Friday, March 18, 2011

KITA SELALU SEBUT, KHAIBAR YA YAHUD! APA BENDA TU??

Dulu, seawal 1st year di matrik Uia Nilai, saya pernah menyertai satu program ilmiah. Di akhir program tersebut, kami beramai-ramai melaungkan doa wahdah. Masha Allah, terasa satu kekuatan yang luar biasa.. Ada satu part, kami sebut beramai-ramai,

khaibar-khaibar! khaibar ya yahud!

Hati tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan khaibar? Rupa-rupanya ada story di sebalik laungan ini..

Pernah dengar perang khaibar? Ya, inilah kisahnya...

Khaibar ialah satu kawasan terletak 60/80 batu dari utara Madinah. Ghazwah khaibar berlaku pada akhir Muharram, tahun 7 hijrah

KEKUATAN TENTERA:



Tentera Islam seramai 1,600 orang yang mana dipimpin Rasulullah sendiri termasuk 200 tentera berkuda. Khalifah pengganti baginda di Madinah ialah Siba' (سباع) bin 'Arfatah al-Ghifari. Pembawa bendera adalah Saidina Ali. Tentera musuh terdiri dari yahudi khaibar seramai 1,400 orang yang dipimpin oleh Sallam bin Misykam.

TUJUAN PEPERANGAN:

Menghancurkan kubu kuat yahudi yang menjadi pusat kegiatan mereka menentang Islam dan juga membalas tindakan yahudi khaibar yang memebri perangsang kepada yahudi bani quraidzah supaya mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah semasa perang ahzab.

SINOPSIS PERANG KHAIBAR:

Untuk memastikan saff tentera Islam bebas dari golongan munafik, Rasulullah hanya memilih orang Islam yang rela berjihad dan mereka berbai'ah dengannya dibawah pokok di Hudaibiyyah (BAIATUR-RIDHWAN) untuk menyertai perang. Golongan munafik melalui ketua mereka Abdullah bin Ubayy telah bertindak melapor kepada yahudi khaibar akan hasrat Nabi untuk meyerang mereka. Yahudi khaibar meminta bantuan dari kabilah Ghaftan dan berjanji memberi separuh hasil tamar khaibar kepada mereka jika menang melawan orang Islam.


Semasa bertolak, Rasulullah tidak terus ke Ghaftan tetapi terlebih dahulu melalui ke kawasan berhampiran penempatan Ghaftan untuk meggertak mereka. (Haa,,tau takut~) Strategi Rasulullah berjaya sehingga puak Ghaftan membatalkan hasrat mereka untuk membantu yahudi khaibat kerana takut tentera Islam juga menyerang mereka. Setelah itu barulah Rasulullah bergerak ke khaibar. Tentera Islam sampai di khaibar pada waktu malam dan Rasulullah mengarahkan supaya gerakan ke sasaran musuh dibuat pada waktu pagi.

Oarang-orang yahudi tidak meneydari kedatangan orang Islam sehinggalah pada waktu pagi mereka keluar untuk bekerja mereka bertempiaran lari masuk ke kota kerana terkejut dengan kedatangan orang Islam. Pada malam sebelum serangan dibuat, Rasulullah mengumumkan bahawa baginda akan berikan bendera kepada lelaki yang kasihkan Allah dan Allah kasihkan dia. Pada esoknya, bendera diberikan kepada saidina Ali. Khaibar mempunyai pertahanan yang kukuh terdiri dari beberapa kota. Tentera Islam mula menyerang Kota Na'im iaitu kota paling kuat dan paling penting. Apabila ramai tentera kafir itu terkorban, yahudi2 itu lari berlinding ke Kota al-So'bu. Kemudian mereka lari ke kubu al zubair. Demikianlah seterusnya mereka lari dari satu kota ke satu kota. Setiap kali mereka berlindung di satu kota atau kubu, tentera Islam akan mengepung dan menyerang mereka. Bagi kota yang sangat kuat bernama An-Nizzar, tentera Islam terpaksa menggunakan Manjaniq.

Akhir sekali, oleh kerana tidak tahan menghadapi kepungan dan serangan bertubi-tubi dari tentera Islam, mereka menyerah kalah dan bersetuju untuk berunding dengan Rasulullah. Hasil perundingan, orang-orang yahudi bersetuju keluar dari khaibar bersama keluarga mereka dengan pakaian di badan mereka sahaja. Segala harta, tanah, hamba, barang perhiasan dan senjata-senjata hendaklah ditinggalkan. Namun, atas permintaan mereka Rasulullah membenarkan mereka tinggal di khaibar untuk mengusahakan tanah khaibar dengan hasinya dibahagi dua antara mereka dan Rasulullah s.a.w. Dalam peperangan ini, 93 yahudi terkorban dan 15 tentera Islam telah syahid

Di antara tawanan ialah Safiah anak perempuan seorang pemimpin Yahudi Bani Nadhir iaitu Huyayy bin Akhtab. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan di ambil oleh Rasulullah menjadi isteri Baginda dengan menjadikan pembebasannya sebagai mahar..

Inilah kisah disebalik perkataan khaibar yang kita pernah laungkan itu.. Moga ianya menjadi pengajaran buat kita semua..

~Wallahu'alam~

1 comment:

Anonymous said...

subhanallah

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome