Wednesday, June 22, 2011

ADAKALA...

Adakalanya bicara hati tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Hanya perasaan memain rasa. Tapi kadangkala akal tetap waras bertahan, agar hati tidak terlalu tunduk kepada perasaan. Namun hakikatnya, perasaanlah yang menjadikan kita makhluk yang punya rasa kasih sesama hamba.. Terpenting, kasih, cinta pada al-khaliq yang maha kuasa..

Mudahnya kita bicara soal ukhwah, tapi hakikatnya sukar sekali menemui wehdatul qalb. Bersangka baik tatkala membenci. Memaafkan tatkala disakiti. Mengasihi tatkala disisih. Mengingati tika dilupai..

Ya Allah, jadikan hati ini hati yang lembut dan terbuka untuk berubah kepada kebaikan dan kurniakan sahabat yang mampu tertawa dan menangis bersama..

Amin~

Ya nafsi, ketauhilah...
Tiada apa yang Allah jadikan untuk sekadar sia-sia. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Apa yang datang bukan dari jangkaan manusia, tetapi daripada Allah khas buat hambanya yang terpilih..

Sunday, June 12, 2011

TINTA SAHABAT UNTUK SAHABAT..

Pesanan daripada sahabat saya buah hati saya,,


Hal terindah daripada WANITA adalah bukan ketika ia tersenyum kerana bahagia, tapi ketika butiran air matanya terjatuh dalam doa..


Bukan kerana kata-katanya yang indah, tapi ketika ia diam dalam dzikir..


Bukan kerana kecantikannya yang mempesona, tapi kerana sujud & ruku'nya yang tidak terhenti..


Bukan kerana keelokan tubuh yang ia pamerkan, tapi kerana keteguhannya dalam menjaga auratnya..


Maka ia adalah permata yang dirindu & embun yang dinanti, bahkan bidadari syurga pun cemburu padanya..

Terima kasih sahabat, INTAN NABIHAH,, atas pesanan yang amat bermakna ini..

Wednesday, June 8, 2011

RAJA REFORMASI


Abul 'ala Al-Maududi dilahirkan pada 25 September 1903 di Haiderabad, Dakka, India, beliau disifatkan sebagai gergasi intelek abad 20, wali dan sekali gus simbol kebangkitan Islam zaman ini. Pada usia 65 tahun, tenaga dan kecergasannya seperti orang muda.

Risalah keyakinan serta keimanannya bahawa pertolongan Allah pasti datang menyebabkan dia dikasihi oleh umat Islam yang berasa istimewa dan terhormat apabila berkecimpung dalam gerakan yang ditaja, diberi semangat dan dipimpin oleh beliau.

Cemuhlah dia, jika anda mahu. Campakkan dia ke dalam penjara. Buatkan tali gantung untuknya. Dia tetap menguasai hatinya. Tiada jalan keluar daripadanya. Anda boleh menyakiti tubuhnya tetapi anda tidak boleh melemahkan hati yang ditakluknya. Dia adalah raja yang tidak dimahkotakan bagi ummah abad ini.

Abul a'la Al-Maududi pernah berkata,

"Saya berpendapat, sekiranya saya diizinkan Allah S.W.T untuk mendapatkan satu kawasan seluas sebatu persegi untuk manusia mengabdikan diri kepada Allah semata-mata, pada pandangan saya, sebutir pasir di bumi kecil itu lebih bernilai daripada benua ini."

Negara Islam yang bebas dan merdeka adalah sebahagian daripada keimanan mereka dalam Islam dan ideologinya. Dan beliau dijatuhi hukuman mati kerana menulis makalah "The Qadiani Problem". Setelah hukuman dijatuhi, dia ditawarkan memohon rayuan. Inilah jawapannya:

"Saya lebih rela mengorbankan nyawa saya daripada memohon simpati daripada penzalim. Jika Allah S.W.Tnmenghendaki perkara ini berlaku, saya menerimanya dengan senang hati. Tetapi jika hal itu bukan dengan kehendak-Nya, tidak kira apa yang mereka rancangkan, mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepada saya."

Semasa dia sedang menyampaikan ucapan dasarnya, tembakan pistol telah dilepaskan tetapi tidak mengenai dirinya. Ada seorang memintanya berlindung dengan merebahkan diri di lantai. Abul 'ala Al-Maududi menjawab:

"Jika saya duduk, siapakah yang akan berdiri?"

Sumber: Misbahul Islam Faruqi, "Memperkenalkan Maududi" dalam Islam Masa Kini, terjemahan Mustafa Ramadan. Kuala Lumpur: A. S. Noordin, 1401H.

Moga bermanfaat buat semua.

~Wallahu'alam~
 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome