Thursday, May 5, 2011

DI SUATU HARI...



Ceritanya bermula begini...

Satu hari, Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan dan terjumpa dengan seorang budak kecil yang mana dia memakai kasut terompah kayu. Kaki budak itu kecil tetapi kasut terompahnya itu besar, lalu berkata Imam Abu Hanifah, "Baik-baik berjalan wahai anak, nanti takut-takut kamu terjatuh, buruk padahnya."

Lalu budak itu pun tengok, memandang Imam Abu Hanifah lalu berkata dan bertanya, "Terima kasih pak cik kerana nasihatkan saya, siapa nama pak cik?"

Kata Imam Abu Hanifah, "Saya bernama Nu'man (Nama sebenar Imam Abu Hanifah : Nu'man ibnu Tsabit)"

Lalu budak itu bertanya, "Oh, jadi pak cik inikah yang digelar Al-Imamu 'Azhom?" (Gelaran Imam Abu Hanifah Al-Imamu 'Azhom iaitu Imam yang agung)

Kata Imam Abu Hanifah, "Ya, pak cik lah yang orang digelar Al-Imamu 'Azhom"

Lalu berkata budak itu, "Pak cik jaga-jaga, jangan sampai pak cik tersalah jalan, nanti kalau pak cik jatuh saya khuatir pak cik terus jatuh ke neraka jahannam, jangan sombong jangan takabbur dengan gelaran pak cik, kalau berbanding saya terjatuh sebab kerana kasut kayu ini sakitnya tidak berapa nak sakit berbanding jika pak cik terjatuh kerana sombong, jawabnya ke neraka."

Maka menangis Imam Abu Hanifah sehari, kerana lidah budak itu adalah teguran daripada Allah...

Begitulah perasaan seorang insan soleh apabila ditegur.. Seharian menangis tanda mengkoreksi diri. Jika dibandingkan dengan diri kita ini, jauh bezanya.. Apakah kita juga akan melakukan perkara yang sama jika berada pada situasi begitu?

Mungkin juga kata-kata seperti ini akan meluncur keluar dari mulut yang mulus itu. "Ish, anak sapalah ni. Tegur orang tua-tua. Mak ayah tak ajar kot. Mulut takda insurans betul!" Mudahnya bibir memaki hamun. Moga dijauhkan dari segala sifat ego ini..


Moral : Teguran manusia itu adalah dengan izin-Nya. Andai semua insan tahu bahawa teguran manusia itu adalah teguran dari Allah, alangkah harmoni dan damainya hidup. Tapi, tiap2 diri itu ada egonya. Namun, bisakah kita merendahkan ego kita apabila bersama kanak-kanak? Apatah lagi kepada insan-insan terdekat seperti keluarga dan bagai lagi.. Tepuk dada, tanya iman.. Pesanan untuk diriku jua~

Ya Allah, kau peliharalah hatiku yang satu ini. Jauhilah hamba dari segala sifat mazmumah.. Sucikanlah hati ini agar tiada hijab antara kita ya Allah..

No comments:

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome