Monday, May 30, 2011

PRINSIP2 NEGARA ISLAM

Negara Islam ditegakkan di atas empat prinsip yang penting,

1) Prinsip syura

2) Prinsip keadilan

3) Kebebasan

4) Persamaan


*********************************************

1) Prinsip syura ( Consultation )


Asas kepada prinsip syura ini ialah firman Allah s.w.t :

وَشاَوٍرهم في الأمر

Maksudnya : "Bermesyuaratlah dengan mereka dalam satu-satu urusan".

(Surah Ali 'Imran : 159)

dan firmanNya :

وأمرهم شورى بينهم

Maksudnya : "Dan urusan merka hendaklah bermesyuarat di antara mereka".

(Surah Al-Syura : 38)

Ayat2 ini memerintahkan supaya bermesyuarat dalam perkara yang melibatkan urusan umat Islam. Rasulullah s.a.w mengamalkan prinsip, Baginda bermesyuarat dengan sahabat2nya dalam urusan2 kepentingan umat dan negara seperti dalam peristiwa peperangan Badar dan Uhud. Demikian juga amalan para sahabat, Abu Bakar As-Siddiq bermesyuarat untuk mengambil tindakan ke atas orang2 murtad. Umar Al Khattab bermesyuarat untuk meyelesaikan masalah tanah rampasan perang. Mereka juga bermesyuarat untuk mengambil keputusan mengumpul, menyalin dan menyusun Al-Quran. Jelaslah bahawa amalan prinsip syura ini adalah lumrah dalam kepimpinan Islam pada segenap peringkat.

2) Prinsip keadilan ( Justice )


Keadilan yang dimaksudkan disini ialah keadilan mutlak yang digariskan oleh Islam yang mengatasi segala kepentingan peribadi, keluarga, kelompok dan sebagainya.. Sekalipun terhadap musuh dan terhadap golongan bukan muslim. Allah s.w.t berfirman :

وإذا قلتم فاعدلوا ولو كان ذا قربى وبعهد الله إوفوا ذلكم وصاكم به لعلكم تذكرون

Maksudnya : "Apabila kamu memberi saksi hendaklah dengan adil sekalipun hal itu mngenai keluarga. Janji tuhan hendaklah kamu patuhi. Itulah yang dipertingkatkan kepada kamu, mudah-mudahan kamu ingat".

(Surah Al-An'am : 152)

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.w.t bersabda :

من آذى ذميا فأنا خصمه يوم القيامة

Maksudnya : "Siapa yang menyakiti dzimmi, akulah musuhnya dihari kiamat".

Maka prinsip keadilan ini menjadi asas dalam amalan pemerintahan Islam yang melibatkan seluruh golongan dalam masyarakat.

3) Kebebasan ( Freedom )


Prinsip kebebasan juga menjadi asas dalam pemerintahan Islam. Kebebasan itu diberikan kepada rakyat yang tunduk di bawah pemerintahan Islam sama ada ia muslim ataupun tidak. Oleh sebab manusia diberi hak kebebasab memilih, maka setiap individu menikmati hak ini. Islam memberi kebebasan beragama, kebebasan dalam memiliki harta dan kebebasan bergerak dan berpindah.

Kebebebasan bersuara dan memebri pandangan hendaklah dalam ruang yang tidak mencabuli kepentingan undang2 syara' dan ketenteraman kehidupan masyarakat yang menjadi asas kepada undang2 negara. Kebebasan suara yang tidak terkawal akan menjeaskan autoriti dan masyarakat Islam. Kebebasan itu adalah terikat dengan falsafah negara, sistem politik dan perundngannya. Lantaran itu, mereka yang murtad dalam negara Islam dianggap pengkhianat (traitor).

Kebebasan Syakhsiah

Kebebasan ini bermaksud Islam memberi hak kepada setiap individu untuk melakukan apa sahaj untuk kemaslahatan dirinya, seperti memelihara keselamatn diri, harta dan maruah denga syarat tindakannya itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Ini termasuklah kebebasan diri, kebebasan tempat tinggal, kebebasan pemilikan, kebebasan kepercayaan, kebebasan berfikir dan kebebasan belajar.. Maka untuk menjamin hak2 ini, Islam mengiktiraf dan memeliharanya dan merupakan hak yang sayugia diberikan oleh pemerintah kepada rakyatnya sama ada Islam atau ahli dzimmah.

Kebebasan Peribadi

Islam mengiktiraf hak2 ini dan memelihara setiap hak individu daripada dicerobohi oleh orang lain dengan menentukan batas2 halal dan haram, perintah dan larangan yang berkaitan dengan memelihara keperibadian setiap individu seperti diharamkan membuat tuduhan palsu, membunuh dan sebagainya dengan ditentukan hukuman yang setimpal. Ada hukuman yang yang telah ditentukan oleh syara' dan ada yang diserahkan kepada pemimpin untuk menentukan bentuk hukuman yang sesuai yang dinamakan "ta'zir". Setiap jenayah merupakan pelanggaran terhadap batasan Allah dan hukumannya juga tsabit dengan ketentuan syara'.

Begitu juga Islam memerintahkan agar hukuman dijatuhkan menurut kadar jenayah yang dilakukan. Dalam perkara ini Islam menentukan batas2 kebebasan manusia dengan mengharamkan berzina, meminum arak, menuduh seseorang berzina, saksi palsu dan sebagainya. Kesemua kesalahan ini telah ditentukan hukumannya dan semua rakyat termsuk ahli dzimmah tertakluk kepada hukum2 Islam yang berkaitan dengan perkara ini kecuali kesalahan meminum arak.

4) Persamaan ( Equality )


Prinsip persamaan bermaksud, bahawa setiap kaum adalah sama sebagai rakyat di antara satu sama lain dari segi hak, kebebasan dan tanggungjawab dihadapan undang2. Islam melaksanakan prinsip ini secara umum dalam kehidupan rakyat negara Islam tetapi terdapat perbezaan dalam beberapa perkara di antara rakyat yang mendokong negara dan rakyat yang tidak mendokong ideologi negara tetapi patuh kepada pemimpin negara.

Prinsip persamaan ini diterima oleh Islam dalam konteks penyelarasan dalam perhubungan manusia secara umum. Allah s.w.t berfirman :

Maksudnya : "Hai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu dari golongan lelaki dan perempuan. Kami jadikan kamu dari berbagai bangsa dan suku kaum, supaya kamu kenalan, sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu disisi Tuhan ialah bertaqwa."

(Surah Al-Hujurat : 13)

Manusia tidak ada bezanya diantara satu dengan yang lain di sisi Allah dari segi keturunan, warna kulit, bahasa dan kebudayaan, namun perbezaan itu terletak pada ketaqwaannya.

Rasulullah s.a.w bersabda :

لا فضل لعربي على عجمي , و لا لعجمي على عربي , ولا لأبيض على أسود , ولا لأسود على أبيض : إلا بالتقوى, الناس من آدم, وأدم من تراب

Maksudnya : "Tiada kelebihan bagi seseorang arab atas seorang bukan Arab, seorang bukan arab atas seorang arab, seseorang berkulit putih atas seseorang berkulit hitam dan seseorang berkulit hitam atas seseorang berkulit putih, kecuali denga taqwa. Manusia itu daripada Adam dan Adam diciptakan daripada tanah.."

*perkongsian bersama, sumber daripada buku FIQH Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia*

~Wallahu'alam~

1 comment:

abu idris said...

Ar Rayah World News
Ciri-Ciri Negara Islam Yang Praktis
http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/06/ciri-ciri-negara-islam-yang-praktis.html

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome