Wednesday, June 8, 2011

RAJA REFORMASI


Abul 'ala Al-Maududi dilahirkan pada 25 September 1903 di Haiderabad, Dakka, India, beliau disifatkan sebagai gergasi intelek abad 20, wali dan sekali gus simbol kebangkitan Islam zaman ini. Pada usia 65 tahun, tenaga dan kecergasannya seperti orang muda.

Risalah keyakinan serta keimanannya bahawa pertolongan Allah pasti datang menyebabkan dia dikasihi oleh umat Islam yang berasa istimewa dan terhormat apabila berkecimpung dalam gerakan yang ditaja, diberi semangat dan dipimpin oleh beliau.

Cemuhlah dia, jika anda mahu. Campakkan dia ke dalam penjara. Buatkan tali gantung untuknya. Dia tetap menguasai hatinya. Tiada jalan keluar daripadanya. Anda boleh menyakiti tubuhnya tetapi anda tidak boleh melemahkan hati yang ditakluknya. Dia adalah raja yang tidak dimahkotakan bagi ummah abad ini.

Abul a'la Al-Maududi pernah berkata,

"Saya berpendapat, sekiranya saya diizinkan Allah S.W.T untuk mendapatkan satu kawasan seluas sebatu persegi untuk manusia mengabdikan diri kepada Allah semata-mata, pada pandangan saya, sebutir pasir di bumi kecil itu lebih bernilai daripada benua ini."

Negara Islam yang bebas dan merdeka adalah sebahagian daripada keimanan mereka dalam Islam dan ideologinya. Dan beliau dijatuhi hukuman mati kerana menulis makalah "The Qadiani Problem". Setelah hukuman dijatuhi, dia ditawarkan memohon rayuan. Inilah jawapannya:

"Saya lebih rela mengorbankan nyawa saya daripada memohon simpati daripada penzalim. Jika Allah S.W.Tnmenghendaki perkara ini berlaku, saya menerimanya dengan senang hati. Tetapi jika hal itu bukan dengan kehendak-Nya, tidak kira apa yang mereka rancangkan, mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepada saya."

Semasa dia sedang menyampaikan ucapan dasarnya, tembakan pistol telah dilepaskan tetapi tidak mengenai dirinya. Ada seorang memintanya berlindung dengan merebahkan diri di lantai. Abul 'ala Al-Maududi menjawab:

"Jika saya duduk, siapakah yang akan berdiri?"

Sumber: Misbahul Islam Faruqi, "Memperkenalkan Maududi" dalam Islam Masa Kini, terjemahan Mustafa Ramadan. Kuala Lumpur: A. S. Noordin, 1401H.

Moga bermanfaat buat semua.

~Wallahu'alam~

No comments:

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome