Wednesday, September 14, 2011

PENYAKIT ORANG BAIK.

Ada satu jenis penyakit, yang hanya dihinggapi oleh orang baik. Orang jahat tidak dapat penyakit ini, kerana penyakit ini hanya untuk si pelaku baik. Penyakit ini amat bahaya, malah menyebabkan hati rosak dan sukar diubati.

Penyakit apakah itu? Hadis ini menerangkan mengenai penyakit untuk orang baik.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seorang yang mati syahid.

Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.

Allah bertanya :

“Apakah yang engkau telah lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”

Orang itu menjawab : “Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh.”

Allah berfirman : “Engkau berdusta! Kerana engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani!”

Dan sememangnya orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang ini dihadirkan, lalu disebut kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya : “Apakah yang engkau telah lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”

Dia menjawab : “Aku mempelajari ilmu, lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran.”

Allah berfirman : “Engkau berdusta! Kerana engkau belajar agar disebut alim, dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz).”

Dan sememangnya orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang ini dihadirkan dan disebut-sebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya : “Apakah yang engkau telah lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”

Dia menjawab : “Aku membelanjakannya di tempat-tempat engkau kehendaki.”

Allah berfirman : “Engkau berdusta! Kerana engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan.”

Dan sememangnya orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Demikianlah penyakit orang baik, yang orang jahat tidak lakukannya, yakni MEMBANGGAKAN apa jua amal kebaikan yang dilakukan. Dia ingin dikenali, mashyur atas tiket kebaikan yang dilakukan. Inilah yang dipanggil RIAK.

Ali bin Abi Talib pernah berkata : Tanda riak itu 3 perkara,

1- Malas beramal jika sendirian,

2- Rajin beramal jika dalam ramai,

3- Menambah amalan jika dipuji, dan menguranginya bila dicela.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Dastuti : “Seorang hamba tidak patut berbangga dengan ilmu, harta dan jabatan yang dimilikinya sebelum ia selamat melintasi titian sirat. Apa gunanya pujian jika ia tetap terjatuh ke dalam neraka pada hari kiamat nanti?”

Pujian itu adalah ujian, dan nikmat yang bersyukur kepadaNya.

Bangga dengan HARTA, tak boleh dibawa MATI.
Bangga dengan AMAL, RIAK menguasai DIRI.
Bangga dengan KECANTIKAN diri, ia tak kekal dan akan tua nanti.
Bangga dengan KEJAHATAN, azab sedang menanti pasti.
Bersyukurlah pada ILAHI, sesuatu perkara yang kita tak akan RUGI.

Demikianlah SYUKUR, penghapus segala rasa BONGKAK DIRI..
Berhati-hatilah penyakit ini, yang hanya pada orang BAIK HATI..
Wallahualam..

Sunday, August 7, 2011

PERISTIWA DI BULAN RAMADHAN



Assalamu'alaikum w.b.t.. Masih tidak terlambat saya kira untuk mengucapkan happy ramadhan buat semua. Ramadhan kareem, Allahu akram. :) Selamat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan jayanya.. :) Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, tak sangka sudah hari ke-8 kita berpuasa. Pantasnya masa berlalu tidak terasa. Bulan ramadhan, atau bulan puasa, apa yang terlintas diruang fikiran kita? Bulan pesta makanan atau bulan ditarbiyah? Saya pasti kalian semestinya menjawab bulan ditarbiyah atau erti kata lain bulan kita semua umat islam dilatih untuk lebih beribadat kepada Allah s.w.t. :)

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya :


BULAN DITURUNKAN KITAB SUCI AL-QURAN.

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.

Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.


PERISTIWA BADAR.

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan.

Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

( Surah Ali-Imran : 123)


ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH.

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.

Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apabila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya.


PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelusuk Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.

Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. Namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.

Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.


ISLAM SAMPAI KE YAMAN.

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA.

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.

Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.


PENYERAHAN BANDAR TAIF.

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.


PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL).

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.

Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH ( PORTUGAL ).

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.


TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL.

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.


PEPERANGAN YAKHLIZ.

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.


TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL.

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.

Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.

Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.

Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Alhamdulillah, itulah antara peristiwa yang pernah berlaku di dalam bulan ramadhan. Bersama-samalah kita mengimbau sejarah. Moga ianya bermanfaat buat semua..


~Wallahu'alam~

Saturday, July 30, 2011

PELANGI UKHWAH BERSAMA NISA' MIRI

Assalamu'alaikum w.b.t.. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus menaip dilaman sesawang yang dah semakin nak bersawang ini. Terima kasih buat yang sudi berkunjung disini..=)

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, minggu sudah saya sehari bersama akak-akak, ibu-ibu, makcik-makcik jemaah Pas Miri. Atau dari kata lain, Nisa' Miri. Terasa seperti sebuah keluarga apabila diri saya bersama mereka. Inilah perbezaannya apabila kita hidup dibawah satu aqidah dan fikrah. Manisnya ukhwah, hanya yang mengetahui dapat merasai.

Alhamdulillah, ada seperkara yang saya belajar bersama mereka disana. Dan saya ingin kongsikan bersama sahabat-sahabat semua.

KEROPOK LEKOR.

Ya, saya belajar cara-cara membuat keropok lekor. Buat sahabat-sahabat saya yang berasal daripada kelantan dan terengganu tu, kalau ada yang terkurang, bagitahu ye.^^ Saya pun baru belajar ni, dan mahu ingatkan kembali cara-cara membuatnya.^^

Antara bahan-bahan yang diperlukan :


1) Ikan.

2) Tepung gandum.

3) Tepung ubi.

4) Bicarbonate of soda.

5) Garam halus.

6) Gula.

7) Ais batu.

8) Minyak.

9) Mesin pengisar ikan. (Untuk keropok lekor punya)

10) Ajinomoto.



Ok, jom kita sama-sama tengok, cara seterusnya.^^,







1) Kita kisar ikan sehingga hancur. (seperti gambar di atas)


2) Letakkan ikan yang telah dikisar bersama tepung ubi. (seperti gambar di atas)

3) Letakkan sedikit bicarbonate of soda.

4) Campurkan ajinomoto. (tapi kalau keropok untuk saya, saya tak masukkan kot)


5) Masukkan ais ketul tadi sambil meneruskan adunan. (seperti di atas)






6) Gaulkan adunan sehingga lembut. (seperti gambar di atas)


7) Kemudian, ambil setengah kepal tepung yang telah diadun tadi, ulikan tepung bersama tepung gandum. (seperti gambar di atas)







8) Jadikannya berbentuk panjang. (seperti gambar di atas)



9) Rebuskan keropok yang sudah siap dibentuk tadi.



10) Selesai rebus, campurkan keropok tadi dengan sedikit minyak.



12) Dan yang terakhir, potong mengikut bentuk yang disukai, kemudian, goreng dan makan..

Sekadar perkongsian bersama..=)

~wallahu'alam~ ^^

Saturday, July 23, 2011

OH MUSLIMAH...

Kali ini bukan karya berbentuk coretan yang ingin saya kongsikan. Hati teruja saat diri menjengah ke laman maya sahabat saya, AZAHRA. Ada satu dendangan merdu buat telinga ini saat mata tertumpu disana. Timbul rasa hati ingin berkongsi buat kalian semua, sebuah lagu buat MUSLIMAH.. Sebelum tu, anda kena stopkan dulu halwa telinga di blog saya ini.. Nampak dimana tempat untuk stopkan alunan di blog saya? Ya, yang atas sekali sebelah kanan tu. Baiklah, dengarkan yer. :)



Oh muslimah..
Allah cinta kepadamu..
Rasulullah kasih kepadamu..

Oh muslimah..
Berbahagialah..
Kau telah dilahirkannya dengan mulia..

Subhanallah..
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu..
Rendah hati..

Oh muslimah..
Busanamu menutup rapi..
Auratmu kau lindungi dengan indahnya..

Oh muslimah..
Kau rajin mengaji..
Islam kau jadikan ikutan sejati..

Subhanallah..
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu..
Rendah hati..

Oh muslimah..
Memandangmu menyejuk hati..
Menundukkan nafsu hati yang goyah..
Keayuan wanita solehah..
Indah peribadi tulus hatinya..

Oh muslimah..
Kecantikan yang sebenar..
Pada tutur kata penuh berhikmah..
Mempertahan kehormatan dirimu..
Dengan pakaian mentaati Allah..

Oh muslimah..
Kau masuk ke syurga..
Solat lima waktu dan berpuasa..
Menundukkan pandangan matamu..
Mentaati suami yang tercinta..

Oh muslimah..
Kau rajin mengaji..
Islam kau jadikan..
Ikutan sejati..

Selamat mendengar dan menghayati.. :)

SUKANEKA PASTI HILTOP & PUJUT, MIRI.






(Skuad PASTI) ^^,






























Thursday, July 21, 2011

NIAN HATI SALSABILA

Assalamu'alaikum w.b.t buat sidang readers yang sentiasa berada di bawah rahmat Allah s.w.t. Kaifa haalukum jami'an?? Harapnya kalian semua sentiasa sihat jasmani dan rohani. Insya Allah, ameen..

Tiada tujuan lain sebenarnya untuk post kali ini, tak lain dan tak bukan saya nak promote sebuah buku yang sangat menarik jalan ceritanya.

NIAN HATI SALSABILA....

(kulit hadapan)

(kulit di belakang)

Sebuah novel islamik yang tidak kurang juga luar biasa hebatnya bagi saya. Hasil karya seorang syabab yang berpengaruh, Ustaz Zahirudin Zabidi. Jom kita tengok sikit sinopsis novel ini.. :)

Dari puncak yang sejuk nian, dia mula mengenal dan belajar mengenai kepentingan berkongsi. Dia terkesan dengan ungkapan murabbinya ini. "Dakwah itu bermaksud mengajak. Dalam al-quran ada menyebut supaya kita berdakwah atau mengajak manusia kembali pada ajaran Allah yang sebenar dengan cara berhikmah dan melarang mereka dengan penuh kebaikan. Jika berlaku pertembungan, uruskanlah dengan penuh toleransi."

Dari saat itulah gadis manis yang bernama Naurah Salsabila mula melebarkan sayapnya. Dia terus terjun ke dunia yang penuh suka duka, cabaran dan ujian hanya kerana rasa tanggungjawab untuk berkongsi dengan ummah. Lantas diteguhkan niatnya lillahi ta'ala, diteladaninya akan sunnah Rasulullah.

Bacalah sahabat2, sesuai untuk kita para syabab dan fatayat hari ini. Banyak isi-isi bermanfaat yang Ustaz Zahirudin kongsikan buat kita dalam buku sederhana kecil ini. Antaranya berkaitan ukhwah islamiyah bersama sahabat-sahabat sefikrah, semangat cintakan ilmu, tadhiyah (pengorbanan) dan bagai lagi. Nak tahu lebih lanjut, beli lah yer. Hanya RM17.00 di Semenanjung Malaysia dan RM19.00 di Sabah & Sarawak.

~Wallahu'alam~ :)

Saturday, July 9, 2011

6 JULAI, ABYADH, DAN PENGALAMAN.

Alhamdulillah,masih diberi nikmat iman dan islam serta nikmat kesihatan yang mampu membuatkan jari ini menaip disini lagi..Hamdan lillah.:)

6/7/2011

Merupakan hari tua saya.Hari hampirnya saya ke pintu ajal.Alhamdulillah, genap sudah 20 tahun menjalani kehidupan di bumi Allah ini. Entah seiring ataupun tidak amalan saya dengan umur kini. Moga2 segala amalan yang telah dan bakal dilakukan diterima oleh Allah s.w.t..Dan juga moga diampunkan segala dosa2 yang lalu..


Alhamdulillah,pada hari yang bermakna ini,abah dan mak menghadiahkan sebuah pertemuan yang tidak ternilai harganya. Pertemuan bersama siapakah? Ya,lihat di bawah ini.


(Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang)

Kami sekeluarga bersama-sama mengimarahkan sebuah majlis MAKAN MALAM bersama beberapa pimpinan PAS,PKR, dan DAP sempena pelancaran dana pilihanraya PAS Miri di ParkCity Everly Hotel,Miri.




Subhanallah, hebat sungguh tokoh ini. Serasa seperti dapat merasai sinergi yang ada pada tuan guru. Tangan yang sentiasa memainkan zikir membuatkan hati ini senantiasa rasa malu pada diri sendiri.

Buat abah & mak,terima kasih...(^^,)


7/7/2011

Lumrah kehidupan, kadang kala Allah kurniakan bahagia, kadang kala Allah berikan kesedihan. Seawal pagi saya tiba di Sekolah Rendah Kebangsaan Temenggong Dato' Muip. Saya menerima sms daripada mak.Katanya,"Salam kakak, abyadh dah mati.Kena gigit anjing. Sedih pula."

Arnab peliharaan kami sekeluarga dah tak ada. Sedihnya. Hati rasa cepat2 nak balik rumah. Bila terkenangkan mukanya yang gebu dan comel, aksi-aksinya yang mencuit hati, sebak rasanya. Kebiasaannya bila tiba waktu petang kami akan melihat telatah abyadh yang melucukan dan sedikit nakal. Sunyi pula rumah. Disini saya belajar menerima kehilangan. Dan yang paling penting, sekalipun ia haiwan, namun boleh dijadikan pengajaran buat kita semua, bahawa kematian atau ajal itu datangnya secara tiba-tiba..Tanpa kita mengetahuinya..

(Abyadh)


Sedihnya.. :(


Pengalaman Belajar dan Mengajar

Hampir 3 minggu saya menimba pengalaman menjadi seorang guru di sebuah sekolah rendah Temenggong Dato' Muip,Miri.Sekolahnya besar dan luas. Pelajarnya yang ramai dan berbilang etnik membuatkan mata ini sentiasa melihat pebagai kerenah dan gelagat anak-anak hari ini.:)

Hamdan lillah, dengan pengalaman ini, saya juga ditarbiyah. Saya dapat belajar bagaimana untuk meningkatkan kecerdasan emosi saya, spiritual, sosial, linguistik, fizikal and so on.

1) Emosi

Saya percaya, pasti ramai yang berpengalaman bersama kanak2 seusia 7-12 tahun. Dan apa yang akan saya perkatakan ini hanyalah pendapat saya. Mungkin kita mempunyai persepsi yang bebeza.:) Untuk membentuk kanak-kanak ini bukanlah sesuatu yang mudah. Hatta mahu membentuk diri sendiripun memerlukan mujahadah, apatah lagi untuk membentuk insan lain. Pertama kali diri ini menjejakkan kaki di perkarangan sekolah itu, hati kecil ini dup dap dup dap juga. Diri bermonolog sendiri, "ish, boleh ke ni?? Budak-budak disini tak sama macam di semenanjung." Namun saya cuba mengelola hati ini secara positif. Saya cuba meyakinkan diri. Kerana saya percaya, orang yang berjaya adalah orang yang mampu menguasai emosinya dengan baik. Seperti mana kisah ulama' terkemuka bernama Ibnu Hajar al-Qaslani. Pada mulanya beliau mengalami kekecewaan kerana beliau merasakan dirinya kurang yakin berbanding dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Beliau keluar dari sekolah dan pulang ke kampung halamannya. Namun, dengan pengelolaan emosinya yang baik, beliau bangkit semula, dan kembali ke sekolah serta belajar bersungguh-sungguh. Dan hasilnya, beliau menjadi seorang ulama' yang pintar dan dikenali. Kisah inilah yang mampu membuatkan diri saya kembali bersemangat.


2) Spiritual

Degilnya kanak-kanak itu perkara biasa. Sememangnya sifat degil ini sinonim dengan diri mereka. Pernah satu hari saya perlu menggantikan seorang guru yang tidak hadir. Maka masuklah saya ke kelas 2 PUTIH. Allahu akbar. Betul2 menguji kesabaran. Suara saya yang digunakan sehabis mungkin, tahap high volume, tenggelam dek kebisingan anak-anak ini. Sebelum saya ke kelas mereka, pesan seorang ustazah senior di sekolah tu,"Kak Na, hati-hati masuk kelas 2 PUTIH." Sambil melemparkan senyuman buat saya. Namun, kekerasan tidak perlu dibalas dengan kekerasan. Kekerasan perlu dilunakkan dengan kelembutan.. Kuncinya adalah sabar. Disini spiritual saya terdidik.

"Wahai orang-orang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"

(Al-Baqarah :153)


3) Sosial

Saya sebenarnya seorang yang dup dap dup dap juga bila berhadapan dengan orang ramai. Tapi pengalaman ini, alhamdulillah sedikit sebanyak melatih saya. Melatih bagaimana untuk berhadapan dengan masyarakat yang ramai. Berhadapan dengan insan yang seusia 60 an dan ke bawah di tempat yang sedikit asing berbanding di semenanjung. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk belajar dan mengajar bersama-sama mereka. Disini, aliran ukhwah dan mahabbah tercipta. :) Tidak kira kamu melayu Islam, bidayuh, kenyah, melanau,iban dan bagai lagi.

"Menjaga cinta dan kasih sayang, berwajah ceria serta senyuman ramah adalah buktinya nyata adanya cinta dan kasih sayang dihati. Senyuman yang tulus itu ternyata dapat melembutkan hati juga"

(Imam Nawawi)


4) Linguistik

Saya mesti belajar bahasa sarawak. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau, mengaum. Selain tu, saya juga mesti belajar bagaimana untuk menghidupkan hati anak-anak murid saya dengan kata-kata saya. Adakalanya anak-anak murid ini, tiba anginnya tak baik, bergaduh mulut, bergusti versi kanak-kanak di dalam kelas dan bagai lagi. Macam-macam. Jika diikutkan emosi madzmumah, mahu juga menggunakan cara yang kasar. Tapi, saya perlu belajar menggunakan bahasa yang baik untuk memujuk mereka. Dan juga saya mesti tahu bahawa mereka lebih cenderung kepada visual, auditori atau kinestetik.


5) Fizikal

Perlu menjaga imej diri seperti terjemahan hadis ini.

Nabi Muhammad s.a.w berkata : "Tidak masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun sebesar atom." Seorang lelaki berkata : "Sesungguhnya orang itu suka berpakaian yang bagus dan kasut yang menarik pula." Nabi Muhammad berkata lagi, "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesama manusia."

Sekadar perkongsian bersama..(^_^)

~Wallahu'alam~

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome