Monday, May 30, 2011

PRINSIP2 NEGARA ISLAM

Negara Islam ditegakkan di atas empat prinsip yang penting,

1) Prinsip syura

2) Prinsip keadilan

3) Kebebasan

4) Persamaan


*********************************************

1) Prinsip syura ( Consultation )


Asas kepada prinsip syura ini ialah firman Allah s.w.t :

وَشاَوٍرهم في الأمر

Maksudnya : "Bermesyuaratlah dengan mereka dalam satu-satu urusan".

(Surah Ali 'Imran : 159)

dan firmanNya :

وأمرهم شورى بينهم

Maksudnya : "Dan urusan merka hendaklah bermesyuarat di antara mereka".

(Surah Al-Syura : 38)

Ayat2 ini memerintahkan supaya bermesyuarat dalam perkara yang melibatkan urusan umat Islam. Rasulullah s.a.w mengamalkan prinsip, Baginda bermesyuarat dengan sahabat2nya dalam urusan2 kepentingan umat dan negara seperti dalam peristiwa peperangan Badar dan Uhud. Demikian juga amalan para sahabat, Abu Bakar As-Siddiq bermesyuarat untuk mengambil tindakan ke atas orang2 murtad. Umar Al Khattab bermesyuarat untuk meyelesaikan masalah tanah rampasan perang. Mereka juga bermesyuarat untuk mengambil keputusan mengumpul, menyalin dan menyusun Al-Quran. Jelaslah bahawa amalan prinsip syura ini adalah lumrah dalam kepimpinan Islam pada segenap peringkat.

2) Prinsip keadilan ( Justice )


Keadilan yang dimaksudkan disini ialah keadilan mutlak yang digariskan oleh Islam yang mengatasi segala kepentingan peribadi, keluarga, kelompok dan sebagainya.. Sekalipun terhadap musuh dan terhadap golongan bukan muslim. Allah s.w.t berfirman :

وإذا قلتم فاعدلوا ولو كان ذا قربى وبعهد الله إوفوا ذلكم وصاكم به لعلكم تذكرون

Maksudnya : "Apabila kamu memberi saksi hendaklah dengan adil sekalipun hal itu mngenai keluarga. Janji tuhan hendaklah kamu patuhi. Itulah yang dipertingkatkan kepada kamu, mudah-mudahan kamu ingat".

(Surah Al-An'am : 152)

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.w.t bersabda :

من آذى ذميا فأنا خصمه يوم القيامة

Maksudnya : "Siapa yang menyakiti dzimmi, akulah musuhnya dihari kiamat".

Maka prinsip keadilan ini menjadi asas dalam amalan pemerintahan Islam yang melibatkan seluruh golongan dalam masyarakat.

3) Kebebasan ( Freedom )


Prinsip kebebasan juga menjadi asas dalam pemerintahan Islam. Kebebasan itu diberikan kepada rakyat yang tunduk di bawah pemerintahan Islam sama ada ia muslim ataupun tidak. Oleh sebab manusia diberi hak kebebasab memilih, maka setiap individu menikmati hak ini. Islam memberi kebebasan beragama, kebebasan dalam memiliki harta dan kebebasan bergerak dan berpindah.

Kebebebasan bersuara dan memebri pandangan hendaklah dalam ruang yang tidak mencabuli kepentingan undang2 syara' dan ketenteraman kehidupan masyarakat yang menjadi asas kepada undang2 negara. Kebebasan suara yang tidak terkawal akan menjeaskan autoriti dan masyarakat Islam. Kebebasan itu adalah terikat dengan falsafah negara, sistem politik dan perundngannya. Lantaran itu, mereka yang murtad dalam negara Islam dianggap pengkhianat (traitor).

Kebebasan Syakhsiah

Kebebasan ini bermaksud Islam memberi hak kepada setiap individu untuk melakukan apa sahaj untuk kemaslahatan dirinya, seperti memelihara keselamatn diri, harta dan maruah denga syarat tindakannya itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Ini termasuklah kebebasan diri, kebebasan tempat tinggal, kebebasan pemilikan, kebebasan kepercayaan, kebebasan berfikir dan kebebasan belajar.. Maka untuk menjamin hak2 ini, Islam mengiktiraf dan memeliharanya dan merupakan hak yang sayugia diberikan oleh pemerintah kepada rakyatnya sama ada Islam atau ahli dzimmah.

Kebebasan Peribadi

Islam mengiktiraf hak2 ini dan memelihara setiap hak individu daripada dicerobohi oleh orang lain dengan menentukan batas2 halal dan haram, perintah dan larangan yang berkaitan dengan memelihara keperibadian setiap individu seperti diharamkan membuat tuduhan palsu, membunuh dan sebagainya dengan ditentukan hukuman yang setimpal. Ada hukuman yang yang telah ditentukan oleh syara' dan ada yang diserahkan kepada pemimpin untuk menentukan bentuk hukuman yang sesuai yang dinamakan "ta'zir". Setiap jenayah merupakan pelanggaran terhadap batasan Allah dan hukumannya juga tsabit dengan ketentuan syara'.

Begitu juga Islam memerintahkan agar hukuman dijatuhkan menurut kadar jenayah yang dilakukan. Dalam perkara ini Islam menentukan batas2 kebebasan manusia dengan mengharamkan berzina, meminum arak, menuduh seseorang berzina, saksi palsu dan sebagainya. Kesemua kesalahan ini telah ditentukan hukumannya dan semua rakyat termsuk ahli dzimmah tertakluk kepada hukum2 Islam yang berkaitan dengan perkara ini kecuali kesalahan meminum arak.

4) Persamaan ( Equality )


Prinsip persamaan bermaksud, bahawa setiap kaum adalah sama sebagai rakyat di antara satu sama lain dari segi hak, kebebasan dan tanggungjawab dihadapan undang2. Islam melaksanakan prinsip ini secara umum dalam kehidupan rakyat negara Islam tetapi terdapat perbezaan dalam beberapa perkara di antara rakyat yang mendokong negara dan rakyat yang tidak mendokong ideologi negara tetapi patuh kepada pemimpin negara.

Prinsip persamaan ini diterima oleh Islam dalam konteks penyelarasan dalam perhubungan manusia secara umum. Allah s.w.t berfirman :

Maksudnya : "Hai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu dari golongan lelaki dan perempuan. Kami jadikan kamu dari berbagai bangsa dan suku kaum, supaya kamu kenalan, sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu disisi Tuhan ialah bertaqwa."

(Surah Al-Hujurat : 13)

Manusia tidak ada bezanya diantara satu dengan yang lain di sisi Allah dari segi keturunan, warna kulit, bahasa dan kebudayaan, namun perbezaan itu terletak pada ketaqwaannya.

Rasulullah s.a.w bersabda :

لا فضل لعربي على عجمي , و لا لعجمي على عربي , ولا لأبيض على أسود , ولا لأسود على أبيض : إلا بالتقوى, الناس من آدم, وأدم من تراب

Maksudnya : "Tiada kelebihan bagi seseorang arab atas seorang bukan Arab, seorang bukan arab atas seorang arab, seseorang berkulit putih atas seseorang berkulit hitam dan seseorang berkulit hitam atas seseorang berkulit putih, kecuali denga taqwa. Manusia itu daripada Adam dan Adam diciptakan daripada tanah.."

*perkongsian bersama, sumber daripada buku FIQH Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia*

~Wallahu'alam~

SEMINGGU...

Assalamu'alaikum w.b.t..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t yang masih memberi ruang buat diri yang dhaif ini untuk menghirup, menikmati nikmat udara dan juga seisi dunia buat hari ini dan sebelum-sebelumnya.. Hamdan lillah.

Seminggu lebih juga tak online.. Terasa tenangnya dihati. Selama masa yang singkat ini, banyak yang saya pelajari dari insan-insan sekeliling.. Syukur. =)

1) Alhamdulillah, dapat juga habiskan membaca beberapa buku..

2) Dapat 'berusrah' bersama insan-insan baru iaitu jemaah pas Miri, Sarawak. Terima kasih ustazah Norizan, naqibah saya disini.. Insya Allah, selepas cuti sekolah kami akan membincangkan tentang 'ideologi dan Islam'. Tak sabar rasanya nak tunggu...=)

3) Bersama keluarga menghadiri ifthor jamaie PAS Miri.. Dapat berta'aruf bersama masyarakat disini.. Pengalaman yang manis..


(gambar hiasan)

4) Belajar bermain bowling, pergi bersama keluarga.. Terima kasih abah dan mak!=) Bawa kami anak-anak beriadhah.. 1st time tangan ni pegang bowling, lenguh juga lambung bola yang berkilo2..=) Abah, mak, abang am, kak sha, nanti kita fight lagi ok! (^^,)


(gambar hiasan)

5) Bersilaturrahim bersama keluarga tersayang di Laut Esplanade.. Terima kasih abah, abah banyak mengajar kami untuk lebih menghargai erti kasih seorang 'ayah'.. Tatkala si bapa lain bermain bola bersama anak-anak lelaki mereka, abah melunturkan ego lelakinya.. Abah bermain layang-layang bersama-sama kami anak2 perempuan abah.. Yelah, si hero dalam adik beradik kami hanya seorang saja..


(gambar hiasan)

6) Belajar menyayangi dan memberi keselesaan kepada makhluk selain manusia.. Iaitu kepada binatang..

~terima kasih ya Allah, atas nikmat seminggu ini~

~Wallahu'alam..~

Thursday, May 19, 2011



Renungan buat muda-mudi:

"Seorang lelaki yang baik, dia tidak akan membiarkan orang yang dicintai itu bersama-sama melakukan dosa". (begitulah sebaliknya)


~MANISNYA CINTA SELEPAS NIKAH~ (^^,)

Wednesday, May 18, 2011

BETULKAH..WAHAI WANITA??


Assalamu'alaikum w.b.t.. Moga-moga saat ini, tika ini, readers semua berada dalam keadaan hati yang sakinah (tenang), serta sentiasa dibawah rahmat Allah s.w.t.. Amin.. Insya Allah. Doakan saya juga ya! (^^,)

Dalam tangan sibuk meng'klik' apa saja bahan yang boleh dibaca, saya terjumpa satu artikel yang sangat menarik di page adik beradik saya yang mukanya tak seiras. (^^,) Alang, syukran sudi share. =) Menarik. Tintanya agak panjang, tapi bacalah sampai habis ya! Terutamanya kamu wahai gadis dan wanita..(^^,) Mungkin ada yang sudah membacanya, mungkin juga ada yang belum mebacanya.. Coretannya begini...


siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan? lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?

sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan? hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?


Subhanallah, syukurnya saya diciptakan sebagai seorang perempuan.. Macam-macam kelebihan buat kita. Paling best, hadith yang diatas tu, masuklah kamu mana2 pintu syurga yang kamu suka.. Allahu akbar.. Syurga tu.. Siapa yang tak nak? Allah dan tunjukkan cara. Cuma tunggu nak ikut saja 4 syarat tu.. Insya Allah, moga kita kecapi title "perhiasan dunia" itu. Jaga diri, jaga akhlak, jaga amal, jaga semuanya.. Andai ada yang tak kena pada diri ini, mohon sahabat-sahabat, tegur-tegurlah saya.. =)


1 pesanan buat diri saya, dan kita semua..

Wahai khazinatul asrar, padamu ada asrar yang menjadi idaman mujahid. Tersingkap asrar padamu dimuqadimahkan secebis ma'rifat. Ma'rifat hasil cahaya dari Allah.. Selami maksud hidup kepadaNya.. KeranaNya.. DenganNya.. Jagalah humaira diwajahmu. Jagalah nur shuhudiah di qalbumu. Jagalah akhlak nubuwwah pada perilakumu.. Moga-moga gelaran 'wanita solehah' menjadi milikmu..

~Wallahu'alam~ =)

Monday, May 16, 2011

SAYA DAN ENCIK IMAN


Iman : Assalamualaikum, bos.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti kah?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap macam tu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak tak da..

Iman : Takdalah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil Internet, SMS dan TV.. Jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak juga duit saya habis... entah laa...

Iman : Itu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. Kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..

Diri : Ah, gembira apanya.. Berterabur kerja kat pejabat tu! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya..

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. Bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami..

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...

Diri : Ehh, jangan.. Bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. Mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. Kami minta diri dulu.. Tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..

Diri : Jangan pergi.. Saya sanggup pecat Encik Dosa.. Dan ahli jawatankuasanya; Internet, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan berganda-ganda tahun ini dan seterusnya..

Diri : Terima kasih Encik Iman.

~Wallahu'alam~

SELAMAT HARI GURU



Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik. Khususnya buat guru-guru di :

1) Tadika Kemas di Lumut, Perak.

2) Tadika Perpaduan di Lenggong, Perak.

3) Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah.

4) Maktab Mahmud Bandar baharu.

Disini, saya mula belajar erti kehidupan.. Banyak jatuh bangun saya disini.. Bumi ma'had yang luar biasa bagi saya. Seawal form 1, saya diajar supaya tahu menjaga ikhtilat antara putera dan puteri. Hampir setiap minggu diadakan perjumpaan supaya virus couple tak melekat dibumi ma'had ini. Bertuahnya saya mempunyai guru-guru yang 'sporting' saya kira. Mudah dibuat kawan, berkongsi masalah, makan sekali dan bagai lagi.. Nak bercerita tentang guru-guru ma'had ni, tak terungkap saya.. Nah, lihatlah sahabat-sahabat, memori guru-guru kita. Kinah ambil koleksi ni dari sahabat kita juga. :)


(Guru-Guru MMBB 2007)

Terima kasih cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, teacher dan semuanya.. Kalian banyak mentarbiyah saya.. Rindu kelas bersama kalian..



















5) Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'arifil Wataniah

6) Center For Foundation Studies IIUM Nilai.

Jasamu akan ku kenang sampai bila2.. Tuah ilmu yang diberikan oleh guru, saya makin mengenal apa itu ilmu.. Dan doakan saya moga menjadi insan yang faqih dalam agama..

~Wallahu'alam~

Saturday, May 14, 2011

SAAT RINDU ITU HADIR...



wahai seorang kekasih
telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan
menagis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira
syafaatmu menanti disana
sungguh tabahnya hatimu
menanggung derita yang melanda
biarpun perit pedih tersiksa
kerana ummat kau tempuhi jua
wahai rasul kaulah segalanya
contoh terbaik ummat akhir zaman
akhalkmu tinggi kan kami jejaki
sifatmu sempurna pelengkap peribadi
wahai rasul kami merindui
sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumanmu penawar hiba
dihati kami kaulah segalanya

Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda :

"Orang pertama yang dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat adalah Muhammad s.a.w. Jibril a.s akan datang kepadanya dengan membawa seekor Buraq. Israfil datang bersama bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.."

Israfil bersuara :

"Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik."

Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar.. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w.. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri. Tiada lagi bangunan.. Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air mata ke pipinya..

Baginda s.a.w bersabda :

"Wahai Jibril! Gembirakanlah aku.!"

Jibril a.s berkata :

"Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?"

Baginda s.a.w bersabda :

"Bukan itu seperti itu pertanyaanku."

Jibril a.s berkata :

"Apakah kamu tidak melihat panjikepujian yang terpacak di atasmu?"

Baginda s.a.w bersabda :

"Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan ummatku.. Dimana perjanjian mereka? Nescaya akan kuatlah pertolongan hari ini. Aku akan mensyafaatkan ummatku."

Jibril a.s menyeru :

"Wahai sekelian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah ta'ala."

Ummat-ummat datang dalam keadaan satu-satu kumpulan.. Setiap kali Nabi berjumpa dengan satu ummat, baginda akan bertanya :

"Dimana ummatku?"

Jibril a.s berkata :

"Wahai Muhammad! Ummatmu adalah ummat yang terakhir."

Apabila datang Nabi Isa a.s , Jibril a.s menyeru :

"Tempatmu!"

Maka Nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis.

Nabi Muhammad s.a.w berkata :

"Mengapakah akmu berdua menangis?"

Jibril a.s bertanya :

"Bagaimana dengan ummatmu Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya :

"Dimana ummatku?"

Jibril a.s berkata :

"Mereka semua telah datang. Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.."

Apabila mendengar cerita sedemikian, Rasulullah menangis dan bertanya :

"Wahai Jibril, bagaimana keadaan ummatku yang telah berbuat dosa?"

Jibril a.s berkata :

"Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w."

Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan ummatnya yang berdosa. Mereka menangis sambil memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru :

"Wahai Muhammad..!"

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"Wahai ummatku.."

Mereka berkumpul disisinya.. Umatnya menangis-nangis.

Allah ta'ala berfirman di dalam Dia mengetahui sesuatu yang tersembunyi..

"Dimana ummat Muhammad s.a.w?"

Jibril a.s berkata :

"Mereka adalah sebaik-baik ummat."

Allah ta'ala berfirman :

"Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihku Muhammad s.a.w bahawa ummatnya akan datang untuk ditayangkan dihadapanKu."

Jibril a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata :

"Wahai Muhammad, ummatmu telah datang untuk ditayangkan diahdapan Allah ta'ala."

Nabi Muhammad s.a.w berpaling ke arah ummatnya lalu berkata :

"Sesungguhnya kamu dipanggil untuk dihadapkan dihadapan Allah ta'ala."

Allah ta'ala berfirman :

"Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa di atas apa yang telah mereka usahakan. Dan hari ini, aku akan memuliakan sesiapa yang menta'atiku. Dan aku akan mengazab bagi sesiapa yang menderhaka terhadapku."

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w menyeru :

"Tuhanku... Penguasaku, penghuluku..! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk ummatku dariMu..!"

Ketika itu juga, neraka Jahannam menyeru :

"Siapakah yang memberi syafaat kepada ummatnya?"

Neraka-neraka pula berseru :

"Wahai tuhanku..! Penguasaku dan penghuluku! Selamatkanlah Muhammad s.a.w dan ummatnya dari siksaanya.. Selamatkanlah mereka daripada kepanasanku, bara apiku, penyiksaanku dan azabku. Sesungguhnya mereka adalah ummat yang lemah..Mereka tidak akan sabar dengan penyiksaan.."

Nabi s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah kering dari membasahi pipi.. Dan sekali lagi baginda s.a.w rukuk untuk meberi syafaat bagi ummatnya.. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.. Mereka berkata :

"Maha suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan oleh Allah ini begitu mengambil berat akan hal ummatnya.."

Fatimah r.a bertanya :

"Dimanakah aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti wahai ayahku?"

Baginda s.a.w menjawab :

"Kamu akan memnjumpaiku di sebuah telaga, ketika itu aku sedang meminumkan ummatku.."

Tatkala ummat Nabi Muhammad s.a.w sedang mencari mimbar nabi Muhammad, untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat. Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat ummat Nabi Muhammad s.a.w dia berkata :

"Ini ummat Nabi Muhammad. Mereka telah sesat dari Nabi mereka."

Suara Mariam telah didengari oleh Rasulullah. Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad :

"Ini ummatmu wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk mendapatkan syafaat kepada Allah ta'ala.."

Nabi Muhammad s.a.w menjerit di atas mimbar lalu bersabda :

"Marilah kepadaku, wahai ummatku! Wahai sesiapa yang beriman kepadaku dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari daripada kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah ta'ala untukmu!"

Ummat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul disisinya.. Ketika dititian sirat, Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada malaikat Malik :

"Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah s.e.t ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari ummatku sehingga mereka dapat melepasi. Jika tidak, hati mereka akan gentar apabila melihatmu."

Setiap kali baginda s.a.w melihat seorang dari ummatnya bergayut dititian sirat, baginda s.a.w akan mnarik tangannya dan membangunkannya semula..

Nabi Muhammad s.a.w berkata :

"Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!"


Subhanallah.. Hebatnya cinta rasulullah buat kita ummatnya.. Ya Rasul, aku masih menantimu untuk hadir disetiap lenaku.. Masih terus menunggu dan menanti..

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome