Thursday, July 21, 2011

NIAN HATI SALSABILA

Assalamu'alaikum w.b.t buat sidang readers yang sentiasa berada di bawah rahmat Allah s.w.t. Kaifa haalukum jami'an?? Harapnya kalian semua sentiasa sihat jasmani dan rohani. Insya Allah, ameen..

Tiada tujuan lain sebenarnya untuk post kali ini, tak lain dan tak bukan saya nak promote sebuah buku yang sangat menarik jalan ceritanya.

NIAN HATI SALSABILA....

(kulit hadapan)

(kulit di belakang)

Sebuah novel islamik yang tidak kurang juga luar biasa hebatnya bagi saya. Hasil karya seorang syabab yang berpengaruh, Ustaz Zahirudin Zabidi. Jom kita tengok sikit sinopsis novel ini.. :)

Dari puncak yang sejuk nian, dia mula mengenal dan belajar mengenai kepentingan berkongsi. Dia terkesan dengan ungkapan murabbinya ini. "Dakwah itu bermaksud mengajak. Dalam al-quran ada menyebut supaya kita berdakwah atau mengajak manusia kembali pada ajaran Allah yang sebenar dengan cara berhikmah dan melarang mereka dengan penuh kebaikan. Jika berlaku pertembungan, uruskanlah dengan penuh toleransi."

Dari saat itulah gadis manis yang bernama Naurah Salsabila mula melebarkan sayapnya. Dia terus terjun ke dunia yang penuh suka duka, cabaran dan ujian hanya kerana rasa tanggungjawab untuk berkongsi dengan ummah. Lantas diteguhkan niatnya lillahi ta'ala, diteladaninya akan sunnah Rasulullah.

Bacalah sahabat2, sesuai untuk kita para syabab dan fatayat hari ini. Banyak isi-isi bermanfaat yang Ustaz Zahirudin kongsikan buat kita dalam buku sederhana kecil ini. Antaranya berkaitan ukhwah islamiyah bersama sahabat-sahabat sefikrah, semangat cintakan ilmu, tadhiyah (pengorbanan) dan bagai lagi. Nak tahu lebih lanjut, beli lah yer. Hanya RM17.00 di Semenanjung Malaysia dan RM19.00 di Sabah & Sarawak.

~Wallahu'alam~ :)

5 comments:

AzahraGamalAbdulNasir said...

assalamualaikum kinah..bru dapat bace entry baru kinah..cam best la buku tue kinah..

Zahiruddin Zabidi said...

Assalamualaikum, syukran kerana sudi membaca tulisan ana. Semoga bermanfaat....

fadhlinsakina said...

Azah :

Wa'alaikum salam azah.. Ye, seronok azah baca buku ni.. Lebih2 lagi banyak menceritakan tentang dakwah disini.. Terasa macam dapat aura baru pula. Kalau azah nak pinjam pun boleh.. Nanti digombak kinah bawak.. ^^,

Ustaz Zahiruddin :

Wa'alaikum salam.. Insya Allah, moga bermanfaat buat semua juga. Syukran ustaz. :)

AzahraGamalAbdulNasir said...

yeke..nak2..nt kinah bawak ea..nak pinjam..

fadhlinsakina said...

Baik insya Allah.. nanti ingatkan kinah. ^^,

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome