Tuesday, October 19, 2010

BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama, dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca BISMILLAH setiap kali hendak bercakap, dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan BISMILLAH. Suaminya tidak suka dengan sikap itu dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suatu hari,suaminya berkata sambil mengejek. "Asyik bismillah, bismillah. Sekejap kejap bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa,sebaliknya ia berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suaminya berkata
: "Suatu hari nanti, akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu".

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan kepada isterinya wang yang banyak sambil berkata : "Simpan duit ini". Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya di tempat yang selamat, disamping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata: "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan".

Kemudian isterinya pergi ke tempat ia simpan duit itu dan diikuti oleh suaminya,dengan berhati-hati ia menghampiri tempat ia menyimpan duit itu dan dia membuka dengan membaca "BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM". Ketika itu Allah s.w.t menghantar malaikat Jibril a.s untuk mengembalikan beg duit bersama isinya ke tempat asal itu. Lalu perempuan itu mengambil beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya,ia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga si suami bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Jadi,konklusi yang kita boleh buat disini,apabila kita hemdak memulakan sesuatu pekerjaan,mulakanlah dengan bismillah.Memang begitulah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada kita.Mudah-mudahan segala amal yang kita buat mendapat berkat dari Allah .s.w.t.Tak rugi kita memulakan sesuatu pekerjaan dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang. Allah akan menyayangi kita apabila kita sentiasa mengingatinya. Segala usaha kita insha Allah akan mendapat keberkatanNya..

Wallahua'alam...

1 comment:

نور عين said...

bismillahirrahmanirrahim..
dah penah dgr.. bes.. leh dijadikan pengajaran utk kanak mudah ikut...

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome