Tuesday, April 12, 2011

MEMOIR DI PUNCAK JANING.

Pengalaman tidak akan tercipta tanpa kita melaluinya. Tak gitu? Setibanya saya di Maktab Mahmud Padang Terap (MMPT) , terasa ingin kembali ke alam persekolahan. Lama sudah tidak solat jemaah beramai2 di dalam sebuah musolla yang sederhana besar.. Begitu juga makan semeja bersama sahabat2 di ma'had. Andai masa bisa di undur, pastinya saya orang pertama yang akan melakukannya! Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik, hampir 3 tahun saya meninggalkan zaman itu.. (^_^)

Tujuan saya ke sana bukanlah sekadar melawat, tapi ada objektif yang lebih besar perlu dilaksanakan. Cewah ayat. Kami geng2 utara ramai jugalah yang turun sumbangkan khidmat untuk Kem Kepimpinan buat adik-adik ma'had disana. Venue kami punya pogram di Puncak Janing, Kuala Nerang. Tahu?


Ini dia sign puncak janing. Welcome2 ya. (^_^)

Ouh lupa, sebelum kami bermalam di puncak janing, kami semua fasi2 bermalam terlebih dahulu di MMPT. Cikgu Nasri, guru yang paling banyak membantu sebelum, semasa dan selepas program memaklumkan kepada kami bahawa puncak janing ni bukan seperti tempat biasa. Katanya disana penuh dengan kejadian yang sadis. Tiap-tiap tahun pasti ada yang mati. Dup dap dup dap juga mulanya jantung saya ini. Almaklumlah, macam2 sangat cerita negatifnya. Namun, saya gagahkan jua hati untuk berserah kepada Allah. Hidup mati di tanganNya. Kita hanya melakukan perkara yang baik, pastinya perlindungan Allah untuk kami semua.. Yakin itu penting! (^_^)

Meeting unit modul sehingga lewat pagi. Subhanallah! Layu juga mata ini, fokus hanya tinggal 50-50. Kerana apa? Kerana seharian dalam perjalanan.. Alah, macam tak biasa pulak ya? Demi adik-adik, kami gagahkan diri habiskan kami punya perbincangan. Tiba-tiba, TUP! GELAP. Allah, black out... Ingatkan ruang kelas meeting kami sahaja yang gelita, rupa2nya satu sekolah. Memang gelap kerana disana kawasan kampung yang penuh dengan hutan. Jenuh satu hal kena suluh lampu hp untuk balik ke tempat penginapan. Mujur ada yang bersimpati, dan sudi hantar kami ke mahallah puteri. Terima kasih kalian. (^_^)

Stop, itu kisah di MMPT..................................

Ini kisah di puncak janing,

Kali ini, biar gambar pula yang banyak berbicara ya. Picture di bawah ini, semasa di awal program..


Sesi tajdid niat, if im not mistaken.. Oleh puan CC, Cik Adibah & Cik Ain.


Ini pulak adik2 muslimin, sesi bersama tuan CC. Ustaz suhaimi & Ustaz hadi.


Masa slot debat. (^_^)


Hujah daripada adik puteri.


Hebat2 belaka.. Di slot inilah terbongkarnya rahsia mereka.. (^_^)


Sesi riadhah adik puteri.


Sesi riadhah adik putera.

Semasa explorace, aktiviti yang paling saya suka. (^_^) Hendak saya zahirkan disini, tidak dapat saya ungkapkan kesemuanya. Mengapakah? Kerana tak semua yang kita lalui dapat dizahirkan dengan kata-kata kan. (^_^) Pendek kata, saya suka mendaki bukit disana. Tempatnya agak mencabar juga. Penuh dengan pacat yang gemuk2! Tahu pacat?


Ya, ini dia pacat. Tapi bukan pacat di puncak janing yek! Ini pacat from google. Hehe. (^_^)

Gambar di bawah ini, semasa pengembaraan adik2.


Mereka ini bakal menggoncang dunia.


Ukhwah dirasai..


Mengharungi rintangan bersama..


Senyum bahagia adik2 semua ni. (^_^)

Inilah entry semusim bersama warga MMPT, komiti, fasi dan sahabat2 seperjuangan. Terima kasih ya Allah, atas anugerah pengalaman ini..

~Wallahu'alam~

2 comments:

Ainnafz said...

bes2.. cantik gambar2 tu.. pacat tu la yang paling geli.. ain x banyak sangat gambar, so, x de sangat letak gambar. memang rugi la x tgkap gambar kat puncak janing tu... huhuhu..

fadhlinsakina said...

Tulah, sweet moment.. (^_^) tapikan ain, ain perasan x picture pacat yang kinah letak tu? Tu bukan pacat tau tapi lintah.. Tak berapa nak cam sebenaqnya. (^_^) Patut gemuk semacam ja.. Erm tulah, tak banyak kita bergambar kat sana. Nanti mintak na kumpulkan smua gambor tu untuk kita semua.. (^_^)

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome