Sunday, October 31, 2010

NAK TAU TAK ???

Salamullahi 'alaikum buat kalian semua. Apa khabar? Harap sentiasa di bawah rahmat Allah s.w.t yer. Insha Allah..

Nak tau tak??

Imam al Qurtubi menerusi satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat menyatakan:

Ketika Nabi Ibrahim a.s didatangi Izrail untuk mencabut nyawanya, berkata Ibrahim kepadanya : "Wahai Izrail, pernakah kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri?"

Lalu Izrail memberitakan pernyataan Ibrahim ini kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t memerintahkan Izrael menyampaikan jawapanNya kepada Ibrahim sebagaimana firmanNya yang bermaksud : "Wahai Ibrahim,apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?"

Apabila Nabi Ibrahim mendengar jawapan Allah menerusi Izrail ini, berkata Ibrahim : "Wahai Izrail,cabutlah nyawaku saat ini juga!"

Hebat kan? Inilah kesempurnaan mahabbah hamba terhadap Rabnya. Ia pasti terhasil apabila sifat kehambaan itu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan yang singkat ini.

~Wallahu'alam~

1 comment:

Unknown said...

salam saudara!

alhamdulillah..
sampai cmtu skali..subhanallah..

anyway selamat hari raya korban diucapkan bgi semua umat islam!
korbankan apa sahaja untuk kepentingan diri,keluarga,bangsa,negara dan agama kita..
jgn smpi kita korban kan diri ke arah yg bertentangan!!

insyallah..

salam perkenalan.. =)

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome