Tuesday, April 19, 2011

HATI OH HATI...

Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging,
jika baik daging itu, maka baiklah manusia,
andai ia rosak, maka rosaklah manusia,
ketauhilah,itulah QOLBU yakni hati..

(Riwayat Bukhari & Muslim dari Nukman Bin Basyir)

HATI..bukan hanya seketul daging. Yang statik anatominya.. Tetapi sebenarnya ada 3 jenis hati manusia. Yang perlu kita ketauhinya sahabat2..


1) Hati yang sihat

Hati ini bersih, jika ia bercinta, ia bercinta kerana Allah. Jika ia benci, ia membenci kerana Allah. Hati ini tidak tenang apabila melakukan kemungkaran. Dan akan resah gelisah jika ia leka daripada mengingati Allah..


2) Hati yang sakit

Hati ini sering menipu, membazir, memungkiri janji, mencuri, melawan kata ayah ibu, menghampiri zina, dan segalanya.. Tetapi setelah membuat kesalahan mereka akan kembali bertaubat..


3) Hati yang mati

Hati ini, mereka tahu ada tuhan tetapi tidak melaksanakan perintahNya. Mereka mengakui syaitan adalah musuh tetapi mereka bersahabat dengan syaitan. Mereka juga tahu yang mati itu pasti. Tetapi mereka tidak berusaha menyediakan bekalan untuknya. Golongan hati ketiga ini, jika kita dampingi mereka, akan membawa penyakit. Jika hidup bersama mereka, bagai memakan racun. Jika bersahabat dengan mereka, membawa kehancuran.

Nau'zubillah wahai sahabat2. Berdoalah moga kita semua mempunya hati yang satu itu.. Yakni hati yang sihat.. Aminn..

~Wallahu'alam~

Monday, April 18, 2011

CE TENGOK, KITA ADA TAK YANG 10 INI?

RUKUN DAKWAH ada 4.

1) Tajuk dakwah. (maudhu' adda'wah)
2) Pendakwah. (adda'ie)
3) Orang yang di dakwah. (almad'u)
4) Cara berdakwah. (uslubudda'wah)

In sya Allah, saya akan jadikan teratak ini sebagai salah satu uslub untuk saya berdakwah.. Bukan ingin mengangkat diri, kononnya seorang da'ie.. Tapi ingin mengaplikasikan apa yang disebut di dalam hadis.. "Sampaikanlah dariku walau satu ayat.."

Ingin saya kongsikan buat tatapan semua, untuk peringatan kita bersama.. Moga-moga bermanfaat untuk saya dan kalian.. In sya Allah.. (",)

Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib, dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai 10 celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim kita sebagai manusia lakukan.. Try teka? Apakah yang 10 itu???


1. Gelojoh ketika makan.

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap.

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.


3. Suka marah-marah.

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.


4. Hasad dengki.

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).


5. Kedekut & bakhil.

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah.

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.


7. Cintakan dunia.

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).


8. Ego atau sombong.

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.


9. Ujub dan suka bangga diri.

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.


10. Gemarkan pujian atau riak.

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Wana'uzubillah ya sahabat2.. Moga2 dijauhkan dari semua sifat ini..

~Wallahu'alam~

BISAKAH SAYA? DOAKAN SAYA!


Duduk berteleku di hadapan laptop~

Monolog sendiri dan taip secara ikut suka mengikut apa yang dirasa..

Entah apa yang bermain di fikiranku yang satu ini di tengah2 malam buta ini.. Menghitung amalan. Sudah selesaikah taklifat harian diri ini dan bagai lagi... Tambah pula ditemani dengan halwa telinga.. Membuatkan diri ini bertambah tenggelam dek khayalan sendiri.. Rindunya pada Rasulullah datang tiba2.. Ingin sekali saya hidup sezaman bersama baginda.. Ya, pasti, ingin sekali diri ini membasuh pakaian nabi Muhammad s.a.w.. Menyediakan makanan buat junjungan itu.. Membalut dan membersihkan luka-luka perjuangannya.. Ekoran saya dilahirkan di zaman ini.. Sudah pasti saya tidak dapat melakukan itu.. Moga akan hadir pewarisnya buat diri ini..

Wahai Siti Khadijah...

Bisakah aku menjadi seperti kamu wahai ummul mukminin.. Tatkala si suami mula menerima wahyu dari Allah.. Kau menenangkannya.. Tidak sedikitpun kau memperlekehkan martabat seorang suami.. Malah kau menyelimuti tubuh mulia itu tatkala nabi mula menggigil.. Bertuahnya aku, andai aku juga bisa buat begitu..

Wahai Siti Fatimah...

Bisakah juga aku menjadi seperti kamu? Saat ayahmu dihina, dilempar dengan najis unta.. Kau bangkit membela dan mempertahankan ayahmu.. Lantas diusap dan dibersihkan najis unta itu dengan tanganmu yang lembut itu.. Tersentuh hati seorang ayah. Bisakah tanganku ini juga melakukan perkara yang sama?

Wahai Ummu Sulaim...

Mampukah juga aku menjadi seperti kamu? Berjaya mentarbiah seorang suami dan anak-anakmu sehingga mereka bisa menjadi penyambut anak panah yang hadir dihadapan nabi.. Masih adakah lagi wanita seperti itu di zaman ini? Allah, beruntungnya aku andai aku juga bisa menjadi seperti Ummu Sulaim..


Wahai Nusaibah... Wahai Zainab Al-Ghazali... Wahai Khaulah Al-Azwar... Wahai Nailah Al-Farafishah... Wahai Rabiatul Adawiyah... Wahai serikandi-serikandi islam... Saya ingin menjadi seperti kamu...!!

Sunday, April 17, 2011

PEMERINTAHAN DUNIA!


“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yg Dia kehendaki.”

Kemudian berlakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.

Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/ beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman (Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.


Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”

Kemudian Rasulullah SAW pun diam….

~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.~

Friday, April 15, 2011

SIAPA BARSHIHA??

Ya, kita ikuti kisah ini...

Barshisha telah beribadat kepada Allah swt sehingga Malaikat berasa takjub dengan ibadatnya. Menurut cerita, dia mempunyai 60 orang murid yang boleh berjalan diudara dengan berkatnya. Allah swt telah berfirman kepada Malaikat "Kenapa kamu berasa takjub dengan ibadatnya, sedangkan Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya. Pada ilmuKu ia menjadi kafir dan akan masuk neraka selama-lamanya."
Pada ketika itu Iblis mendengar dan tahu bahawa Barshisha telah binasa di tangannya. Iblis telah datang ke tempat Barshisha beribadat dengan menyamar sebagai seorang Abid ( ahli ibadah ) dan memanggillnya.

Barshisa : “Siapa engkau? Dan apa tujuanmu datang kesini?”

Iblis berkata : "Aku seorang Abid yang datang untuk menolongmu beribadat kepada Allah swt. Aku berbuat ibadat selama 3 hari berturut-turut tanpa tidur, tanpa makan dan minum.”

Barshisha berasa pelik dan berkata : "Aku beribadat selama dua ratus dua puluh tahun tanpa berdaya untuk meninggalkan tidur, makan dan minum. Apakah caranya supaya aku dapat bebuat seperti engkau?”

Lalu iblis menjawab: "Lakukanlah maksiat kepada Allah swt kemudian engkau bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun sehinggalah engkau menikmati kemanisan melakukan ketaatan .”

Barshisha bertanya : "Apakah maksiat yang engkau cadangkan supaya aku lakukan ?"

Iblis menjawab : "Berzina atau membunuh orang.”

Barshisha berkata : "Aku tidak sanggup melakukannya.”

Iblis berkata : "Engkau minum arak supaya lebih mudah untuk melakukannya."

Pada ketika itu Barshisha ternampak seorang wanita cantik sedang menjual arak lantas terus membelinya. Dia terus meminum arak tadi sehingga mabuk dan melakukan zina dengan wanita itu dan kemudian membunuhnya. Suami wanita itu datang untuk membunuhnya, tetapi Iblis menjelma dalam bentuk manusia dan membawa Barshisha meghadap sultan yang kemudiannya menjatuhkan hukuman sebat 80 kali kerana meminum arak, 100 kalli sebat kerana berzina dan dihukum sula di atas kayu kerana membunuh. Datanglah Iblis kepada Barshisha menanyakan tentang nasib malangnya.

Barshisha menjawab : "Inilah akibat yang menimpa mengikut teman yang jahat."

Iblis telah berkata kepada Barshisha : "Aku telah membelamu selama 220 tahun hingga engkau akhirnya disula, dan sekiranya aku mahu aku boleh membebaskan engkau.”

Barshisha menjawab : "Ya, aku mahu dibebaskan dan aku akan beri apa yang engkau mahukan."

Iblis berkata : "Engkau sujud kepadaku."

Barshisha menjawab : "Bagaimana aku hendak sujud sedangkan aku disula di palang kayu ?"

Iblis berkata : "Sujud dengan memberi isyarat."

Maka Barshisha pun sujud dengan isyarat kepalanya. Dengan itu Barshisha pun telah menjadi kafir. Wal’iyadzubillah... Setelah menjadi kafir, iblis berkata kepadanya :

"Sekarang aku berlepas tangan darimu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah swt Rabbul ‘Alamin."

Inilah kisah Barshiha.. Na'uzubillah ya sahabat2.. Walau sekuat mana pun kita beribadah, ujian Allah itu pasti ada untuk menguji hamba2Nya.. Moga kita semua sentiasa di bawah pemeliharaan Allah swt. Ya Allah, janganlah Kau matikan kami melainkan di dalam iman..

Wednesday, April 13, 2011

SEMANGAT SEMANGAT!

Kembali!!! (^_^)

PELIHARALAH HATI FADHLIN SAKINA YA ALLAH!

Apabila mata melihat akan perjuangan insan lain, kerana semangat juangnya yang tinggi, tadhiyahnya yang hebat, akhlaknya yang membuktikan keizzahan diri, terasa kerdilnya jiwa ini ya Allah.. Entah kenapa.. Cuti kali ini terdapat ujian yang maha hebat. Kadang-kala membuatkan aku rasa tersungkur.. Bagaimana mungkin ya Allah untuk aku terus istiqamah dijalan ini tanpa bimbinganMu ya Rahman.. Tanpa jiwa-jiwa itu sebagai wasilah buat diriku.. Demi Allah, aku takut ya Allah. Dalam persekitaran yang sebegini.. Mampukah aku? Peliharalah hati ini dari segala noda hitam. Sucikanlah jiwa ini ya Rabbi.. Jauhilah hambaMu ini dari segala masalah hati. Kurniakanlah nikmat manisnya ibadah.. Terimalah atas apa sahaja kebaikan yang sudah aku lakukan.. Ampunkanlah diatas segala keterlanjuran.. Ada ketika aku tidak kuat untuk di uji.. Wahai diri.. Sabarlah dalam bersabar.. Biarpun terasa pahit, janganlah hendaknya tercalar tauhid..
 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome