Wednesday, April 13, 2011

PELIHARALAH HATI FADHLIN SAKINA YA ALLAH!

Apabila mata melihat akan perjuangan insan lain, kerana semangat juangnya yang tinggi, tadhiyahnya yang hebat, akhlaknya yang membuktikan keizzahan diri, terasa kerdilnya jiwa ini ya Allah.. Entah kenapa.. Cuti kali ini terdapat ujian yang maha hebat. Kadang-kala membuatkan aku rasa tersungkur.. Bagaimana mungkin ya Allah untuk aku terus istiqamah dijalan ini tanpa bimbinganMu ya Rahman.. Tanpa jiwa-jiwa itu sebagai wasilah buat diriku.. Demi Allah, aku takut ya Allah. Dalam persekitaran yang sebegini.. Mampukah aku? Peliharalah hati ini dari segala noda hitam. Sucikanlah jiwa ini ya Rabbi.. Jauhilah hambaMu ini dari segala masalah hati. Kurniakanlah nikmat manisnya ibadah.. Terimalah atas apa sahaja kebaikan yang sudah aku lakukan.. Ampunkanlah diatas segala keterlanjuran.. Ada ketika aku tidak kuat untuk di uji.. Wahai diri.. Sabarlah dalam bersabar.. Biarpun terasa pahit, janganlah hendaknya tercalar tauhid..

3 comments:

Wan Zunairah binti Wan Jusoh said...

sayangku..jangan bersedih..ketahuilah olehmu, di saat dan ketika ini, diri ini turut merasakan hal yg sama..pedih rasanya apabila diri seolah2 'terbelenggu'..Antara pilihan hati dan pilihan lain..Antara medan perjuangan dan keluarga..
Berdoalah kita agar sentiasa ditetapkan hati2 kita agar terus istiqamah di atas jalanNya..
Jangan bimbang, aku bersamamu...

fadhlinsakina said...

In sya Allah ukhti ku.. Moga diberi jalan keluar.. Alhamdulillah, atas kata-kata hangatmu dan sahabat2 yang lain, diri ini mampu bangkit semula.. Ku harap ukhti juga begitu, moga pintu penyelesaian akan ukhti temui.. memang berat untuk membuat pilihan. Namun, ketauhilah bahawa hati ini juga sentiasa mendoakan ukhti. Ku harap, perjuangan kita tetap seiring. Berada di dalam suatu tempat dan jarak yang sama.. Ukhti fahamkan apa yg saya maksudkan..

Ainnafz said...

kerehatan seorang pejuang agama Allah adalah kematiannya..

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome