Tuesday, May 3, 2011

SIAPA SAYIDDAH LATIFAH HUSAIN AS-SULI?

Salam mahabbah untuk yang sudi ke blog yang tak seberapa ini.. Hati terpanggil untuk berkongsi satu kisah, berkenaan seorang wanita yang patut kita kagumi dan contohi.. Sering kali saya mendengar kisah Asy-syahid Imam Hasan Al-Banna, namun hati gersang ini bertanya, siapa pula sayap kiri perjuangannya? Hasan Al-Banna memanglah seorang suami yang memiliki perhatian dan sikap istimewa terhadap keluarganya, namun tugas dakwah yang dipikulnya, jelas sangat memerlukan seorang isteri yang bukan hanya sekadar meneduhkan jiwanya, menenangkan perasaannya, membahagiakan hatinya tatkala dia di dalam rumah, tetapi juga yakin dan percaya kepada si isteri soal perawatan dan pendidikan anak-anaknya di rumah. Saya mula mencari tentang si dia. Siapakah? Ternyata dia insan hebat! Namanya tak lain dan tak bukan sama seperti nama entry kali ini..

Teringat pada kalam dan janji Allah,

"... dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"

(Surah An-Nur:26)

SAYIDDAH LATIFAH HUSAIN AS-SULI...

Lembutnya nama, selembut maknanya, juga selembut perilakunya..

Sejak awal lagi, Imam Hasan Al-Banna menegaskan bahawa beliau memerlukan seorang muslimah yang kuat, yang cekal dan tabah untuk menghadapi mehnah dan tribulasi dalam berdakwah. Persepsi saya, bukan mudah untuk bergelar seorang isteri kepada aktivis hebat ini, Imam Hasan Al-Banna, yang setiap ruang kehidupannya dipenuhi dengan kegiatan dakwah. Seawal pagi, Asy-Syahid akan bergegas keluar untuk memulakan perjuangannya dan akan pulang pada sebelah malamnya.. Latifah adalah sebaik-baik wanita buat Imam Hasan Al-Banna yang mampu mengisi segala kekosongan yang ada pada As-Syahid itu.

Perjuangannya Imam Hasan Al-Banna bukanlah satu perkara yang main-main. Bukannya seperti membina sebuah pondok untuk berteduh dari sinaran matahari. Tetapi Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk membangunkan sebuah peradaban. Dan dia percaya, peradaban tidak akan wujud tanpa seseorang yang dia yakini kesejatiannya.

Diawal pernikahan mereka, Latifah sudah bersiap sedia untuk berhadapan pada saat-saat atau waktu hidup berseorang, tanpa seseorang untuk dia berlabuh hidup dan cintanya.. Dakwah Ikhwah yang dipimpin oleh suaminya sudah pasti mempunyai risiko yang hebat. Latifah sudah tahu bagaimana untuk menempatkan dirinya. Dicurahkan dirinya buat suami dan anak-anak. Itu juga salah satu jihad buat Latifah. Mengurus hal rumah tangga dan mentarbiyah anak-anak bukanlah suatu perkara yang mudah, yang mana diibaratkan seperti memetik dua jari.

Latifah As-Suli memang berasal dari sebuah keluarga yang taat beragama. Maka, no wonder lah Latifah menyedari akan tuntutan terhadap dirinya apabila menjadi isteri kepada seorang pendakwah. Pada malamnya, Latifah harus bangun untuk menyambut kepulangan suaminya. Namun, Imam Hasan Al-Banna amat memahami, beliau berhati-hati apabila hendak membuka pintu. Jauh dilubuk hati Imam Hasan Al-Banna tidak mahu menggangu tidur permaisuri hatinya kerana seharian menguruskan rumah dan anak-anak. Bahkan Imam Hasan Al-Banna tidak cerewet dalam soal menyediakan makanan. Dia tidak segan untuk menyediakan makanannya sendiri..

Sepanjang usia perkahwinan Imam Hasan Al-Banna & Latifah As-Suli, mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata penghibur kehidupan. 5 perempuan dan seorang lelaki. Latifah tidak pernah mengeluh, cuma suatu ketika hatinya pernah dilanda resah kerana salah seorang anaknya sakit tenat dan si suami perlu harus tetap menjalankan jihadnya.

Latifah menanamkan jiwa islamik buat anak-anaknya. Disemai sikap suka membaca dalam diri ulama'nya supaya tidak terpengaruh dengan hagemoni luar.. Ketika saat Imam Hasan Al-Banna keluar masuk penjara, dia berusaha untuk menjadi wanita yang sabar dan komitmen. Dan dia juga menyedari bahawa kewajipan asasi seorang wanita sebagai isteri dan ibu. Latifah meluangkan waktunya untuk anak-anak. Hati ibu mana yang tidak bahagia melihat kejayaan anak-anak. Lebih-lebih lagi berjaya dalam hal akhlak dan amal. Perkara ini saya kira sudah pasti tidak dapat dilakukan oleh seorang ibu yang asyik sibuk dengan perkara luar serta mengabaikan keluarga dan anak-anak..

Selepas Imam Hasan Al-Banna kerahmatullah, sendirian Latifah As-Suli membesarkan anak-anaknya. Kini, dia mempunyai tugas tambahan di dalam rumah, iaitu memperdalam wawasan keislamannya. Yang dimaksudkan dengan wawasan keislaman adalah membaca al-quran bersama tafsirnya, mempelajari sunnah Rasulullah, dan bagai lagi dia berusaha untuk menerapkan di dalam diri anak-anaknya. Latifah juga menempatkan dirinya untuk mempelajari sejarah salafussalih serta seputar berita berkaitan dunia Islam.

Betullah, seseorang yang apabila tidak menambah keislamannya, akan merasa sukar untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam.. Dengan memahami Islam secara baik, seorang wanita akan mengetahui peranannya buat keluarga dan masyarakat..

Perjuangan serikandi ini membuahkan hasil yang luar biasa.. Kesemuanya anak-anaknya berjaya. Meraih predikat formal di dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama WAFAA, menjadi isteri kepada Dr. Said Ramadhan. Kedua, AHMAD SAIFUL ISLAM, kini berkhidmat di Mesir. Dia juga pernah berada di parlimen. Ketiga, bernama TSANA, sebagai lecturer di Universiti Cairo. Keempat, RAJA'A, kini sebagai seorang doktor. Kelima, bernama HAJIR dan berkhidmat sebagai seorang lecturer kedoktoran di Universiti Al-Azhar. Dan yang keenam, bernama ISTISYHAD. Dia seorang Dr ekonomi Islam.. Puteri mereka yang bongsu ini dinamakan Istisyhad kerana dia dilahirkan pada ketika hari ayahnya mendapat syahid..

Hebat bukan? Itulah yang dikatakan, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia..

2 comments:

Nuruddin Azri said...

hebat......

fieqa said...

salam wbt, ukhti =)

jzkk for the sharing..:) really inspiring!

but ana nk tnye, boleh ke nk tahu sumber artikel ni. lebih mudah untuk buat rujukan


jzkk

moga terus thabat dlm perjuangan iAllah :)

 

Fully Design By IZZA SAKURA | For FADHLIN SAKINA 2013 ©| Best View: Google Chrome