Friday, April 15, 2011

SIAPA BARSHIHA??

Ya, kita ikuti kisah ini...

Barshisha telah beribadat kepada Allah swt sehingga Malaikat berasa takjub dengan ibadatnya. Menurut cerita, dia mempunyai 60 orang murid yang boleh berjalan diudara dengan berkatnya. Allah swt telah berfirman kepada Malaikat "Kenapa kamu berasa takjub dengan ibadatnya, sedangkan Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya. Pada ilmuKu ia menjadi kafir dan akan masuk neraka selama-lamanya."
Pada ketika itu Iblis mendengar dan tahu bahawa Barshisha telah binasa di tangannya. Iblis telah datang ke tempat Barshisha beribadat dengan menyamar sebagai seorang Abid ( ahli ibadah ) dan memanggillnya.

Barshisa : “Siapa engkau? Dan apa tujuanmu datang kesini?”

Iblis berkata : "Aku seorang Abid yang datang untuk menolongmu beribadat kepada Allah swt. Aku berbuat ibadat selama 3 hari berturut-turut tanpa tidur, tanpa makan dan minum.”

Barshisha berasa pelik dan berkata : "Aku beribadat selama dua ratus dua puluh tahun tanpa berdaya untuk meninggalkan tidur, makan dan minum. Apakah caranya supaya aku dapat bebuat seperti engkau?”

Lalu iblis menjawab: "Lakukanlah maksiat kepada Allah swt kemudian engkau bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun sehinggalah engkau menikmati kemanisan melakukan ketaatan .”

Barshisha bertanya : "Apakah maksiat yang engkau cadangkan supaya aku lakukan ?"

Iblis menjawab : "Berzina atau membunuh orang.”

Barshisha berkata : "Aku tidak sanggup melakukannya.”

Iblis berkata : "Engkau minum arak supaya lebih mudah untuk melakukannya."

Pada ketika itu Barshisha ternampak seorang wanita cantik sedang menjual arak lantas terus membelinya. Dia terus meminum arak tadi sehingga mabuk dan melakukan zina dengan wanita itu dan kemudian membunuhnya. Suami wanita itu datang untuk membunuhnya, tetapi Iblis menjelma dalam bentuk manusia dan membawa Barshisha meghadap sultan yang kemudiannya menjatuhkan hukuman sebat 80 kali kerana meminum arak, 100 kalli sebat kerana berzina dan dihukum sula di atas kayu kerana membunuh. Datanglah Iblis kepada Barshisha menanyakan tentang nasib malangnya.

Barshisha menjawab : "Inilah akibat yang menimpa mengikut teman yang jahat."

Iblis telah berkata kepada Barshisha : "Aku telah membelamu selama 220 tahun hingga engkau akhirnya disula, dan sekiranya aku mahu aku boleh membebaskan engkau.”

Barshisha menjawab : "Ya, aku mahu dibebaskan dan aku akan beri apa yang engkau mahukan."

Iblis berkata : "Engkau sujud kepadaku."

Barshisha menjawab : "Bagaimana aku hendak sujud sedangkan aku disula di palang kayu ?"

Iblis berkata : "Sujud dengan memberi isyarat."

Maka Barshisha pun sujud dengan isyarat kepalanya. Dengan itu Barshisha pun telah menjadi kafir. Wal’iyadzubillah... Setelah menjadi kafir, iblis berkata kepadanya :

"Sekarang aku berlepas tangan darimu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah swt Rabbul ‘Alamin."

Inilah kisah Barshiha.. Na'uzubillah ya sahabat2.. Walau sekuat mana pun kita beribadah, ujian Allah itu pasti ada untuk menguji hamba2Nya.. Moga kita semua sentiasa di bawah pemeliharaan Allah swt. Ya Allah, janganlah Kau matikan kami melainkan di dalam iman..

1 comment:

Ainnafz said...

begitulah kita ni didunia, tidak perlu riak dengan kebaikan yang dibuat. itulah pentingnya istiqamah.. sangat sukar utk istiqamah.. hanya kepada Allah kita memohon dipermudahkan..

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome