعبد إلاّ إيّاه

مخلصين له الدين

و لو كره المشركون

ولو كره المنافقون

لا إله إلاّ الله

ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين

لا إله إلاّ الله

وحده وحده وحده

أنجز وعده

ونصر عبده

وأعزّ جنده

وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد

يحيي و يميت

و يميت و يحيي

و هو حيٌّ لا يموت

بيده الخير

و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan generasi kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi Allah segala kerajaan, bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
Allah Maha Besar

Bangkit bangkit! bangkit islam!
Tumbang tumbang! Tumbang Amerika.
Hancur hancur! hancur kuffar!
Khaibar khaibar! Khaibar ya yahuud.
Jaisyu Muhammad, saufa ya'uud.
Jaga-jaga wahai yahudi.
Tentera Muhammad telah datang.
Daulah daulah! Islamiyyah.
La syarqiyyah, la gharbiyyah.

Monday, March 14, 2011

THANKS CIK DILA! THANKS CIK HUDA!

Tak ada apa yang menarik untuk di postkan dalam teratak saya buat kali ini. Just nak ucap syukran katsir buat 2 sahabat saya..

Pada 9 hb baru2 ini, pukul 4.00 petang saya bertolak dari Jalan Duta untuk pulang ke kampung halaman, rumah atuk and nenek tersayang di Bagan Serai, Perak. Dan bercadang esoknya untuk terus ke program Mukhayyam Tarbawi Darul Mulkan di Kuala Terong.. Tapi, lain yang dirancang, lain pula jadinya.. Betullah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.. Tak gitu? Selama hampir 4jam lebih, barulah saya tiba di Parit Buntar, Perak. Nak balik ke kampung terus, bas tak ada..

Untuk Cik Adila,,

Alhamdulillah sahabat saya adila sudi tumpangkan saya untuk bermalam di rumahnya.. Masa dirumah Dila, kami sempat bercerita dan share something new yang tak dapat saya tuliskan disini. Dila, moga cepat sembuh. Kinah doakan moga Dila terus kuat. Jangan banyak bersendiri, moga2 dengan jadi guru buat sementara waktu ini dapat mengurangkan masalah Dila.. Terima kasih sekali lagi.. Atas layanan yang baik..Tak terbalas budi baikmu ini. ^_^



***********************************


Ini ketika bersama Cik faizatul Huda pulak,,,

Terima kasih cik huda, bawa saya pergi jalan-jalan tempat cik huda.. Cik huda bawa saya pusing-pusing tasik taiping..


Tasik Taiping, Perak.


Cik huda bawa saya pergi makan Nasi Claypot di Tesco.



Inilah Nasi Claypot tu..




~Wallahu'alam~
 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome