Saturday, May 14, 2011

SAAT RINDU ITU HADIR...



wahai seorang kekasih
telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan
menagis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira
syafaatmu menanti disana
sungguh tabahnya hatimu
menanggung derita yang melanda
biarpun perit pedih tersiksa
kerana ummat kau tempuhi jua
wahai rasul kaulah segalanya
contoh terbaik ummat akhir zaman
akhalkmu tinggi kan kami jejaki
sifatmu sempurna pelengkap peribadi
wahai rasul kami merindui
sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumanmu penawar hiba
dihati kami kaulah segalanya

Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda :

"Orang pertama yang dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat adalah Muhammad s.a.w. Jibril a.s akan datang kepadanya dengan membawa seekor Buraq. Israfil datang bersama bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.."

Israfil bersuara :

"Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik."

Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar.. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w.. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri. Tiada lagi bangunan.. Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air mata ke pipinya..

Baginda s.a.w bersabda :

"Wahai Jibril! Gembirakanlah aku.!"

Jibril a.s berkata :

"Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?"

Baginda s.a.w bersabda :

"Bukan itu seperti itu pertanyaanku."

Jibril a.s berkata :

"Apakah kamu tidak melihat panjikepujian yang terpacak di atasmu?"

Baginda s.a.w bersabda :

"Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan ummatku.. Dimana perjanjian mereka? Nescaya akan kuatlah pertolongan hari ini. Aku akan mensyafaatkan ummatku."

Jibril a.s menyeru :

"Wahai sekelian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah ta'ala."

Ummat-ummat datang dalam keadaan satu-satu kumpulan.. Setiap kali Nabi berjumpa dengan satu ummat, baginda akan bertanya :

"Dimana ummatku?"

Jibril a.s berkata :

"Wahai Muhammad! Ummatmu adalah ummat yang terakhir."

Apabila datang Nabi Isa a.s , Jibril a.s menyeru :

"Tempatmu!"

Maka Nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis.

Nabi Muhammad s.a.w berkata :

"Mengapakah akmu berdua menangis?"

Jibril a.s bertanya :

"Bagaimana dengan ummatmu Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya :

"Dimana ummatku?"

Jibril a.s berkata :

"Mereka semua telah datang. Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.."

Apabila mendengar cerita sedemikian, Rasulullah menangis dan bertanya :

"Wahai Jibril, bagaimana keadaan ummatku yang telah berbuat dosa?"

Jibril a.s berkata :

"Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w."

Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan ummatnya yang berdosa. Mereka menangis sambil memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru :

"Wahai Muhammad..!"

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"Wahai ummatku.."

Mereka berkumpul disisinya.. Umatnya menangis-nangis.

Allah ta'ala berfirman di dalam Dia mengetahui sesuatu yang tersembunyi..

"Dimana ummat Muhammad s.a.w?"

Jibril a.s berkata :

"Mereka adalah sebaik-baik ummat."

Allah ta'ala berfirman :

"Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihku Muhammad s.a.w bahawa ummatnya akan datang untuk ditayangkan dihadapanKu."

Jibril a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata :

"Wahai Muhammad, ummatmu telah datang untuk ditayangkan diahdapan Allah ta'ala."

Nabi Muhammad s.a.w berpaling ke arah ummatnya lalu berkata :

"Sesungguhnya kamu dipanggil untuk dihadapkan dihadapan Allah ta'ala."

Allah ta'ala berfirman :

"Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa di atas apa yang telah mereka usahakan. Dan hari ini, aku akan memuliakan sesiapa yang menta'atiku. Dan aku akan mengazab bagi sesiapa yang menderhaka terhadapku."

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w menyeru :

"Tuhanku... Penguasaku, penghuluku..! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk ummatku dariMu..!"

Ketika itu juga, neraka Jahannam menyeru :

"Siapakah yang memberi syafaat kepada ummatnya?"

Neraka-neraka pula berseru :

"Wahai tuhanku..! Penguasaku dan penghuluku! Selamatkanlah Muhammad s.a.w dan ummatnya dari siksaanya.. Selamatkanlah mereka daripada kepanasanku, bara apiku, penyiksaanku dan azabku. Sesungguhnya mereka adalah ummat yang lemah..Mereka tidak akan sabar dengan penyiksaan.."

Nabi s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah kering dari membasahi pipi.. Dan sekali lagi baginda s.a.w rukuk untuk meberi syafaat bagi ummatnya.. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.. Mereka berkata :

"Maha suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan oleh Allah ini begitu mengambil berat akan hal ummatnya.."

Fatimah r.a bertanya :

"Dimanakah aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti wahai ayahku?"

Baginda s.a.w menjawab :

"Kamu akan memnjumpaiku di sebuah telaga, ketika itu aku sedang meminumkan ummatku.."

Tatkala ummat Nabi Muhammad s.a.w sedang mencari mimbar nabi Muhammad, untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat. Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat ummat Nabi Muhammad s.a.w dia berkata :

"Ini ummat Nabi Muhammad. Mereka telah sesat dari Nabi mereka."

Suara Mariam telah didengari oleh Rasulullah. Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad :

"Ini ummatmu wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk mendapatkan syafaat kepada Allah ta'ala.."

Nabi Muhammad s.a.w menjerit di atas mimbar lalu bersabda :

"Marilah kepadaku, wahai ummatku! Wahai sesiapa yang beriman kepadaku dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari daripada kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah ta'ala untukmu!"

Ummat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul disisinya.. Ketika dititian sirat, Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada malaikat Malik :

"Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah s.e.t ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari ummatku sehingga mereka dapat melepasi. Jika tidak, hati mereka akan gentar apabila melihatmu."

Setiap kali baginda s.a.w melihat seorang dari ummatnya bergayut dititian sirat, baginda s.a.w akan mnarik tangannya dan membangunkannya semula..

Nabi Muhammad s.a.w berkata :

"Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!"


Subhanallah.. Hebatnya cinta rasulullah buat kita ummatnya.. Ya Rasul, aku masih menantimu untuk hadir disetiap lenaku.. Masih terus menunggu dan menanti..

3 comments:

kawan kamu said...

time kasih sis.
mengingatkan ana tntg selawat

seputih salju said...

subhanAllah..ya Rasulullah...

نور عين said...

Subhanallah....hebatnya kau ya Rasulullah..

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome